"AKU LAH!"
Dato Sri Bijan Kazar
(PM Malaysia yang ke-847) sedang rasa sangat tertekan sebab orang asyik kutuk
dia dan cakap dia kurang bijak memerintah negara.
Jadi dia pergi melawat
Queen Elizabeth di UK yang menasihatkannya, "Bijan, kau tak bijak tak apa.
Yang penting keliling kau kena ada orang-orang yang bijak."
"Tapi macam mana
aku nak cari orang bijak?", tanya Bijan.
"Biar aku tunjuk
caranya", kata Queen dan terus memanggil Tony Blair ke dalam pejabat dan
bertanya, "Tony, ibu bapa kau ada seorang anak, tapi dia bukan kakak,
abang atau adik engkau. Siapa dia?"
Tony Blair menjawab:
"Senang je! Aku lah tu!"
"Betul! Terima
kasih" kata Queen dan berpaling kepada Bijan, "Kau faham konsepnya
Bijan?"
"Ya Queen. Terima
kasih. Saya pasti akan guna tips ni!" jawab Bijan dengan gembira.
Bila dah balik ke
Malaysia, dalam mesyuarat kabinet, Bijan tanya barisan menterinya, "Dengar
sini semua, ibu bapa korang ada seorang anak, tapi dia bukan kakak, abang atau
adik engkau. Siapa dia?"
Mereka terfikir dalam
hati, 'wow, soalan susah gila!' tapi pada mulut berkata, "Bagi kitorang
seminggu untuk berfikir dan kembali dengan jawapan Dato Sri!"
Fikir punya fikir dah
nak dekat seminggu tapi tak seorang pun yang dapat jawapan. Akhirnya mereka
terpaksa akur dan jumpa ketua pembangkang, Anwar Brahims dan tanyakan soalan
yang sama: "Anwar, ibu bapa kau ada seorang anak, tapi dia bukan kakak,
abang atau adik engkau. Siapa dia?"
Anwar pantas menjawab:
"Apa ke bengong nya senang punya soalan pun tak boleh jawab. Jawapannya
aku lah!"
Dengan tersengih-sengih
mereka masuk mesyuarat kabinet seterusnya untuk berjumpa Bijan dan terus berkata:
"Kami dah tahu jawapannya Dato Sri!"
"Haa, apa
dia?" tanya Bijan
Beramai-ramai mereka
menjawab: "Anwar Brahims!"
Sambil menepuk dahi,
Bijan Razak menjawab, "Bodoh! Punya lama korang fikir pun jawapan salah!
Jawapannya Tony Blair lah!"
-XR-
Post a Comment