KHALID AL-WALID: PANGLIMA ISLAM YANG TIDAK PERNAH KALAH DALAM PEPERANGAN
Siri Khula Ar-Rasyidin
sudah pun menemui penamatnya beberapa minggu yang lepas dan seperti yang
dijanjikan, maka dengan ini saya datang dengan artikel khas dalam membincangkan
mengenai Khalid Al-Walid, seorang manusia yang tersenarai dalam sejarah sebagai
antara “Jeneral Perang Dalam Sejarah Yang Tidak Terkalahkan.”
Pemuda gagah yang
menggearkan dunia ini lahir pada 592 Masihi dan salah seorang daripada sahabat
Rasulullah. ,Lahir di kalangan Bani Quraisy, yang sememangnya memusuhi
perjuangan nabi, Khalid seolah-olah mewarisi semangat itu daripada Bani
Quraisy.
Ketika Perang Uhud
antara tentera Islam dan kafir Quraisy menyaksikan bagaimana Khalid sudah mula
menunjukkan potensi untuk menjadi seorang panglima dan jeneral perang yang
hebat. Khalid Al-Walid memeluk Islam selepas Perjanjian Hudaibiyah menyaksikan
bagaimana seorang panglima perang yang bakal menempa nama sebagai antara
jeneral perang yang tidak pernah kalah dalam peperangan sebaris dengan Alexander
The Great dan Genghis Khan.
[Gelaran Pedang ALLAH]
Pertempuran Mutaah
menyaksikan bagaimana Khaldi Al-Walid menempa nama gelaran “Pedang ALLAH” oleh
junjungan besar Rasulullah kepada Khalid. Ada sebuah kisah hebat yang harus
dijadikan pendoman oleh kita semua.
Junjungan besar
Rasulullah S.A.W telah menghantar utusan ke pemerintah Syria yang ketika itu
menjadi naungan kepada Empayar Rom. Namun, ketika dalam perjalanan utusan
tersebut telah dibunuh oleh ketuak puak Ghassanid yang memerintah Syria dan ini
telah melanggar peraturan di dalam peperangan di mana seorang utusan adlaah
dilarang untuk dibunuh.
Untuk menuntut kembali
di atas apa yang berlaku, maka dikisahkan 3000 orang askar Islam telah disusun
oleh Rasulullah untuk menuntut kembali apa yang dilakukan oleh puak arab
Ghassanid. Mereka adalah Zaid bin Harithah, Ja’afar bin Abu Thalid dan Abdullah
bin Rawahah. Jika Zaid telah syahid, maka Jaafar akan mengambil alih
daripadanya, dan begitu juga jika Jafar syahid, maka Abdullah akan mengambil alih
daripada Jaafar jawatan jeneral perang.
Ditakdirkan bahawa
tentera Islam harus berdepan dengan 300, 000 orang tentera Rom ketika dalam
perjalanan dan tiga orang jeneral perang ini telah syahid ketika pertempuran.
Maka, ditakdirkan bahawa Khalid Al-Walid untuk mengambil peranan menjadi
jeneral perang.
Tugas Khalid yang baru
adalah bagaimana dia membawa bala askar askar 3000 orang itu kekal hidup
melawan 300, 000 orang tentera Rom. Maka, di sinilah dunia mula mengenali
betapa Khalid adalah seorang jeneral perang yang tersangat genius.
Diceritakan bahawa
sepanjang pertempurna itu, Khalid menggunakan kelebihan askar yang kecil untuk
menggerakkan askarnya ke merata tempat, sekadar terlibat dalam pertempurna
kecil dan mengelakkan pertempuran besar. Khalid menceritakan bagaimana perang
tersebut begitu epiknya sehinggakan 9 pedang yang digunakan oleh Khalid patah
dan menggunakan pedang terakhirnya untuk kekal bernyawa.
Menyedari bahawa
tentera Islam bukan tandingan untuk bertempura 300, 000 orang tentera Rom, maka
Khalid telah merencanakan sebuah strategi yang maha bijak. Pada suatu malam
setelah lama bertempur, maka Khalid membuat keputusan untuk menukarkan posisi
askar-askarnya.
Mengubah formasi dan
posisi barisan ketenteraan, dengan barisan hadapan diletakkan di belakang,
sayap kanan diletakkan sebelah kiri dan sebaliknya. Kemudian bahagian hadapan
itu diminta untuk memegang bendera baru.
Berkat strategi ini
memberikan kemenangan moral kepada tentera Islam, apabila tentera Rom begitu
takut dan terkejut melihat ‘barisan baru’ tentera Islam seolah-olah seperti
tentera Islam mendapat bantuan luar. Disebabkan perbezaan pendapat sesama
mereka, tentera Rom saling bertelagah dan bertempur sesama sendiri.
Pada akhirnya, Khalid
telah mengarahkan tenteranya menggerakan kuda di tempat setempat beberapa kali
untuk menghasilkan debu yang banyak seolah-olah meninggalkan impresi bahawa
tentera bantuan daripada Madinah dalam jumlah yang tidak terhitung banyaknya baru
sahaja tiba. Ini telah membuatkan tentera Rom lari dan memberi ruang kepada
Khalid untuk membawa 3000 orang tenteranya kembali ke Madinah. Berkat daripada
peritsiwa itu, maka Khalid digelar PEDANG ALLAH oleh junjungan besar Rasulullah
S.A.W.
[Ekpedisi Ketenteraan
Khalid Al-Walid]
Khalid Al-Walid
kemudiannya diberi kepercayaan oleh Khalifah Abu Bakar dalam menjadi pemimpin
kepada kebanyakannya ekpedisi ketenteraan di bawah tentera Islam. Antara
ekpedisi ketenteraan yang diamanahkan kepada Khalid Al-Walid adalah memerangi
nabi palsu Musaylimah.
Pertempuran Yamana
dalam Perang Ridda dicatatkan antara pertempuran tersengit yang pernah dihadapi
oleh Khalid Al-Walid. Berbekalkan 13, 000 orang askar, Khalid terpaksa berdepan
dengan 40, 000 orang askar Musaylimah. Tentera Islam hampir sahaja tewas di
tangan Musailimah namun kebijaksanaan Khalid merencanakan strategi sekali lagi
menyelamatkan keadaan.
Pertempuran Yamana
bukan pengakhiran kisah heroic Khalid Al-Walid dalam peperangan. Seterusnya,
Selepas kejayaan menawan Iraq, maka Abu Bakar pun mula merencanakan untuk
menyerang Syria yang berada di bawah naungan empayar Rom. Terdapat dua laluan
untuk ke Syria daripada Iraq. Pertama melalui Daumatul Jandal dan laluan yang
lain pula melalui Mesopotamia dengan meluntasi Ar Raqqah, wlayah yang sekarang
berada di dalam negara Syria.
Namun, kebijaksanaan
Khalid adalah tidak mengambil dua laluan ini berdasarkan sebab pertama di mana
melalui Daumatul Jandal, maka terdapat tempoh dua minggu untuk sampai ke Syria
manakala melalui Ar-Raqqah, kerana askar Rom berjaga di situ. Konflik dengan
askar Rom ini akan menjadi nanah kepada battalion askar Islam kerana jumlah
mereka mengatasi jumlah askar Islam sebenarnya dan tentera Islam ketika memang
memerlukan bantuan. Maka, Khalid telah memilih jalan pendek untuk ke Syria
dengan melalui jalan pasir yang terik memancar panasnya. Masih segar tercatat
bagaimana tingginya semangat para pemburu syahid sehingga sanggup tidak meminum
air selama dua hari menempuh padang pasir sebelum mereka menemui sebuah oasis.
Taktik yang dipilih oleh Khalid ini akhirnya membuahkan hasil apabila tentera
Islam masuk ke dalam Syria dari laluan yang langsung tidak terfikir oleh askar
Rom.
Sawa, Arak dan Tadmur
adalah Bandar-bandar Rom di Wilayah Syria yang jatuh ke tangan Khalid ketika
awal maranya tentera Islam ke dalam Empayar Rom. Selepas itu, Khalid Al-Walid
membawa askarnya memasuki Damsyik melalui Uqab. Beberapa siri peperangan dengan
Bandar-bandar dan kerajaan kecil yang terpaksa menjadi anjing Rom ketika itu
dihadapi oleh Khalid A-Walid sehinggakan pada 30 Julai 634 Masihi, kita
menyaksikan bagaimana idea dan taktikal Khalid Al-Walid berjaya memenangkan
peperangan melawan 90, 000 orang askar Rom di Pertempuran Ajnadayn. Kekalahan
Rom di Ajnadyn membawa kepada penawanan Damsyik di bawah tentera Islam. Selepas
30 hari pengepungan Damsyik, akhirnya tarikh 18 September 634 Masihi
menyaksikan bahawa Damsyik akhirnya jatuh ke tangan orang Islam walaupun
beberapa siri peperangan seperti Pertempuran Sanita A-Uqab dan Pertempuran
Maraj Al-Debaj.
Tidak cukup dengan itu,
ketika zaman pemerintahan Umar, kita dapat menyaksikan bagaimana sebuah lagi
pertempuran mengukir nama Khalid dalam sejarah. Pertempuran Yarmuk yang
terkenal itu menyaksikan bagaimana Khalid menjadi seorang panglima yang
digeruni.
Pertempuran Yarmuk yang
berlaku pada 15-20 Ogos 636 Masihi menyaksikan bagaimana Khalid Al-Walid
memimpin 40 000 orang tentera Islam menggempur 400, 000 orang tentera Rom.
Theodore Trithyrius adalah orang yang menjadi jeneral perang kepada askar Rom.
Pertempuran Yarmuk
berlaku selama 5 hari di man amenyaksikan bagaimana setiap hari yang berbeza,
Khalid mengadaptasikan taktikal perang yang juga berbeza dalam menewaskan
kekuatan dan keutuhan tentera Rom yang sebelum ini terkenal dengan kehebatan
mereka sejak zaman berzaman.
Dalam siri Perang Yang
Menggegarkan Dunia, pertempruan Yarmuk akan diceritakan dengan lebih
terperinci, kisah kepewiraan setiap pejuang Islam pada saat itu.
[Perginya Seorang
Pejuang]
Diceritakan ketika
Khalid Al-Walid sedang gering di atas katil. Khalid ditemani oleh seorang
sahabatnya dan ketika itu, Khalid bertanyakan soalan yang ditunggu lamanya.
"Lebih daripada
ratusan perang aku hadapi. Kenapakah tidak aku syahid dan mati di tengah medan
perang dan kenapakah aku mati di atas katil? Aku rindukan syahid di tengah
medan perang."
"Tidak
Khalid!" tutur sahabat Khalid itu membuatkan kening Khalid terangkat. Mata
sahabatnya itu ditenung dalam oleh Khalid, cuba mencari keikhlasan di sebalik
tuturannya.
"Kenapa wahai
sahabatku?" tanya Khalid dalam nada suara yang lemah. Usianya ketika itu
sudha mencecah 58 tahun dan bukan sedikit musuh mati di tangannya, bukan sikit
perang diketauinya.
"Kau kena tahu
Khalid bila junjungan besar nabi kita, Muhammad S.A.W memberikan gelaran
"Pedang ALLAH" untuk kau Khalid, Bila kau dibunuh oleh musuh ALLAH,
ianya sekaligus bermaksud bahawa pedang ALLAH telah dirosakkan oleh musuhnya.
ALLAH tidak akan membenarkan perkara itu."
[Kesimpulan]
Khalid Al-Walid adalah
bukti bahawa jihad bukan sekadar laungan kata-kata dan bertindak kamikaze iaitu
bernai mati dalam perjuangan. Sebaliknya jihad Khalid adalah berdasarkan akal.
Menyerang bila perlu dan mampu, berundur bila keadaan tidak menginzinkan.
Mereka yang bercakap
mengenai peperangan, menyuruh umat Islam pergi secara semberono mengangkat
senjata menyerang musuh di beberapa tempat di dunia tanpa memikirkan beberapa
faktor lain adalah mereka yang tak mengkaji sejarah peperangan Islam.
Akhir sekali, hayati
kata-kata daripada penulis The Art Of War, Sun Tzu yang terus digunakan dalam
peperangan sehingga hari ini.
“Dia yang mengetahui
bila dia boleh berperang dan bila dia tidak boleh berperang adalah seorang
jeneral perang yang akan sentiasa menang.
-HE-
Post a Comment