ILMU HUTAN
Pengalaman masuk hutan,
berkawan ngan bebudak asli ni, dan termasuk kengkawan yg memang askar, banyak
benda yg saya belajar..iaitu,
1. Lumut Taik Kera.
Kalau kita jalan diwaktu malam, terutama di hutan padat dekat dgn air terjun
atau sungai (mcm kes saya kat Janda Baik), bila kita jalan dalam gelap, kita
akan nampak ada benda2 bercahaya warna hijau..ala2 benda yg pendarcahaya. Benda
yg bercahaya tu ialah lumut taik kera, bila siang tak nampak apa2, bila malam
dia akan keluarkan cahaya walaupun dgn skit bantuan cahaya dr bulan bintang. Yg
bestnya, lumut ni hanya tumbuh didenai (laluan binatang atau orang), so kalau
sesat..ikut je laluan ni diwaktu malam, insyaAllah..tak langgar pokok.
2. Ular tedung. Kalau
terserempak dgn ular masa dlm hutan, jangan buat gerakan mengejut..stay still
dan undur balik. Ular tedung tak mematuk bila kepala dia tengah kembang penuh,
sebaliknya akan mematuk bila kepala dia kembang separuh je. Oleh tu, kita acah2
bagi ular tu kembang penuh dgn ranting kayu dan berundur2 pelan2. - belajar dr
orang asli.
3. Kera / lutong dan
spesis yg sama. Spesis kera takkan lari bila kita libas dgn sebatang ranting
kayu, in fact dia leih lincah dr gerakan ranting kita. Utk halau kera, patahkan
pokok renek dgn daun dan ranting yg mengembang..dan hayunkan kat kera tu..baru
lari (rasionalnya, ranting + daun yg kembang tu nampak lagi besar dr sebatang
ranting) - belajar dr askar.
4. Harimau. kalau
mancing dlm hutan, sedang dlm hutan tu bunyi penuh dgn unggas serangga, tetiba
hutan tu jadik sunyi sepi, biasanya ada haiwan menghendap..terutamanya harimau,
harimau akar dan beruang. Selepas hutan jadi 'diam', kemudian disusuli dgn bau hamis..confirm
harimau..hehehe..apa lagi, bagi letup satu mercun bola la.. - belajar dr orang
asli.
5. Beruang madu. Hutan
paya kat Malaysia banyak beruang madu (yg kecik tu, sekerat pinggan dgn dada
kaler oren),kalau terserempak, kita yg perlu menjerit dan buat seperti nak
kejar, automatik beruang tu akan lari. - belajar dr orang asli.
6. Kepala air. Kalo
khemah kat tepi sungai, jangan buat khemah kat tepi air, buat dibahagian
/kawasan yg pokok2nya besar. Tandakan satu batu yg besar, kalo tengah malam batu
tu hilang, maknanya air tengah naik la tu..- belajar dgn kaki pancing.
7. Tanda-tanda kepala
air. Kalo hujan kat hulu, biasanya akan ada kepala air (air naik dr dlm
perbezaan paras 5 kaki tak sampai 10 minit). Tanda2 lain yg kita perlu tengok
ialah kehadiran buih2 putih kat tempat tak berbuih (klu kat tempat air jatuh
for sure ada buih)..maksud saya kat tempat air mengalir biasa, tetiba ada buih2
halus timbul. Tu tandanya arus bawah lagi laju dr arus atas. pastu, akan ada
daun basah hanyut, then barulah ada perubahan warna air, dr jernih ke warna
oren, coklat dll. Biasanya perubahan ni sekejap saja, dalam 5-6 minit sebelum
arus besar datang (kepala air)..sama kes kat Dam Chamang, bentong..saya dah
kena. Tambah skit, kalo kepala air datang, bunyi air lebih kuat dr biasa, dr
kejauhan dah dengar..
8. Nak masak air.
Jangan amik air kat tepi sungai, amik kat tengah sungai atau tempat yg mengalir
deras. Rationalnya, tikus, rusa, kancil, babi dll kencing kat tepi sungai, arus
akan tolak air kencing tu ke tebing. So, amik yg tengah2. - belajar ngan askar.
9. Binatang besar. Kera
atau monyet akan lari dan buat bising bila ada bahaya i.e harimau, gajah,
badak, seladang dll. Kalau dr jauh dengar bunyi kera dl buat bising..tentu ada
binatang besar tengah lalu. - belajar dgn orang asli.
10. Makan makanan yg
dimasak i.e ikan bakar dll. Semasa kat hutan, kami mesti makan sampai habis dan
hanyutkan / tanam lebihan makanan sebab bau makanan ni akan menarik perhatian
beruang, kera, gajah utk datang bertandang. - ni belajar ngan kaki pancing
lain.
11. Buat semua perkara
sebelum jam 5.00 petang. Biasanya, bila kami kat hutan, kami akan selesaikan
semua urusan (masak, mandi, basuh dll) sebelum jam 5.00 petang. Sebab, dlm
pukul 5.00 lebih, hutan dah gelap disebabkan oleh kanopi pokok dan kecondongan
matahari. - belajar dr pengalaman.
12. Hutan yg bising dgn
bunyi unggas lebih baik di waktu malam drpd hutan yg sunyi sepi. Bila hutan
sepi, mesti ada apa2 yg tak kena. - orang asli.
Ok, masuk bab amalan
bukak khemah (Rule and system dia la..bukan amalan yg spritual ni..).
1. Cari kanopi yg masih
hijau. Bila dah tentukan nak khemah, dongak ke atas, cari pokok muda dan kanopi
(rimbunan daun) yg masih hijau..so, risiko kena hempap ranting dahan bila angin
kuat rendah.
2. Ketinggian dr paras
air. Bila dah tentukan mana bahagian yg lapang nak dibuat, tentukan ketinggian
khemah sekurang2 4 kaki dr aras air sungai, kalau landai..jangan buat khemah
kat situ, biasanya kawasan landai, akan ada banyak pokok2 rendah dan renek mcm
pokok senduduk dll..tu tandanya air selalu naik kat kawasan tu. Cari kat
kawasan yg pokoknya besar2.
3. Tentukan laluan /
denai didalam radius kawasan 20 meter dr khemah. Jangan buat khemah didalam
laluan denai, sebab laluan denai bukan utk manusia sahaja, ianya adalah laluan
binatang lain jugak. kang seladang tumpang tidur.
4. Bersihkan lantai
tapak perkhemahan drpada daun dan pokok2 renek (potong je pokok2 kecik ni,kang
dia tumbuh balik). Pakai je ranting pokok2, sapu sampai nampak tanah dan takdak
daun, so, risiko terkena sengat lipan, kala jengking dll tu kurang skit.
5. Dah ready, baru
tabur karbaid kaler kuning tu.
6. Kalau pakai khemah
jenis igloo atau T shape, pasang khemah kat secara menghadap /berhadapan dan
unggun api kat tengah.
7. Dlm nyalaan unggun
api tu, standby dgn beberapa batang kayu panjang. Kalo boleh, sesuai dgn jumlah
orang yg pergi camping tu. Bila ada bahaya, perimeter diceroboh, apa
lagi..capai la kayu yg ada api ni sebagai senjata, parang pisau..binatang tak
takut. Api? confirm depa lari..
8. Kalo ikut pengalaman
saya, kami memang buat perimeter, risau gak kot2 binatang datang (beruang
terutamanya) datang ke khemah sebab bau masakan kami. Kami suka buat pagar dgn
tali tangsi disambing dgn loceng, terlanggar je tali tu, loceng akan bunyi...
Kredit: Harry Lord
Post a Comment