The Patriots Schedule

The Patriots Schedule
Showing posts with label Malaysian Heroes. Show all posts
Showing posts with label Malaysian Heroes. Show all posts

Tuesday, 25 February 2014

TUN DR MAHATHIR DAN VLADIMIR PUTIN



Siapakah Vladimir Putin? Apakah hubungan beliau dengan Tun Dr. Mahathir? Secara mudahnya, baru-baru ini, Vladimir Putin dipilih menjadi Presiden Persekutuan Rusia yang ke-4, selepas proses "tandemokrasi" beliau dengan Dmitry Medvedev (Presiden ke-3) telah tamat. Struktur politik Rusia amatlah berbeza sama sekali dengan kita, kerana mereka mengamalkan perlembagaan republik secara separa presiden, iaitu Presiden merupakan Agong negara. Cukuplah pasal politik, Putin seringkali dikatakan bahawa beliau sentiasa meluangkan masa bersama Tun Dr. Mahathir. Selepas Pilihanraya Presiden 2004, Putin telah menikmati kemenangan semula terhadap Nikolay Kharitonov, ketua parti komunis, sebanyak 71.9% dan lebih kurang 50 juta undi popular, dan selepas dari pertemuan dengan Tun Dr. Mahathir, Rusia telah menyambung reformasi ekonominya yang secara menariknya, lebih kurang sama dengan dasar Tun Dr. Mahathir. Ekonomi mereka melonjak naik!


Selepas pembubaran Kesatuan Soviet, pelbagai pembaharuan termasuk penswastaan yang tidak terkawal dan pasaran juga liberalisasi perdagangan sedang dijalankan. Tetapi, dibawah pimpinan Boris Yeltsin (Presiden pertama Rusia), ekonomi Rusia jatuh amat teruk sekali. Pada Oktober 1991, Yeltsin mengambil inisiatif seperti yang disyorkan oleh Amerika Syarikat dan serigala-serigala Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Jutaan telah menjunam ke dalam kemiskinan, daripada 1.5% penduduk hidup dalam kemiskinan, dan kadar kemiskinan meningkat kepada 39% - 49% menjelang pertengahan 1993. Dari sini kita dapat melihat cadangan IMF telah hampir menghancurkan Rusia. Tahniah, IMF.


Yeltsin telah memohon maaf atas kegagalan dasarnya, dan menamakan Vladimir Putin sebagai presiden-sementara untuk mempengerusikan Rusia buat seketika memandangkan Pilihan Raya tahun 2000 masih jauh lagi. Setelah menjadi Presiden yang sah, Vladimir Putin telah meletakkan unsur-unsur kawalan, perlindungan dan konservatif di Rusia seperti apa yang Tun Dr. Mahathir lakukan pada tahun 1997. Pembaharuan yang dibuat semasa Putin menjadi presiden Rusia telah dikritik hebat oleh negara-negara barat sebagai langkah yang tidak demokratik. Perkara yang sama berlaku dimana media barat mengkritik hebat Tun Dr. Mahathir pada tahun 1997, dan dasar-dasar yang diguna oleh Putin ketika itu hampir sama seperti Tun Dr. Mahathir.


Dasar ekonomi Putin adalah hampir sama dengan Tun Dr. Mahathir, di mana ekonomi dikawal oleh GLC. Ia adalah lebih seperti kapitalisme kerajaan. Ekonomi mereka tidak terlalu terbuka iaitu Russia mempunyai unsur-unsur kawalan, sama seperti Malaysia. Rusia pada dasarnya membuang semua dasar ekonomi liberal (terbuka), sekitar tahun 2004-2008 seperti pembuangan pengaruh IMF dengan membayar dengan segera seperti yang Tun lakukan. Terdapat banyak dasar-dasar dan pembaharuan yang berlaku selepas pilihan raya kali kedua kalinya dari segi ekonomi, dalaman, dan banyak lagi. Kebanyakkan yang berlaku di Rusia adalah hampir sama seperti semasa Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri selama 20 tahun. Walaupun Putin dikritik hebat, tetapi lihatlah apa yang Vladimir Putin telah capai, berakhirnya tahun 2007 dengan pertumbuhan yang berterusan, purata 7% setiap tahun sejak 1998. Pada tahun 2007, KDNK Rusia adalah $ 2,076,000,000,000 (est PPP), iaitu KDNK keenam yang terbesar di dunia dengan perkembangan KDNK sebanyak 8.1% daripada tahun sebelumnya.

Kedua-dua mereka memilih untuk tidak menjadi liberal dalam apa jua yang mereka lakukan atau memperkenalkan dasar-dasar baru untuk negara masing-masing. Itu adalah yang paling penting. Untuk kes Anwar, beliau mahu segala-galanya untuk menjadi liberal, dari masyarakat, ekonomi dan sebagainya. Ini tidak akan berhasil untuk kita. Menjadi terlalu liberal sebenarnya akan membuka pintu yang lebih luas kepada "pencuri" antarabangsa seperti Soros, untuk mencuri, mempengaruhi dan banyak lagi pengaruh negatif.


Seperkara lagi, Vladimir Putin juga membaca buku-buku Tun Mahathir. Bukti boleh didapati dari salah satu ucapan beliau kepada Tun Mahathir selepas memberi Anugerah Persahabatan Rusia tertinggi kepada Tun:


“Mr. Prime Minister, in one of your books, you mentioned that the 21st century will become ‘The Global Century’ – the century of rapid, all round development of the Asia Pacific region. It looks as though, thanks in large part of your efforts, Malaysia has entered this century just as you said, it would”


Seperti mana yang diketahui juga, di Moscow, kelihatan gambar-gambar Tun Mahathir di papan iklan (billboard) dan di sepanjang jalan. Memang amat sedih apabila warga-warga, ahli-ahli ekonomi, dan kerajaan luar negara menjulang nama Tun Dr. Mahathir, Anugerah Allah yang sebenar, sedangkan kita di negara sendiri menghina beliau sebagai munafik dan lain-lain lagi. Cara beliau membangunkan Malaysia sehingga presiden mereka sanggup berjumpa Tun untuk meminta pandangan dari segenap segi.


Banyak lagi bukti boleh didapati daripada kajian dasar Tun Dr Mahathir yang telah selamatkan kita dari Krisis Kewangan 97. Lebih banyak lagi bukti yang boleh didapati ketika ekonomi Rusia kembali pulih. Dan secara menariknya, Tun Dr. Mahathir menjadi salah seorang yang bertanggungjawab daripadanya. Jadi,apakah ‘jenis’ orang-orang yang mengutuk beliau? Fikirlah sendiri.


-- AFDS --

Tuesday, 14 January 2014

LAKSAMANA WANITA PERTAMA DI DUNIA ADALAH DARI ALAM MELAYU



Dunia Melayu sememangnya berjaya melahirkan pahlawan pahlawan besar seperti Hang Tuah,Raja Haji,Tun Fatimah,Cut Nyak Dhien,Tok Janggut dan lain lain lagi.Anak anak Melayu yang mengaku berdarah Melayu kini patut bangga dengan sifat keperwiraan tokoh tokoh besar seperti ini.

Namun beberapa keratkah di kalangan kita ini yang mengetahui tentang dahulu pernah lahir seorang laksamana,sepertimana Hang Tuah yang berjaya mempertahankan kedaulatan tanah pertiwinya,dan paling hebatnya,beliau adalah seorang WANITA

Pahlawan yang jarang disebut namanya.

Pahlawan yang tidak pernah diceritakan sejarahnya dengan bangganya

Laksamana perempuan pertama di dunia.

Tokoh perempuan yang disegani kawan dan lawan

Ya,tokoh yang saya maksudkan ialah Laksamana Cut Keumalahayati,laksamana wanita yang berkhidmat dalam Kesultanan Acheh yang berkuasa sekitar abad ke 16 dahulu

Salasilah penuh:
Keumalahayati binti Mahmud Syah bin Muhammad Said Syah bin Sultan Salahuddin Syah bin Sultan Ali Mughayat Syah

Moyangnya,Sultan Ali Mughayat Syah merupakan salah seorang kerabat diraja Champa yang mengasaskan Kesultanan Acheh Darussalam di utara Sumatera pada tahun 1513.

Bermakna Laksamana Keumalahayati berasal dari keturunan diraja Acheh dari jalur pengasas kerajaan Acheh sendiri.

KEHIDUPAN AWAL

Lahir pada tahun 1585,beliau lahir dalam keturunan bangsawan Acheh yang gagah berani dengan bapa dan datuknya sendiri adalah seorang Laksamana.

Memilih cabang ketenteraan sebagai kerjayanya,beliau akhirnya melanjutkan pelajarannya ke Maahad Baitul Maqdis di Banda Acheh(Kutaraja)pada masa itu.

Maahad Baitul Maqdis merupakan pusat pengajian ketenteraan di Acheh pada masa itu.Ianya dipimpin oleh seorang pahlawan berbangsa Turki bernama Pasha Khizir Reis.

Di sanalah beliau bertemu dengan seorang jejaka anak bangsawan daerah Meulaboh,Tunku Mahmuddin Said Al Latief,rakan sepermainannya semenjak kecil lagi.Setelah lama bermadu kasih,akhirnya mereka berkahwin.

KERJAYA DI ISTANA DARUDDUNIA

Setelah berjaya melanjutkan pelajaran di Maahad Baitul Maqdis,beliau dilantik oleh Sultan Acheh ketika itu iatu Sultan Alauddin Riayat Syah al Mukammil sebagai Ketua Protokol Istana Daruddunia ketika itu.

Suaminya pula,Tunku Mahmud Said Al Latief pula dlantik sebagai Laksamana Acheh yang bertanggungjawab mengetuai armada laut Acheh yang mengawal dan menguasai Selat Melaka ketika itu.

Tidak hairan Acheh pada masa itu mempunyai wanita yang menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan ketika itu kerana kedudukan wanita dianggap tinggi oleh masyarakat Acheh pada masa itu.

Tambahan pula,ajaran Islam juga tidak menafikan kesamaan-rataan wanita dengan lelaki dalam pelbagai bidang.

SEGALANYA BERUBAH APABILA......

Berlaku satu peperangan besar antara tentera kerajaan Acheh dan Portugis di Teluk Haru,di mana tentera Acheh pada masa itu diketuai oleh baginda Sultan sendiri dan Tunku Mahmud Said,suami Keumalahayati sendiri.

Perang dimenangi oleh tentera Acheh sendiri,tetapi pihak Acheh mengalami kehilangan terlalu banyak tentera.Laksamana Tunku Mahmud Said juga turut gugur syahid dalam pertempuran itu.

Sebagai seorang isteri yaang kehilangan suaminya,tentulah beliau sangat sedih atas kepergian suami tercinta meninggalkan keluarganya,namun itu bukan bermakna beliau berputus asa dari kehidupan dan menerima bulat bulat sahaja takdirnya.

Beliau sendiri bersumpah di hadapan Sultan Alauddin Syah Al Mukammil,bahawa beliau akan menuntut bela atas kematian suaminya dan meneruskan perjuangan suaminya walaupun mungkin secara seorang diri.

TERTUBUHNYA REJIMEN ASKAR WANITA

Sultan Alauddin Riayat Syah al Mukammil akhirnya memperkenankan permintaan Keumalahayati dengan menubuhkan satu rejimen khas untuk wanita di mana Malahayati sendiri merupakan ketua laksamananya.

Pasukan itu digelar sebagai INONG BALEE yang terdiri di kalangan janda janda pahlawan Acheh yang gugur di Teluk Haru.

Awalnya pasukan Inong Balee hanya mempunyai 1000 orang sahaja

Namun,ianya kemudian bertambah kepada 2000 orang,disertai oleh gadis gadis muda yang ingin menjadi mujahidah dan syahid di jalan Allah.

Beliau juga membina sebuah kubu pertahanan di Teluk Krueng Raya,yang digelar sebagai BALAI INONG BALEE,di mana ianya juga merupakan tempat perlindungan kaum wanita yang kehilangan suaminya di medan perang.

Armada tentera laut Acheh yang diketuainya mempunyai sebanyak 100 kapal geliung besar(galleon) dengan boleh memuatkan setiap kapal seramai 400 hingga 500 orang.Setiap kapal galleon Acheh mempunyai sebanyak 5 buah meriam.

MALAHAYATI BERJUANG MENENTANG BELANDA

Acheh pada masa itu terkenal sebagai pusat perdagangan terkenal seantero dunia sehingga menimbulkan bibit bibit kecemburuan pada penjajah Portugis dan Belanda,yang rakus mahu menguasai mnopoli perdagangan di Alam Melayu ketika itu.

Pada 21 Jun 1599,eekspedisi Belanda dari Bantam,Pulau Jawa datang berlabuh di Pelabuhan Acheh.Ekspedisi dua kapal dagang Belanda bernama de Leuww dan de Leuwwin itu dipimpin oleh dua beradik,Cornelius de Houtman dan Frederick de Houtman.

Baginda Sultan menyambutnya dengan penuh istiadat dengan gembiranya,sehingga termeterainya perjanjian antara pihak Belanda dan Acheh.Namun perbuatan biadab dan bongkak dua beradik de Houtman tersebut telah menyebabkan baginda Sultan murka sehingga mencetuskan konflik di antara mereka.

Sultan Alauddin Riayat Syah al Mukammil mengarahkan pasukan Inong Balee,diketuai Malahayati sendiri untuk menyerang kapal Belanda tersebut.

Jeneral Cornelius de Houtman yang biadab itu akhirnya berjaya dibunuh oleh rencong Malahayati setelah beradu tenaga lawan SATU DALAM SATU di atas geledak kapalnya

SUBHANALLAH..hebatnya srikandi muslimah Melayu di Acheh pada masa dahulu.Bertarung dengan ketua penjajah satu lawan satu dan berjaya pula menumpaskannya..Hebat anak bangsaku dahulu.....

Satu lagi ekspedisi Belanda pada 21 November 1600 tiba di Pelabuhan Acheh diketuai oleh Paulus van Carden.Ekspedisi Belanda itu sempat menenggelamkan satu kapal dagang Acheh dan mencuri muatan perdagangan lada hitam milik kapal tersebut,masuk ke dalamnya.

Pada tanggal 31 Jun 1601,satu lagi ekspedisi perdagangan Belanda tiba di Pelabuhan Acheh diketuai oleh Laksamana Jacob van Neck.Mereka memperkenalkan diri mereka sebagai bangsa Belanda yaang ingin membeli lada hitam di Acheh.

Laksamana Malahayati akhirnya menahan dan menangkap mereka.Tindakan ini dipersetujui oleh Sultan Acheh sendiri sebagai ganti rugi dan balasan atas perbuatan biadab ekspedisi Belanda sebelumnya itu.

MALAHAYATI DIPLOMAT TERBILANG

Kerajaan Belanda yang diketuai oleh Putera Maurice,Prince of Orange telah menghantar ekspedisi sebanyak empat buah kapal diketuai Laksamana Laurens Bicker
dan Komisioner Gerard de Roy,memberi hadiah dan surat permohonan maaf kepada Sultan Acheh.Perbincangan telah dibuat antara Keumalahayati dan pihak Belanda dan akhirnya persetujuan aman dipersetujui.

Acheh bersetuju membebaskan Frederick de Houtman,adik kepada Cornelius de Houtman dan rombongan Belanda yang lainnya.Sebagai imbalannya,Belanda harus membayar kerugian atas kecurian barang dagangan milik kapal Acheh yang ditenggelamkan itu.Belanda bersetuju membayar sebanyak 5000 keping emas.Mereka juga dibolehkan berdagang dan menjual barang mereka di Pelabuhan Acheh.

Selepas itu,Sultan Acheh menghantar tiga orang dutanya ke Amsterdam untuk melawat Putera Maurice bagi melanjutkan hubungan baik Belanda-Acheh.Walaupun Belanda sedang sibuk berperang dengan kerajaan Sepanyol pada masa itu,namun duta keerajaan Acheh disambut baik dengan upacara kenegaraan dan besar-besaran oleh Putera Maurice ketika itu.

Kebijaksanaan diplomatik Keumalahayati terserlah lagi apabila pihak Inggeris tiba ke Selat Melaka diketuai oleh Sir James Lancaster.Sebelum menghadap Sultan,Lancaster bertemu dahulu dengan Keumalahayati pada 6 Jun 1602.Lancaster kemudiannya meminta Acheh supaya menjalinkan hubungan diplomatik dengan pihak Inggeris dan memusuhi Portugis.Laksamana Keumalahayati hanya berpesan supaya pemintaan tersebut dibuat secara bertulis dan mempunyai pengesahan Ratu England.

Satu surat yang ditandatangani Ratu Elizabeth dipersembahkan James Lancaster kepada Sultan Acheh.Dengan perkenan Sultan Acheh,Inggeris berjaya membuka laluan perdagangan ke Jawa daan membuka pangkalan perdagangannya di Bantam(Banten).

MALAHAYATI MENYELESAIKAN KONFLIK ISTANA

Sultan Acheh,Sultan Alauddin Riayat Syah al Mukammil menempatkan anak sulungnya sebagai Raja Muda namun putera sulung tersebut berkhianat terhadap ayahandanya.Putera tersebut merampas takhta dari ayahandanya dan menabalkan dirinya sebagai sultan dengan nama Sultan Ali Riayat Syah (1604-1607 M).

Pada era pemerintahan Sultan Ali,pelbagai bencana melanda negeri Acheh antaranya bencana kemarau,pertumpahan darah antara kerabat diraja dan ancaman dari pihak Portugis yang menguasai Melaka ketika itu,namun Sultan Ali bersikap acuh tak acuh untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan serius.

Hal ini mencetuskan kekecewaan dari kerabat istana yang lainnya.Antara kerabat diraja tersebut ialah Darmawangsa Tun Pangkat yang menegur sikap Sultan.Tegurannya tidak diendahkan,sebaliknya baginda mengarahkan Darmawangsa ditangkap dan dipenjarakan.

Pada bulan Jun 1606,tentera Portugis dari Melaka yang dipimpin oleh Alfonso de Castro,menyerang perairan Acheh.Darmawangsa yang masih berada dalam penjara memohon kepada Sultan Ali supaya membebaskan dirinya dari penjara.Turut menyokong Darmawangsa ialah Laksamana Keumalahayati sendiri yang bejaya memujuk Sultan Ali sendiri.

Darmawangsa dibebaskan dan akhirnya bersama pasukan armada Keumalahayati berjaya menghalau Portugis keluar dari perairan mereka.

Disebabkan prestasi Sultan Ali yang dianggap lemah di mata umum rakyat,maka Laksamana Keumalahayati akhirnya memujuk Sultan Ali turun dari takhta.Sultan Ali akhirnya turun dari takhta dan melantik Darmawangsa sebagai Sultan.

Darmawangsa ditabalkan sebagai Sultan Acheh Daruddunia dengan gelaran Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam.Baginda akhirnya berjaya membawa Acheh menuju zaman kegemilangannya.

KENAPA SULTAN TIDAK MELANTIK LELAKI SEBAGAI LAKSAMANA?

Ini mesti persoalan yang akan keluar dari minda anda,kenapa Sultan Acheh pada masa itu tidak melantik sahaja kaum lelaki menjadi laksamana negara?

Kenapa harus perempuan?

Sultan Alauddin Riayat Syah al Mukammil yang melantik Keumalahayati sebagai Laksamana pada masa itu sangat tua,berusia sekitar 95 tahun atau lebih.Sebagai sultan,tidak hairanlah baginda juga mempunyai musuh atau mungkin ada pengintip yang bekerja bagi pihak musuhnya yang ingin menjatuhkan Sultan di istananya pada masa itu.

Tidak pernah dilakukan oleh mana mana pemerintah di Nusantara ini,baginda melantik kaum perempuan menyandang jawatan tinggi dalam bidang ketenteraaan di istana.Mungkin juga sultan agak trauma untuk mengambil kaum lelaki yang menyalahgunakan kuasa untuk menjatuhkan dirinya.(Davis dalam Jacobs, 1894),(Van Zeggelen, 1935).

Hal ini terbukti apabila Sultan melantik Keumalahayati sebagai Laksamana,malahan rakannya,Cut Limpah yang juga seorang pereempuan sebagai Ketua Jabatan Perisikan pada masa itu

Malahayati akhirnya syahid dalam peperangan menentang armada Portugis berhampiran Teluk Krueng Raya.Beliau akhirnya dikebumikan di leereng Bukit Kota Dalam,yang terletak kira kira 34 kilometer dari Banda Acheh kini.

Semoga Allah s.w.t merahmati perjuangan beliau dalam mendaulatkan kerajaan Islam di Nusantara ini dan memasukkan beliau ke dalam golongan orang yang berjuang di jalan Allah s.w.t.

Keumalahayati patut dijadikan contoh dan idola kepada orang perempuan Melayu Islam.Sifat keberanian dan ketabahan beliau selepas kematian suaminya patut dicontohi oleh generasi muda Muslimah zaman kini.

Al Fatihah untuk Laksamana Keumalahayati.


-RAD-

WASIAT RAJA HAJI KEPADA BANGSA MELAYU


Tokoh jihad berketurunan Melayu Bugis abad ke 17.....menentang penjajah Belanda di Kesultanan Johor....

Ketahuilah olehmu wahai umat Melayu, peperangan ini bukanlah peperangan orang-orang Bugis. Tetapi ini adalah peperangan untuk mengembalikan maruah dan kehormatan sekalian diri orang-orang Melayu yang telah dipijak-pijak oleh penjajah Belanda laknatullah. Akan tetapi Belanda itu telah mencanangkan bahawa aku dan sekalian orang Bugis tidak berpuas hati dengan pengagihan hasil rampasan tembakau dari Kapal Betsy kepunyaan Perancis yang menceroboh Selat Melaka itu.

Adapun kita adalah orang-orang Melayu yang beriman kepada Allah Taala juga menyakini bahawa peristiwa itu hanyalah asbab yang telah menyatukan orang-orang Melayu dari Teluk Ketapang, Selangor, Rembau dan dari Batang Tiga untuk menghambat Belanda keluar dari Punggor, Duyung, Pernu, Semabok, Ujung Pasir, Bunga Raya, Bandar Hilir, Bukit Cina, Tanjung Keling dan Tengkera sebelum kita berkubu di Teluk Ketapang. Orang Serani, Cina dan India turut bergabung dengan kita dalam peperangan ini. Kini Gabenor Belanda menjadi seperti tikus dikejar naga berkubu di Kota Melaka. Ke hilir kena kutuk sultan, ke mudik kena kutuk raja.

Yakni dengan kata lain, peperangan ini adalah untuk mengembalikan tanah, udara, air dan laut yang telah dirampas oleh penjajah kepada orang-orang Melayu yang sudah beratus tahun membina kehidupan, membina kota dan pelabuhan di tanah air ini. Jikalau terdapat satu pun kampung, daerah, kota dan pelabuhan yang terbakar dan ditawan oleh penjajah, maka seluruh orang Melayu di seluruh kampung, daerah, kota dan pelabuhan wajiblah bangun menentang dan menghalau mereka. Sesungguhnya orang-orang Melayu itu bersaudara dan kita tidak akan kalah dalam mana-mana peperangan pun, jika kita bersatu padu di jalan Allah.

Syahadan untuk kita bersatu di jalan Allah bukanlah suatu perkara yang mudah. Ia bagai mengepal pasir yang kering. Syaitan adalah musuh yang nyata sama ada yang terang-terang terlihat pada mata kasar mahupun yang berselindung di sebalik hati manusia. Terbukti kebenaran wahyu sejak kakiku berjejak di Terengganu, Pahang, Johor, Selangor, Kedah, Langkat, Inderagiri, Jambi, Bangka, Pontianak, Mempawah dan negeri-negeri Melayu yang lain.

Telah bersungguh-sungguh aku membantu meleraikan persengketaan yang berlaku sesama sendiri dan mematahkan muslihat penjajah laknatullah. Mana dapat dibuat damai, maka damailah yang kumeterai. Mana yang berkehendakkan peperangan, maka peperanganlah yang kupimpin kerana sudah dua ratus tahun lebih kita masih dijajah bahana berebutkan kuasa yang tidak habis-habisnya, saling berhasad dengki dan bersubahat dengan musuh. Yang ruginya rakyat jelata. Tanah diambil, hasil diperas dan tubuh diperhamba.

Maka pada hari ini, tanggal 19 Rejab 1198 Hijrah bersamaan dengan 17 Jun 1784, di Tanjung Palas Teluk Ketapang inilah warkah yang tertulis. Warkah ini kutulis di atas sejadah, mengadap kiblat dalam keadaan berwuduk setelah selesai solat dan doa panjang untuk sekalian umat Melayu. Al-Quran di sebelah kananku. Kitab Dalilul Khairat di sebelah kiriku. Badik pusaka di pinggangku.

Sungguhpun demikian, aku amat menyedari bahawa terdapat di kalangan armada perang Melayu yang aku satukan dan pimpin ini terdapat golongan Melayu yang menjadi musuh dalam selimut. Berwajah Melayu berhati Belanda. Usahlah ditanya bagaimana aku mengetahuinya kerana tahu di angin turun naiknya. Apabila Allah mengkehendaki terjadi sesuatu perkara, maka tiadalah siapapun yang dapat mengelakkannya.

Biarkan sahaja mereka menyelinap ke dalam kubu kami dan mengepung aku. Syak fasik, yakin salih; batulah yang jadi juadah! Nah, wahai si munafik! Aku sesekali tidak pernah takut kepada kalian. Marilah kita berdepan sebagai seorang lelaki Melayu yang sejati! Engkau kendonglah panji perjuanganmu. Aku junjung panji perjuanganku! Nyawa kita di tangan Allah. Matiku di medan perang ini, tandanya sentiasalah aku hidup di sisi Allah Taala. Matimu di medan perang ini, tandanya celakalah engkau di akhirat kelak.

Seyogia, ketahuilah saudaraku. Walau apapun yang terjadi kepadaku janganlah dimungkirkan kafiat jalanku ini kerana ia akan hanya mengulangi kekhilafan malaikat apabila Allah menyatakan kehendak-Nya mahu menciptakan manusia untuk dijadikan khalifah di atas muka bumi yang akan ada di kalangan manusia saling menumpahkan darah.

Janganlah kita lupa pengakuan azali kita di depan Allah. Janganlah kita melupai ilmu yang Allah ajarkan secara langsung daripada sisi-Nya kepada kita. Kerana dengan itulah kita, manusia ini, dibangga-banggakan Allah di hadapan para malaikat-Nya, kata Allah ‘Sudah kunyatakan bahawa aku lebih mengetahui daripada apa yang kamu tahu.’

Allah Maha Besar!

Andai aku mati di medan perang ini akan berlanjutan fitnah demi fitnah yang tidak habis-habis, menghujani orang-orang Melayu di sepanjang sejarah akan datang. Manusia Melayu munafik, pengkhianat, pendengki dan petualang akan sentiasa muncul di kalangan kalian sebagai semut hitam yang melata di atas batu hitam pada waktu malam, tanpa bulan dan bintang.

Akan ada di kalangan kalian, Melayulah juga ia, yang akan menyambung lidah Belanda menuduh aku berjuang dan berperang kerana mabukkan harta dan kuasa. Sesungguhnya moyang poyangku para Opu Daeng Lima Bersaudara bukanlah mahu disanjung-sanjung dan dimegah-megah. Memadailah kukatakan apa yang kami inginkan ialah bangsa kita umat Melayu ini hidup bermaruah dan mempunyai kehormatan diri.

Maka Maha Adillah Allah Taala sebagaimana terdapat golongan yang munafik dan petualang bangsa, akan ada golongan di kalangan umat Melayu sesudah kami ini yang akan menyambung perjuangan kami. Mereka menyambut panji perjuangan kami dengan penuh harga diri. Dalam hati merekalah aku hidup dan menjadi cita-cita mereka pula mati kerana berjuang. Semangat mereka menyerupai kami, walaupun bilangan mereka tidaklah seramai golongan munafik dan petualang.

Mereka berani mati sehinggalah si petualang bangkit daripada sujud tatkala imam dan jemaah masih bersujud, lalu ditancamkan pisau di belakang antara mereka. Maka sesekali tidak mengundang gundah kerana apabila sudah datang janji Allah, maka syahid lah dia. Jika yang ditikam itu masih terus hidup, maka dia akan menjadi saksi kepetualangan si munafik tersebut, lalu mudahlah dicam dan diberkas seketika itu juga. Maha Besar Allah Yang Awal dan Yang Akhir.

Ketahuilah wahai saudaraku. Bahawasanya umat Melayu tidak akan sesekali ghaib daripada muka bumi ini yang Allah telah takdirkan gunung, dataran, sungai, kuala, selat dan lautan untuknya. Semuanya akan diwariskan Allah kepada raja yang adil lagi saksama dan pembesar yang mukmin dan mukminat untuk memerintah. Maka Allah mengurniakan rahmat dan berkat daripada tujuh petala langit dan tujuh petala bumi dan semua penduduk bumi dan langit mendoakan kesejahteraan bagi segenap isi negeri.

Sesungguhnya akan tibalah pada hari dan zaman itu orang-orang Melayu semuanya akan bersatu dan sanggup mati di jalan Allah. Mereka bersedia berperang dengan musuh daripada belahan dunia mana sekalipun. Kota-kota mereka terbina daripada peradaban ilmu yang dihiasi dengan mutiara kebijaksanaan. Ulama dan cendikiawan diterima sebagai penasihat ulil amri. Para ahli sufi terbebas daripada fitnah ajaran sesat dan batil. Rakyatnya cukup makan dan untung berniaga, tanpa ada penindasan dan perampasan. Kaum-kaum lain mendapat naungan dan jaminan keadilan sehingga taat dan setia mereka tidak berbelah bahagi lagi. Zaman makmur itu akan tiba juga apabila hak-hak Allah dipenuhi. Hak-hak rakyat dilaksanakan. Peraturan-peraturan mereka ditimbang dengan syariat dan disukat dengan adat.

Syahadan, ketahuilah olehmu wahai saudaraku. Ingatlah bahawa ranting yang akan melenting, dahan yang akan mencucuk dan duri yang akan mengait. Justeru tetapkanlah waspada sebagai pengawal di pintu gerbang zaman makmur. Bulan terang paksa baik: payang ke laut, baluk pun ke laut juga. Runtuhnya zaman makmur kerajaan Melayu sebelum ini adalah kerana raja dan pembesarnya sudah ada biduk, tetapi serempu pula. Lalu timbullah perebutan, hasad, iri hati dan sengketa. Kalau rakyatnya pula suka menuntut piutang lapuk. Ditelan kemewahan dilambung mabuk. Ada juga yang menjadi seperti itik bertaji. Tandanya, keris tersisip di dinding, pedang tajam dalam sarungnya sahaja.

Musuh yang nyata disetiakawankan. Manakala sesama sendiri sanggup ‘berjuang’ hingga memancung leher. Kesudahan mereka adalah dengan suul khatimah kerana lekat pada ingatan mereka akan harta dan kuasa yang terlepas daripada tangan. Dipamerkan pula tempatnya di neraka jahanam, wa nauzubillah. Itulah jihad di jalan syaitan adanya. Benarlah, ujian-ujian daripada Allah turun bersama-sama zaman makmur.

Maka jika kita alpa dan lalai diri dengan melakukan kegiatan dan perbuatan yang dilarang Allah, maka tunggulah bala bencana daripada tujuh petala bumi dan tujuh petala langit bertali arus menimpa umat Melayu itu. Ya Allah menitis pula air mataku. Ketahuilah bahawa aku tidak pernah menitiskan air mata sebagai seorang lelaki Melayu berhati kecut. Tetapi air mataku ini mengalir apabila memikirkan anak cucu cicit yang terkemudian hari. Apalah pula ujian dan balanya; apalah pula sengketanya; apalah pula pengkhianatannya; apalah pula penyelewengannya dan apalah pula kesudahannya.

Segala ribut badai perasaanku menyatu bersama ingatan terhadap junjungan nabi kita ketika saat-saat sakaratulmaut menjelang, telah terucap di mulutnya yang mulia ‘umatku, umatku, umatku!’ Aduhai Nabi kekasih Allah! Ingatlah pada zaman manapun kalian berada sentiasalah berselawat ke atas nabi dan beramal dengan sunnah-sunnahnya kerana itulah penyelamat agung penyedar daripada alpa dan lalai, pengikis sifat munafik dan menghidupkan jiwa.

Ya Allah limpahkan selawat dan salam ke atas Muhammad pada awalnya
Ya Allah limpahkan selawat dan salam ke atas Muhammad. pada akhirnya.
Ya Allah limpahkan selawat dan salam ke atas Muhammad pada setiap ketika.

Tatkala sampai di baris ini, aku sedang melihat berpuluh kapal perang armada Belanda pimpinan Peter van Braam dari Betawi itu, sudahpun tiba di pantai. Demi Allah, yang hidup dan matiku hanyalah di tangan-Nya, sedikitpun aku tidak berasa gentar, apatah lagi untuk berundur walau seinci pun ke belakang kerana kuyakini Allah sentiasalah ada bersamaku dengan panji janji-Nya dan panji kebenaran-Nya. Biarlah luka di dada jangan luka di belakang.

Rencana si munafik itu sampailah ke kemuncaknya apabila mereka dapat masuk menyelinap ke dalam kubuku, merampas pemurasku yang disandarkan ke dinding, maka ketika itu sampailah ilham daripada Allah kepadaku. Bahawa aku kini hanya ada sebilah badik tersisip di pinggang dan hijap yang terangkat antara aku dengan Tuhanku. Seraya langsung aku memanjatkan doa, “Ya Allah sesungguhnya aku telah dizalimi dan dikhianati. Aku bentangkan ke hadrat-Mu seluruh pengharapan-Mu dengan segala fakir dan hina diriku, Engkau jadikanlah warkahku ini terhijab daripada pandangan mata setiap munafik dan musuh-musuhku serta Engkau peliharakanlah warkahku ini hingga sampai ke hujung zaman agar dapat dibaca dan ditilik oleh anak cucu cicit kami pada kemudian hari.

“Ya Allah. Tidak sampai hati mahu ku pinta celaka untuk segolongan Melayu yang bersubahat dengan penjajah itu. Ya Allah jadikanlah anak cucu cicit kami di kemudian hari berjuang dan berperang dengan lebih berani dan gagah di jalan-Mu. Ya Allah tempat aku juga di sisi kekasih-Mu, Rasulullah yang aku rindui dan cintai segenap hatiku sekiranya aku gugur di jalan-Mu Ya Allah. Sungguh Engkau Maha Mengabulkan doa.”

Tatkala itu munafik-munafik itu mahu menangkap aku yang masih bertimpuh di atas sejadah. Namun demikian dengan kuasa Allah Taala segala sendi pada tubuh mereka, terkunci kaku seperti patung adanya. Maka bingkaslah aku daripada duduk lalu aku pandang satu persatu wajah-wajah Melayu munafik itu. Benarlah, peluru perak pemecah kubu yang kuat. Sungguh kawat yang dibentuk, ikan ditebat yang diadang. Tiada gunanya lagi kata-kata kerana perut tidak bertelinga. Sesudah itu berjalanlah aku menuju ke muka kubu dan tersergamlah kapal perang penjajah laknatullah itu pada pandanganku. Inilah Raja Haji yang kalian cari-cari. Syarak yang mengata, adat yang memaksa. Dengan badik di tangan kanan dan Dalilul Khairat di tangan kiri, lidahku berwiridkan selawat.

Bammm!!!

Bunyi bedilan sebuah meriam daripada salah sebuah kapal Belanda yang muncungnya dihala ke batang tubuhku, bergema ke udara. Ah! Sungguh beruntung pengkhianat itu kerana dapat menyaksikan lagi kuasa Allah apabila peluru lela rentaka meletup di dalam lubangnya sendiri, lalu terpelantinglah askar Belanda berselerak di atas kapal dan sebahagiannya pula jatuh ke dalam laut. Beranak pinaklah pula bunga-bunga api membakar kapal perang itu. Panglima Perang Belanda Peter van Braam nyatalah amatlah terkejut adanya. Bertambah maraklah lagi semangat jihad yang menjulang-julang dalam dada pejuang-pejuang Melayu. Bertambah amuklah mereka hingga berkecamuk barisan penembak pasukan askar Belanda itu.

Lantas bertafakurlah aku apabila melihat keadaan itu. Aku berserah sepenuhnya kepada Allah untuk menetapkan apa jua keputusan-Nya. Beberapa ketika kemudian dapatlah aku ilham daripada-Nya seraya aku bermohon, “Ya Allah aku berserah kepada-Mu seluruh jiwa dan ragaku. Aku rela syahid Ya Allah di jalan-Mu, daripada kehormatanku dan kehormatan umat Melayu ini dipijak-pijak oleh penjajah laknat ini setelah ditipudayakan oleh petualang daripada bangsa kami sendiri.” Arakian Panglima Perang Belanda itu sendiri segera menyalakan sumbu ubat bedil merim lela rentaka yang muncungnya dihalakan tepat ke dadaku.

Bammm!!!

Maka sampailah janji Allah. Mencurahlah darah daripada dadaku.
Jasadku rebah ke tanah. Tiada Tuhan Melainkan Allah. Maka terpinga-pingalah para munafik dan petualang apabila melihat askar penjajah memijak-mijak batang tubuhku, membakar al-Quran dan Dalilul Khairat. Badikku pula dilemparkan ke dalam laut. Pecahlah kapi, putuslah suai. Datanglah masyghulku, tetapi seketika itu juga difahamkan Allah kepadaku bahawa itulah tanda-tanda doaku yang telah dimakbulkan Allah.

Wallahualam..al fatihah


-RAD-

SIAPA DATO SAGOR



i. Pengenalan

Pengaruh nama Dato’ Sagor usah diragui. Bukan sahaja amat terkenal di Perak, negeri di mana dia menumpahkan taat setia dan berjuang menentang penjajah, namun seluruh negara mengetahui siapa Dato’ Sagor.

Sebagai ikon pencetus kebangkitan penentangan terhadap British bersama Dato’ Maharaja Lela dan beberapa lagi individu lain seperti Pandak Endut, Sipuntum dan lain-lain, nama Dato’ Sagor terus mekar hingga ke hari ini.

Namun banyak lagi sisi lain mengenai Dato’ Sagor, selain peristiwa pembunuhan Residen Pertama British, JWW Birch, seperti cubaan British menghapuskan legasinya, tidak diketahui masyarakat, khususnya generasi muda.

Walaupun hidupnya banyak dihabiskan di Kampung Teluk, daerah Kampung Gajah, Perak, namun empunya diri atau nama sebenarnya Ngah Kamdin, dikatakan pernah merantau ke Pahang, Selangor, sebelum ke Kampung Gajah dan seterusnya membina kekayaan di Larut bersama Ngah Ibrahim.

Kehidupan di Larut membawa dia dekat kepada Sultan Perak. Adalah dipercayai Ngah Ibrahim mendapat gelaran sebagai Tengku Orang Kaya Paduka Tuan sebagai Orang Besar Empat, Ngah Kamdin, dikurniakan Gelaran Dato’ Seri Agar Diraja.

Selepas mendapat gelaran tersebut, Dato’ Sagor pulang ke Kampung Gajah untuk menjalankan pentadbiran di sekitar kawasan itu hingga Pulau Tiga.

Dato’ Sagor meninggal dunia pada 20 Januari 1877 selepas dihukum hgantung kerana terlibat dalam pakatan membunuh JWW Birch.

ii. Sekilas Biodata

* Salah seorang daripada Orang Besar Delapan Perak

* Gelaran penuh ialah Orang Kaya-Kaya Seri Agar Diraja

* Nama sebenarnya : Ngah Kamdin, keturunan Bugis yang berdarjat Daeng

* Isteri : Toh Lipat

* Ngah Kamdin adalah bapa saudara kepada Menteri Ngah Ibrahim

* Dilahirkan di Kampung Gajah dan berhijrah ke Larut untuk mengusahakan perlombongan bijih timah bersama Ngah Ibrahim

* Dikurnia gelaran Orang Kaya-Kaya Seri Agar Diraja oleh Sultan Jaafar (Sultan Perak ke-23)

* Mengikut Perlembagaan Perak, Dato’ Sagor memerintah wiIayah tebing Sungai Perak dari Kampung Gajah ke Pulau Tiga.

* Kuasanya ialah mengawal hal ehwal istana, pembinaan istana dan kapal-kapal yang dinaiki oleh Sultan

* Bebas membawa masuk dan keluar hasil tanpa cukai

* Dato’ Sagor dan Dato’ Maharaja Lela mengetuai misi membunuh JWW Birch di Pasir Salak pada tahun 1875.

* Dato’ Sagor dan Dato’ Maharaja Lela, pembesar yang sentiasa hadir dalam setiap mesyuarat berkaitan rancangan membunuh JWW Birch.

* Dato’ Sagor dihukum gantung sampai mati bersama Dato’ Maharaja Lela dan Pandak Endut di Matang pada 20 Januari 1877

* Selepas kematian Dato’ Sagor, gelaran tersebut dihapuskan dan digantikan dengan gelaran Orang Kaya-Kaya Setia Bijaya Diraja tetapi ia hanya gelaran yang tidak membawa kepada penguasaaan wilayah seperti pernah dikuasai Dato’ Sagor.

* Gelaran itu hanya bermula pada 1898 iaitu 23 tahun selepas Dato’ Sagor dihukum bunuh oleh British pada 1877

* Gelaran Orang Kaya-kaya Seri Agar Diraja atau Dato Sagor telah dihidupkan kembali oleh Sultan Perak dan Dewan Negara Perak pada 11 Jun 1987 selepas 110 tahun gelaran itu dihapuskan

* Gelaran tersebut disandang oleh bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib yang juga keturunan Dato’ Sagor.

Petikan : Utusan Malaysia, Laporan Khas, muka 23, 21 Disember 2013.

Ikuti sambungan rentetan Dato’ Sagor dihukum bunuh. Adakah benar beliau tidak mati dihukum gantung ?

-AH-

[Segmen Malaysian Heroes]

Sunday, 29 December 2013

TUN MAHATHIR MEMALUKAN ENGLAND



Nama beliau ialah Margaret Thatcher. Sepanjang karier beliau, beliau dikejutkan dengan rancangan genius oleh mantan PM kita yang tercinta, Tun Dr Mahathir.

Peristiwa ini masih diingati oleh dunia dan dikenali dengan nama, "Serangan Subuh." Pada september 1981, Tun Dr Mahathir telah menghantar empat orang anak Melayu antaranya ialah Ku Li, Tun Ghaffar Baba, Tun Ismail Ali dan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Tun Dr Mahathir telah mengarahkan kajian yang begitu teliti dijalankan ke atas undang-undang pelaburan British. Rancangan Tun Dr Mahathir ialah untuk mendapat kembali tiga buah syarikat yang dahulunya milik Malaysia, tetapi telah dirampas oleh British.

Guthrie, Sime Darby dann Golden Hope telah berjaya kembali kepada tangan anak Malaysia, dengan pembelian secara senyap oleh Malaysia ke atas saham British di London Stock Exchange pada waktu subuh tanpa disedari sesiapa.

Apa yang menariknya, kejayaan Tun membawa kembali 3 syarikat ini ke tangan anak Malaysia telah membawa pulangan 36 Bilion ditambah pula dengan tanah di dalam dan luar negara kepunyaan Guthrie.

Margeret Thatcher amat bengang dengan kejatuhan syarikat British yang berusia lebih 200 tahun ke tangan Malaysia (ladang Guthrie pun dahulunya milik Malaya). Beliau hanya tahu seminggu selepas peristiwa tersebut. Ianya jadi pengajaran yang amat berguna kepada PM Britain tu kerana sebelum ni dia amat bongkak kerana enggan menjual tanah Guthrie yang ada di negara kita semasa Malaysia menawarkan untuk membeli tanah tersebut.

Tapi akhirnya Tun dengan beraninya melaksanakan Dawn Raid Project sehingga tiada satu ekar pun tanah Guthrie di seluruh dunia yang tidak jatuh ke tangan Malaysia dan pengambilalihan itu sah di sisi undang2 ekonomi antarabangsa walaupun kerajaan Britain membantah.

Akhbar-akhbar di seluruh dunia pada masa itu meletakkan pengambilalihan itu sebagai berita utama mereka dengan tajuk antaranya "Serbuan Menyingsing Subuh" dan "Serangan Malaysia ke atas Kota London" yang menceritakan tentang kejayaan Malaysia, sebuah negara kecil di Asia Tenggara yang berjaya menundukkan keegoan Britain dalam usaha mendapatkan semula beratus ribu ekar tanah yang dahulunya kepunyaan orang Melayu tetapi dimiliki British sejak zaman penjajahan.

-HE



[Malaysian Heroes]

Older Posts Home

Blogger Template by Blogcrowds