TUN DR MAHATHIR DAN VLADIMIR PUTIN
Siapakah Vladimir
Putin? Apakah hubungan beliau dengan Tun Dr. Mahathir? Secara mudahnya, baru-baru
ini, Vladimir Putin dipilih menjadi Presiden Persekutuan Rusia yang ke-4,
selepas proses "tandemokrasi" beliau dengan Dmitry Medvedev (Presiden
ke-3) telah tamat. Struktur politik Rusia amatlah berbeza sama sekali dengan
kita, kerana mereka mengamalkan perlembagaan republik secara separa presiden,
iaitu Presiden merupakan Agong negara. Cukuplah pasal politik, Putin seringkali
dikatakan bahawa beliau sentiasa meluangkan masa bersama Tun Dr. Mahathir.
Selepas Pilihanraya Presiden 2004, Putin telah menikmati kemenangan semula
terhadap Nikolay Kharitonov, ketua parti komunis, sebanyak 71.9% dan lebih
kurang 50 juta undi popular, dan selepas dari pertemuan dengan Tun Dr.
Mahathir, Rusia telah menyambung reformasi ekonominya yang secara menariknya,
lebih kurang sama dengan dasar Tun Dr. Mahathir. Ekonomi mereka melonjak naik!
Selepas pembubaran
Kesatuan Soviet, pelbagai pembaharuan termasuk penswastaan yang tidak terkawal
dan pasaran juga liberalisasi perdagangan sedang dijalankan. Tetapi, dibawah
pimpinan Boris Yeltsin (Presiden pertama Rusia), ekonomi Rusia jatuh amat teruk
sekali. Pada Oktober 1991, Yeltsin mengambil inisiatif seperti yang disyorkan
oleh Amerika Syarikat dan serigala-serigala Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
Jutaan telah menjunam ke dalam kemiskinan, daripada 1.5% penduduk hidup dalam
kemiskinan, dan kadar kemiskinan meningkat kepada 39% - 49% menjelang
pertengahan 1993. Dari sini kita dapat melihat cadangan IMF telah hampir
menghancurkan Rusia. Tahniah, IMF.
Yeltsin telah memohon
maaf atas kegagalan dasarnya, dan menamakan Vladimir Putin sebagai
presiden-sementara untuk mempengerusikan Rusia buat seketika memandangkan
Pilihan Raya tahun 2000 masih jauh lagi. Setelah menjadi Presiden yang sah,
Vladimir Putin telah meletakkan unsur-unsur kawalan, perlindungan dan
konservatif di Rusia seperti apa yang Tun Dr. Mahathir lakukan pada tahun 1997.
Pembaharuan yang dibuat semasa Putin menjadi presiden Rusia telah dikritik
hebat oleh negara-negara barat sebagai langkah yang tidak demokratik. Perkara
yang sama berlaku dimana media barat mengkritik hebat Tun Dr. Mahathir pada
tahun 1997, dan dasar-dasar yang diguna oleh Putin ketika itu hampir sama
seperti Tun Dr. Mahathir.
Dasar ekonomi Putin
adalah hampir sama dengan Tun Dr. Mahathir, di mana ekonomi dikawal oleh GLC.
Ia adalah lebih seperti kapitalisme kerajaan. Ekonomi mereka tidak terlalu
terbuka iaitu Russia mempunyai unsur-unsur kawalan, sama seperti Malaysia.
Rusia pada dasarnya membuang semua dasar ekonomi liberal (terbuka), sekitar
tahun 2004-2008 seperti pembuangan pengaruh IMF dengan membayar dengan segera
seperti yang Tun lakukan. Terdapat banyak dasar-dasar dan pembaharuan yang
berlaku selepas pilihan raya kali kedua kalinya dari segi ekonomi, dalaman, dan
banyak lagi. Kebanyakkan yang berlaku di Rusia adalah hampir sama seperti
semasa Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri selama 20 tahun. Walaupun Putin
dikritik hebat, tetapi lihatlah apa yang Vladimir Putin telah capai,
berakhirnya tahun 2007 dengan pertumbuhan yang berterusan, purata 7% setiap
tahun sejak 1998. Pada tahun 2007, KDNK Rusia adalah $ 2,076,000,000,000 (est
PPP), iaitu KDNK keenam yang terbesar di dunia dengan perkembangan KDNK
sebanyak 8.1% daripada tahun sebelumnya.
Kedua-dua mereka
memilih untuk tidak menjadi liberal dalam apa jua yang mereka lakukan atau
memperkenalkan dasar-dasar baru untuk negara masing-masing. Itu adalah yang
paling penting. Untuk kes Anwar, beliau mahu segala-galanya untuk menjadi
liberal, dari masyarakat, ekonomi dan sebagainya. Ini tidak akan berhasil untuk
kita. Menjadi terlalu liberal sebenarnya akan membuka pintu yang lebih luas
kepada "pencuri" antarabangsa seperti Soros, untuk mencuri,
mempengaruhi dan banyak lagi pengaruh negatif.
Seperkara lagi,
Vladimir Putin juga membaca buku-buku Tun Mahathir. Bukti boleh didapati dari
salah satu ucapan beliau kepada Tun Mahathir selepas memberi Anugerah
Persahabatan Rusia tertinggi kepada Tun:
“Mr. Prime Minister, in
one of your books, you mentioned that the 21st century will become ‘The Global
Century’ – the century of rapid, all round development of the Asia Pacific
region. It looks as though, thanks in large part of your efforts, Malaysia has
entered this century just as you said, it would”
Seperti mana yang
diketahui juga, di Moscow, kelihatan gambar-gambar Tun Mahathir di papan iklan
(billboard) dan di sepanjang jalan. Memang amat sedih apabila warga-warga,
ahli-ahli ekonomi, dan kerajaan luar negara menjulang nama Tun Dr. Mahathir,
Anugerah Allah yang sebenar, sedangkan kita di negara sendiri menghina beliau
sebagai munafik dan lain-lain lagi. Cara beliau membangunkan Malaysia sehingga
presiden mereka sanggup berjumpa Tun untuk meminta pandangan dari segenap segi.
Banyak lagi bukti boleh
didapati daripada kajian dasar Tun Dr Mahathir yang telah selamatkan kita dari
Krisis Kewangan 97. Lebih banyak lagi bukti yang boleh didapati ketika ekonomi
Rusia kembali pulih. Dan secara menariknya, Tun Dr. Mahathir menjadi salah
seorang yang bertanggungjawab daripadanya. Jadi,apakah ‘jenis’ orang-orang yang
mengutuk beliau? Fikirlah sendiri.
-- AFDS --
Post a Comment