The Patriots Schedule

The Patriots Schedule

Tuesday, 14 January 2014

PINZA - ABU CAVE MAN



Pinza - Abu Cave Man (ピンザアブ Pinza -Abu Dōjin ) Adalah rangka tulang orang prasejarah yang ditemui di Gua Pinza - Abu, berhampiran Ueno di Pulau Miyako , Kepulauan Ryukyu ,selatan Jepun. Rangka tinggalan tersebut kelihatan mempunyai ciri-ciri anatomi manusia moden dan berusia kira-kira 30,000 tahun lalu.


Pada tahun 1974 dan 1989, satu ekspedisi dan tinjauan telah dilakukan oleh ahli arkeologi Jepun sebanyak enam kali di seluruh tapak Gua Pinza -Abu . Tulang-tulang yang ditemui telah diukur dan dibandingkan dengan tulang prasejarah Jepun yang lain iaitu Minatogawa Man. Berdasarkan kajian dan perbandingan yang telah dibuat, struktur tulang Parietal Pinza - Abu Man yang terdapat dalam Dimensi Sagittal dilihat lebih kecil berbanding dengan tulang Orang Jepun moden (Minatogawa Man). Selain itu, saiz tulangVertebra juga jauh lebih kecil daripada vertebra Minatogawa Man. Walaubagaimanapun ,Tulang Pinza - Abu Man masih berkongsi persamaan dengan Minatogawa Man dari segi ukuran dan beberapa ciri-ciri fizikal kuno yang lain. Penyelidik sejarah berpendapat persamaan kedua-dua rangka secara fizikal dan biologi adalah kerana kedua-dua kumpulan orang prasejarah tersebut telah berkongsi tempat tinggal yang sama (Kepulauan Ryukyu) . Oleh itu , mereka mungkin mempunyai hubungan yang rapat dan berinteraksi dengan satu sama lain. Hal ini terjadi kerana usia kedua-dua rangka tersebut menunjukkan persamaan cuma dibezakan dengan tempat asalnya.

Walau bagaimanapun, banyak lagi misteri yang belum terjawab kerana hanya sedikit maklumat sahaja yang diketahui mengenai asal-usul Pinza - Abu Man. Antara persoalannya adalah mengenai penghijrahan mereka dan bagaimana mereka datang keKepulauan Ryukyu. Menurut sebahagian penyelidik sejarah , Pinza -Abu Man mungkin telah tiba ke Pulau Miyako dari Kepulauan Melayu Nusantara semasa Zaman Paleolitik. Hal ini kerana terdapat persamaan yang banyak dari segi fizikal rangka Pinza - Abu Man dengan rangka bangsa Austronesia Wadjak Man. Terdapat juga spekulasi yang mendakwa Pinza -Abu Man adalah berbangsa Melayu Jawa. Dakwaan ini disokong dengan fakta bahawa bangsa Jawa (Wadjak Man) yang sudah diketahui mahir dalam ilmu pelayaran dan mampu menghasilkan api. Pada tahun 1989 , tinjauan sekali lagi dibuat mendapati terdapat kesan pembakaran arang dengan mayat manusia yang menunjukan bahawa orang Pinza - Abu mempunyai teknologi yang sama dengan manusia Wadjak Man. Walaubagaimanapun , masih tidak ada bukti yang menghubungkan Pinza -Abu Mansebagai moyang kepada penduduk moden di Pulau Miyako pada hari ini.

Pelbagai kajian forensik telah dilakukan terhadap mendapan tanah Gua Pinza - Abuyang mengandungi DNA mayat, flora dan mamalia bagi mendedahkan lebih lanjut mengenai diet Pinza -Abu Man. Teknik dating digunakan untuk menentukan garis masa sesuatu fosil. Mereka juga mengukur kandungan fluorin yang terdapat pada tulang melaluielektrod ion yang terpilih serta teknik Karbon-14 dating juga digunakan dalam proses dating tulang. Hasil kajian mendapati dalam lapisan stratigrafi yang tertua, tulang rusa ditemui bertarikh 30,000 tahun BP. Manakala dalam lapisan seterusnya , tulang rusa dan tulang babi ditemui bertarikh antara 15,000 hingga 20,000 tahun BP.

Hasil kajian tersebut membuktikan Kedua-dua spesies tersebut dengan beberapa spesies mamalia lain yang telah wujud sekian lama di Pulau Miyako. Selain rangka Pinza -Abu Man , turut dijumpai peralatan batu bersama rangka tersebut. Oleh itu, mereka dianggap telah pun mahir dengan kemahiran asas seperti memburu. Pulau Miyako tidak mempunyai mamalia bersaiz besar, penyelik percaya bahawa Pinza - Abu Man memburu mamalia kecil secara individu atau kumpulan yang sangat kecil. Ia berdasarkan dakwaan sesetengah penyelidik yang percaya bahawa masyarakat Pinza -Abu Man Hidup dalam kumpulan-kumpulan keluarga yang kecil.


-Izzat Yousuf-

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds