ADA APA PADA ANGRY BIRDS?
salah satu game yang
paling 'legend' antara semua game-game apps Apple
yang dimain oleh anak
saudaraku yang berumur 4 tahun sehinggalah ke mencecah tua.
semuanya suka bermain
game ini
tidakkah anda pernah
tertanya-tanya?
Kenapa?
Apa yang best sangat
game ni?
Cam simple je, game
berkaitan burung-burung yang marah kepada babi-babi berwarna hijau yang mencuri
telur mereka
sedar x kita...
jawapannya sebab....
Angry Birds....
dipenuhi dengan
nilai-nilai dan prinsip-prinsip sebuah gerakan Dakwah Islamiyah
1) Jihad dan Tadhiyyah
(Pengorbanan)
antara ciri yang paling
power pasal Angry Birds ni, sebab burung-burung yang marah tu semuanya sanggup
berkorban
menyerahkan jiwa dan
tubuh mereka untuk mencapai matlamat mereka
iaitu menghapuskan
babi-babi hijau yang suka tersengih jika masih hidup di akhir permainan
mungkin yang merah,
biru dan hijau hanya sanggup mencederakan diri sendiri
tapi bagaimana dengan yang
hitam dan putih?
yang hitam sanggup
meletupkan dirinya sendiri!
yang putih pula?
sanggup mengorbankan
anaknya!
itu bukanlah satu
pengorbanan yang senang
menghantar anak yang
masih dalam telur ke medan jihad
segala-galanya untuk
mencapai satu matlamat
menjatuhkan
tembok-tembok jahiliyah yang kukuh, untuk menghapuskan babi-babi hijau itu
selama-lamanya... terutamanya ketua mereka yang memakai mahkota emas
"Sesungguhnya
Allah membeli dari orang-orang mukmin itu diri mereka dan harta mereka dengan memberikan
kepada mereka syurga..."
(At-Taubah 9:111)
2) Amal Jamaie
dalam nak meruntuhkan
tembok-tembok jahiliyah yang begitu kukuh
burung-burung yang
marah itu tidak bertindak secara berseorangan
malahan mereka tidak
akan mampu meruntuhkannya jika bertindak secara berseorangan
maka mereka bersatu,
bersatu tenaga mereka, bertindak secara berjemaah
untuk meruntuhkan
tembok-tembok jahiliyah itu
3) Tanzim (organisasi)
yang tersusun
tapi adakah diorang
main langgar je sape yang serang dulu?
tidak
diorang sedar setiap
burung mempunyai kemampuan dan semangat pengorbanan yang berbeza
setiap burung mempunyai
isti'ab (penguasaan) yang berbeza
jadi diorang susun
sape pergi dulu, lepas
tu sape pergi dulu
kenapa?
sebab Saidina Ali
mengatakan
"Kebatilan yang
tersusun akan mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun"
4) Gerak kerja yang
Muntijah (berhasil)
bagaimana pula cara
diorang susun sape yang pergi dulu dan sape yang pergi dulu?
diorang susun dengan
menilai
bagaimanakah cara yang
paling muntij dan cepat untuk meruntuhkan tembok jahiliyah itu
maka setiap orang yang
mempunyai isti'ab yang berbeza, berfokus kepada kelebihannya
yang reti potong kayu
pergi serang kayu
yang boleh hancurkan
batu pg hancurkan batu
dan menjadi
tanggungjawab kita pula, sebagai qiyadah (ketua) mereka
untuk detect, apakah
kelemahan musuh kita
dan dengan segala
kekuatan serta isti'ab jundi (tentera) yang berbeza-beza
bagaimanakah kita ingin
menyusun strategi
eh silap
untuk mengalahkan
babi-babi hijau tadi dengan tenaga yang paling sikit, dan masa yang paling
cepat
5) Taat
dan sebagai qiyadah
perkara yang paling
menyenangkan hati kita dan meneruskan semangat kita untuk berjuang
adalah kalau kita suruh
burung-burung marah itu menyerang ke atas, maka dia akan pergi ke atas
dan kalau ke kanan,
maka dia akan pergi ke kanan
pasti tidak ada orang
yang nak main
dan selama-lamanya
babi-babi hijau itu akan gelak terkekeh-kekeh
jika qiyadah suruh
serang ke kanan, dia pergi melayang ke atas
6) Ukhuwah
lastly
kena faham
bahawa ukhwah
burung-burung yang marah itu sangat kuat
itulah teras dan
tunjang utama kekuatan diorang
mereka sedih, marah,
apabila saudara-saudara mereka dicuri telurnya
mereka merasai
penderitaan saudara-saudara mereka
kerana sesungguhnya
burung-burung yang berwarna itu bersaudara
seperti mana kita umat
Islam bersaudara
jika salah satu
daripada saudara kita sakit/derita, kita turut merasakan penderitaannya
dan kita akan berusaha
untuk menyelamatkan saudara kita
daripada musuh yang
nampak di dunia
dan juga musuh yang
tidak nampak
yang menarik kita ke
api neraka
kenapa?
sebab kita menyayangi
saudara kita
sesungguhnya dakwah
ikhwanul muslimin itu adalah berteraskan dakwah kasih sayang
kerana cinta kita
kepada Islam dan Umat Islam
tidak akan wujud game
Angry Birds
jika tidak ada ukhwah
di kalangan mereka
begitu juga tidak akan
wujud gerakan Islam
malahan mustahil akan
menang gerakan Islam
jika tidak wujud ukhwah
dan muhibbah antara semua umat Islam
"Apabila telah
datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan engkau melihat manusia
berbondong-bondong memasuki agama Allah. Maka bertasbihlah dengan memuji
Tuhanmu dan mohonlah ampunan kepadaNya. Sungguh, Dia Maha Penerima Taubat"
(An-Nasr 110:1-3)
sedarlah
pertolongan Allah tidak
akan datang jika tidak wujud ukhwah dan kesatuan di kalangan umat Islam
dan prinsip kepada
kesatuan itu terletak pada Usul 20 oleh Imam Hassan Al-Banna
semua yang korang baca
tadi
adalah pengajaran
daripada Angry Birds
tapi ada satu lagi
pengajaran yang tersirat
iaitu jika kita melihat
dunia ini dengan perspektif Islam yang jernih
kita akan memasuki
sebuah dunia yang berbeza
dan kita akan mampu
melihat apakah masalah umat Islam sebenarnya, sehingga mereka tidak mampu
menang-menang lagi sampai sekarang...
"Ukhuwah Teras
Kegemilangan"
-Nengrat Zahid-
Post a Comment