PETUA MEWANGIKAN BADAN / KUKUS BADAN (LELAKI & PEREMPUAN)
• Ambil
tempurung kelapa sebanyak 2 biji dan bakar sehingga menjadi bara.
• Apabila
sudah berbara, letakkan di dalam tempurung kelapa yang lain.
• Letakkan
sedikit arang dan kemenyan. Biarkan kedua-dua bahan ini membara bersama bara
tempurung kelapa tadi.
• Ikat
kain batik atau kain pelekat di leher anda. Duduk di atas kekuda atau kerusi
kayu. Baca bismillah, selawat ke atas Nabi Muhammad SAW sebanyak 7 kali.
• Pandang/Dongak
ke atas (cadangan-jika tidak mahu dongak tidak mengapa).
• Biarkan
asap tadi menyelubungi diri anda. Buat sehingga asap tidak kelihatan lagi.
• Ketika
sedang melakukan aktiviti ini, sentiasa berzikir dan membaca ayat-ayat suci
Al-Quran.
> Amalan orang-orang Istana
PERINGATAN : Jangan sesekali membaca jampi-jampi
yang anda tidak tahu maksudnya. Sila rujuk
http://junied-rahsianampakjin.blogspot.com/2010/02/gangguan-jinkemenyan-sihir.html
-AH-
Post a Comment