KERETAKAN DINDING-DINDING FUNDAMENTALISME
Sejak berlakunya
Revolusi Iran (1979), perampasan kuasa Taliban di Afghanistan (1996), dan
serangan 9/11 (2001), kita seringkali melihat di kaca televisyen tentang
pertambahan kes-kes fundamentalisme Islam di Timur Tengah. Perkara ini
dikuatkan lagi dengan kemenangan parti-parti berteraskan Islamisme di Turki,
Semenanjung Gaza, Mesir dan Tunisia. Tetapi, berkemungkinan besar ideologi
fundamentalisme Islam yang sedang mencalarkan imej Islam sedang kehilangan
pengaruh.
Di setiap negara yang
mengamalkan fundamentalisme Islam, terdapat beberapa kelompok-kelompok
Islamisme yang sedang bertelagah antara satu sama lain. Pada masa yang sama,
kesemua kelompok ini akan dilayan dengan kasar oleh golongan-golongan sekular,
minority, wanita dan kebanyakan anak-anak muda kini. Mereka ini tidak gemar
dengan ideologi fundamentalisme oleh kerana ketidakmampuan pemimpin-pemimpin
Islamisme untuk menjalankan sebuah pentadbiran globalisasi dengan sempurna.
Di Mesir, kemusnahan
kerajaan Islamisme dibawah Ikhwanul Muslimin merupakan kekalahan yang teruk
untuk panji fundamentalisme. Walaupun Mohamad Morsi merupakan presiden Mesir
yang sah, kedudukan ketenteraan setelah rampasan kuasa Julai sedang
berkelihatan seperti stabil dalam pemegangan kuasa mereka. Sekarang mereka
hanya perlu mendapat sokongan rakyat sahaja, sekaligus akan membenamkan
Ikhwanul Muslimin untuk menikmati satu lagi kekalahan yang teruk.
Hampir sedekad Turki
sudah dipimpin oleh Recep Tayyip Erdogan dan parti AKP, yang merupakan teratak
kepada fundamentalisme – memenangi tiga pilihanraya, menjalankan
program-program yang efektif untuk menyuntik pertumbahan ekonomi, tetapi
Pilihanraya 2011 menunjukkan pengurangan 14 kerusi untuk parti pemerintah.
Sokongan-sokongan Erdogan kepada Ikhwanul Muslim, gagasan pemberontak di Syria,
Hamas di Gaza dan kaum Kurdi di Iraq telah mencalarkan reputasi Erdogan.
Selain itu, dengan
kepelbagaian masalah-masalah ekonomi, gaya fundamentalisme yang dibawa oleh
Erdogan telah mengundang demonstrasi-demonstrasi daripada golongan-golongan
sekular yang menyokong Mustafa Kemal Ataturk. Erdogan juga berdepan dengan
skandal rasuah besar yang membenamkan karier politik tiga ahli kabinet. Seperti
yang kita tahu, masalah-masalah ekonomi akan menjadi faktor-faktor utama yang
akan menumbangkan sebuah parti politik.
Selepas Turkey, Tunisia
merupakan antara tempat yang selamat untuk orang-orang Islam yang berhaluan moderat.
Pada tahun 2011, Parti Ennahda telah memenangi majoriti yang agak besar tetapi
masih lagi gagal untuk menyusun program-program dalam usaha mengurangkan
masalah-masalah ekonomi. Dari segi sosial pula, Tunisia sedang berdepan dengan
masalah hak wanita dan kelompok-kelompok Salafi. Perkara-perkara ini sedang
melahirkan tanda tanya untuk masa depan parti Ennahda sebagai parti pemerintah
di Tunisia.
Syria merupakan topik
perbincangan Timur Tengah sejak berlakunya Perang Saudara antara Kerajaan
Bashar Assad dan Gagasan Pemberontak. Bashar Assad yang diungkapkan sebagai
diktator yang sekular kini dilihat sedang memenangi peperangan ini dengan
perpecahan yang berlaku sedang memaksa gagasan pemberontak untuk berperang
antara satu sama lain.
Dengan sokongan
antarabangsa dari pelbagai negara yang berjaya menundukkan kuasa Amerika
Syarikat untuk mengisytiharkan peperangan, kedudukan Bashar Assad sedang menjadi
lebih stabil walaupun wujudnya gerakan Islamisme seperti al-Nusra dan ISIS.
Sejak kemenangan di
pilihanraya 2006 dan kemusnahan pasukan-pasukan Fatah setahun kemudiannya,
Hamas yang berpanjikan Islamisme sedang memimpin Gaza dan kejayaan Mohamad
Morsi dalam politik Mesir telah menyinari harapan dan masa depan yang lebih
cerah kepada Hamas. Tidak lagi. Dengan rampasan kuasa di Mesir, perpecahan di
Syria, kebencian Syiah terhadap Hamas, Gaza sudahpun ditinggalkan untuk
mempertahankan diri mereka dengan tangan-tangan sendiri.
Dengan pelbagai
masalah-masalah ekonomi, mereka kini berdepan dengan masalah-masalah diplomasi
selepas dilabel sebagai negara pengganas oleh Amerika Syarikat dan Kesatuan
Eropah. Pada masa yang sama, kewujudan Israel yang semakin hari semakin kebal
dan Mesir Baru merupakan salah satu daripada masalah-masalah panjang mereka.
Sekiranya perkara ini diteruskan, berkemungkinan besar rakyat-rakyat Gaza akan
berubah angin kepada parti Fatah yang berprogresif.
Untuk kali pertama
selepas Perang Dingin, arus-arus fundamentalisme sedang kehilangan takhta
mereka dalam skop politik mereka sendiri. Mungkinkah dinding-dinding
fundamentalisme akan dimusnahkan pada satu hari nanti?
-- AFDS --
[All About Islam]
Post a Comment