The Patriots Schedule

The Patriots Schedule

Tuesday, 14 January 2014

MELAYU DAN BUKU



Buku... sesuatu yang sinonim dengan kehidupan manusia. Sering kali dikaitkan dengan bangsa bangsa yang maju. Sama ada mereka menulis atau membaca. Keduanya saling berkait.

Sekiranya anda pernah ke luar negara seperti Jepun,Korea dan sebagainya.Apabila anda masuk ke dalam pengangkutan awam mereka, anda akan dikejutkan dengan sikap mereka. Mereka menghabiskan masa menunggu mereka dengan membaca buku. Ini berbeza sekali dengan bangsa Melayu di Malaysia ini yang lebih selesa berborak dengan teman di dalam pengangkutan awam di samping membuat onar bersama-sama teman.

Sikap mereka ini lah yang menunjukkan kemajuan sesuatu bangsa. Negara yang maju bukan lah berpandukan kepada tingginya pencakar langit. Tetapi sikap dan budaya merekalah yang menunjukan kemajuan sesuatu negara.

Kajian menunjukkan purata bangsa Melayu hanya membaca 1 setengah buku setahun. Ini perbezaan yang amat ketara berbanding dengan negara maju dimana mereka membaca 25 buah buku setahun.

Kajian tersebut menunjukkan perbezaan antara sikap penduduk negara maju dan negara kita dimana kemajuan dapat dicapai dengan mengamalkan sikap membaca. Ini kerana mereka menghargai ilmu lebih dari kita.

Umat Islam pernah berada di puncak kegemilangan dimana waktu itu mereka menghargai ilmu dan kejar mengejar untuk mendapatkan ilmu. Mereka menerbitkan buku buku rujukan bagi penggunaan di masa hadapan. Dan kini terbukti apabila masyarakat di seluruh dunia menggunakan buku buku mereka dan menambah baikkan lagi penyelidikan mereka. Contoh mereka yang saya maksudkan adalah Ibnu Khaldun,Ibnu Sina,Omar Khayyam dan sebagainya.

Sekiranya Melayu mahu maju kita harus mengubah sikap kita untuk menjadi seorang yang rajin membaca.

Ya saya akui semasa saya masih belajar dahulu saya kurang berminat membaca buku buku ilmiah yang diberikan. Tetapi saya lebih cenderung membaca buku dan artikel pemikir pemikir bangsa dan sejarah sesuatu tamadun. Bagi saya orang yang tidak mengenal tamadun akan mengulangi kesilapan sama semasa tamadun itu runtuh.

Buku itu penanda aras bagi pemikiran sesuatu bangsa. Lagi maju sesuatu bangsa itu, lebih banyaklah buku buku yang dihasilkan. Sekiranya mahu meningkatkan ekonomi sesuatu bangsa. Sikap membaca haruslah disemai didalam diri.

Sekian.

-Radin Danial-


[General Issues]

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds