KEPIMPINAN RAKYAT - KOMUNISME: IDEOLOGI YANG "TERBAIK"
Dalam propaganda “Dunia
Sempurna”, semua orang akan mendapat makanan dan tempat tinggal, dan segala
aspek masyarakat utopia tanpa diskriminasi jantina (seksisme), kaum (rasisme)
dan apa-apa jua bentuk penindasan. Tetapi secara zahirnya, “Dunia Sempurna” sebenarnya
tidak mampu dibentuk. Jadi, komunisme merupakan cadangan untuk menyelesaikan
masalah-masalah ini.
Semua orang tahu
intisari-intisari komunisme berkenaan dengan perkara-perkara asasnya. Secara
mudahnya, komunisme merupakan idea dimana semua orang dalam sebuah masyarakat
akan diberi bahagian yang sama daripada keuntungan-keuntungan yang diperolehi
daripada tenaga buruh. Komunisme dicipta untuk membenarkan rakyat yang miskin
untuk bangkit dan mencapai status sosioekonomi yang sama dengan kelas pertengahan.
Untuk memastikan semua
orang mendapat persamaan secara saksama, kekayaan akan dibahagi semula agar
golongan kelas atasan akan diturunkan kepada paras sosioekonomi yang dimiliki
oleh yang golongan kelas tengah.
Komunisme meletakkan
segala jenis pembuatan akan dikawal oleh kerajaan. Ertinya, tiada siapa boleh
memiliki perniagaannya dan membuat barangan sendirinya kerana kerajaan yang
memiliki segala-galanya.
Friedrich Engels
meletakkan bahawa prinsip ini sepatutnya diselaraskan di setiap negara sehinggalah
seluruh dunia ini berada dibawah panji tukul dan sabit. Sudah tentunya matlamat
ini akan memastikan dunia-dunia kapitalis untuk mengawasi jejak langkah musuh
ketat mereka ini.
Persoalan utamanya,
kenapa budaya-budaya bukan komunis memandang golongan komunis sebagai radikal?
A. Teori-Teori Komunis
Prinsip sosialisme yang
membentuk kebangkitan kepada komunisme telah wujud di dalam zarah manusia
selama beratus tahun lamanya. Ada yang mengatakan komunisme telah wujud dalam
Kitab Suci Bibel sendiri. Tetapi ramai orang menyangka bahawa ahli falsafah
Jerman yang bernama Karl Marx yang menciptanya.
Karl Marx, juga
dikenali sebagai Bapa Komunisme, menulis bukunya, Manifest der Kommunistischen
Partei (Manifesto of the Communist Party), atau lebih popular dikenali sebagai,
the Communist Manifesto (Manifesto Komunis), pada tahun 1848. Buku inilah yang
melahirkan inspirasi dalam pembentukan Parti-Parti Komunis yang lain. Dari
sinilah Komunisme juga dikenali sebagai “Marxisme”.
Kepercayaan Karl Marx
tentang masyarakat utopia semestinya tidak mempunyai sebarang kelas (classless)
atau kerajaan (stateless). Idea utama beliau adalah mudah: bebaskan kelas
rendah daripada kemiskinan dan beri peluang untuk yang miskin bertarung dalam
kehidupan.
Perlaksaaannya adalah kerajaan
semestinya mengawal semua pengeluaran dan pembuatan supaya tiada siapa boleh
menghalang kekayaan orang lain. Malangnya, idea ini memang susah untuk
dilaksanakan.
Beliau menyusun tiga
fasa yang diperlukan untuk mencapai idea utopia:
• Fasa 1: sebuah
revolusi mesti dibuat untuk menghancurkan kerajaan sedia ada sehingga segala
sistem-sistemnya telah tiada;
• Fasa 2: seorang
diktator atau ketua elit mesti menguasai golongan proletariat (pekerja) secara
mutlak. Dalam fasa ini, penguasaan kerajaan baru ke atas rakyat biasa
semestinya secara total – pendidikan, agama, pekerjaan dan juga perkahwinan
akan ditentukan oleh pemimpin. Dengan kata mudah, pemimpin ini merupakan tuhan
kepada masyarakat tersebut.
• Fasa 3: Pencapaian
utopia. Untuk mencapai fasa ini, semua golongan yang bukan komunis perlu
dihapuskan, dan Parti Komunis yang memegang kepimpinan secara mutlak. Fasa ini
tidak pernah dicapai.
Dalam utopia ini, semua
orang akan berkongsi kekayaan dan hartanah dengan aman dan hidup bebas daripada
apa-apa jua halangan-halangan. Penguasaan mutlak barisan kepimpinan akan
diteruskan untuk mengelakkan kemunculan semula sistem berkelas.
Konsep Karl Marx
mengimarahkan 10 hukum komunisme, iaitu:
• Sistem perbankan
pusat;
• Pendidikan yang
dikawal kerajaan;
• Tenaga buruh yang
dikawal kerajaan;
• Kerajaan memiliki
kenderaan-kenderaan pengangkutan dan komunikasi;
• Kerajaan memiliki
segala aspek pertanian dan perkilangan;
• Penghapusan hartanah
peribadi;
• Perampasan hak-hak
hartanah peribadi;
• Cukai pendapatan yang
tinggi kepada semua;
• Penghapusan sistem
wasiat;
• Perancangan secara
wilayah.
Dalam masyarakat
komunis yang diterangkan oleh Karl Marx, kerajaan yang memiliki bidang kuasa
tertinggi tanpa apa-apa had untuk menguasai tanah dan pengeluaran negara. Oleh
kerana kerajaan membahagikan tanah dan hartanah antara rakyat, komunisme telah
membentuk sebuah asas sama rata secara ekonomi dan sosial.
Sistem ini memang
berkesan secara teori. Tetapi, secara praktikal, berkesankah ia?
B. Pembentukan Republik
Komunisme Pertama
Rusia merupakan negara
monarki tsaris ketika falsafah-falsafah komunisme mula bangkit di negara terbesar
dunia itu. Pada penghujungnya, dunia berada dalam keadaan yang tidak stabil di
saat-saat sebelum ledaknya Perang Dunia Pertama.
Kerajaan Rusia cuba
mengelak kemasukan negara mereka ke arah demokrasi. Ketika Tsar Nikolai II dan
keluarganya sedang hidup bahagia dengan kekayaan kini dijangka menjangkau
AS$250bilion, rakyat-rakyat kelas bawahan telah lama sengsara dengan
kemiskinan. Dua faktor ini, termasuk juga kekalahan pada Jepun dalam Perang
Russia-Jepun, dan penghancuran teruk ketika Perang Dunia Pertama, telah
mencalarkan imej Tsar Nikolai II.
Sebenarnya Rusia
dibawah Tentera Bersekutu menang Perang Dunia Pertama. Tetapi, Rusia dibawah
Rusia sendiri tewas dengan teruknya.
Februari 1917 merupakan
masa yang sangat sesuai untuk melihat keadaan Empayar Rusia – kehilangan nyawa
yang teruk, dan juga masalah kebuluran yang melanda seluruh negara. Apabila
kilang besi logam ditutup, menyebabkan hilangnya banyak pekerjaan, rakyat-rakyat
Rusia mula bangkit dengan mogok dan demonstrasi.
Pihak tentera telah
dihantar untuk mengawal keadaan, tetapi malang buat Tsar Nikolai II, seramai
150,000 tentera menyertai demonstrasi yang sangat besar ini. Pada hari ini,
demonstrasi ini dikenali sebagai Revolusi Februari 1917 yang menyebabkan Tsar
Nikolai II menyerahkan takhta baginda.
Bidangkuasa negara
telah diserahkan kepada Kerajaan Sementara Rusia. Pada Julai 1918, pihak Parti
Bolshevik telah membunuh Tsar Nikolai II dan kaum keluarganya, termasuk
keempa-empat puteri-puterinya dan puteranya yang seorang. Lingkungan usia
mereka hanya antara 13-22 tahun.
C. Revolusi Bolshevik
dan Vladimir Lenin
Vladimir Lenin
merupakan jerung yang memainkan peranan penting dalam perancangan-perancangan
anti-tsar Rusia. Apabila beliau mendengar tentang kebangkitan rakyat di Rusia,
Vladimir Lenin membentuk sebuah perjanjian dengan Jerman. Dan Jerman setuju
untuk menghantar beliau ke Petrograd secara rahsia, dan sebagai balasan, beliau
akan keluarkan Rusia daripada Perang Dunia Pertama.
Seorang lagi jerung,
Leon Trotsky, yang merupakan ketua revolusi telah kembali ke Rusia dari Amerika
Syarikat untuk bertindak sebagai orang kanan Vladimir Lenin.
Oleh kerana Kerajaan
Sementara Rusia menyokong usaha-usaha peperangan, keyakinan rakyat berubah
kepada Pihak Bolshevik, yang tidak setuju dengan peperangan. Apabila sebuah
revolusi meledak, Pihak Bolshevik menggunakan momentum ini untuk menumbangkan
kerajaan sementara. Dan berpegang kepada janji beliau, Vladimir Lenin mengeluarkan
Rusia daripada peperangan.
Untuk meyakinkan
rakyat, Vladimir Lenin meraih sokongan dengan slogan-slogan propaganda seperti,
“Makanan, Tanah, Keaman dan Semua Kuasa kepada Majlis (Soviet)”, yang kena
tepat kepada rakyat-rakyat yang sedang berkebuluran.
Tetapi ianya tidak
cukup. Vladimir Lenin dan Parti Bolshevik hanya berjaya mendapat 23.5% undian,
tewas kepada Viktor Chernov dan Socialist Revolutionary Party, yang mendapat
41.0%. Vladimir Lenin tidak mahu mengaku kalah, lalu menghantar tentera-tenteranya
untuk menghalang semua mesyuarat yang menyekat kebebasan bersuara rakyat Rusia.
Setahun kemudian, Parti
Bolshevik telah diubah menjadi Parti Komunis. Vladimir Lenin dan
penguasa-penguasa komunis beliau memulakan ideologi-ideologi Karl Marx dan 10
Hukum Marx yang dikatakan tadi, memulakan Perang Saudara Rusia daripada 1918
hingga 1922. Menurut Joseph Stalin dalam ucapannya pada tahun 1941, pembentukan
Red Army merupakan punca Parti Komunis mendapat kemenangan yang diperlukan.
Apabila tamatnya Perang
Saudara ini, Kesatuan Soviet berjaya dibentuk – atau dikenali sebagai Kesatuan
Republik-Republik Sosialis Soviet, K.R.S.S., yang memegang Rusia dan 15
negara-negara jirannya.
Vladimir Lenin tahu
bahawa golongan kelas atasan tidak akan menyerahkan tanah dan kekayaan begitu
sahaja. Pada tahun 1921, beliau membentuk Dasar Ekonomi Baru (DEB-R) untuk
menggubal semula pembahagian tanah – merampaskannya daripada golongan bangsawan
dan memberikannya kepada golongan miskin. Masih lagi sedang menguatkuasakan
dasar-dasar Karl Marx, Vladimir Lenin memulakan kempen Red Terror: pembunuhan
beramai-ramai, penyiksaan dan penindasan, melalui:
• Kebuluran buatan –
Vladimir Lenin memaksa rakyat-rakyat biasa menjual hasil tanaman mereka tanpa
keuntungan dengan rasional beliau memerlukan tanaman mereka untuk tujuan
ketenteraan. Rakyat berasa terlalu marah sehingga mereka mengurangkan
pengeluaran tanaman yang membunuh jutaan nyawa.
• Kem-Kem Buruh –
Vladimir Lenin akan menghantar sesiapa sahaja yang tidak setuju dengan
kepimpinan beliau untuk bekerja di kem-kem ini.
• Pembunuhan Pengkritik
– Ketika Red Terror, beratus-ratus ribuan pengkritik telah dibunuh secara
beramai-ramai. Antaranya ialah, rakyat-rakyat kelas tengah, tahanan-tahanan
peperangan, sosialis-sosialis, penyokong-penyokong monarki tsaris dan juga
rakyat-rakyat yang tidak bersalah.
Tekanan-tekanan mental
daripada revolusi, kepimpinan, dan perang saudara telah memberi impak yang
besar kepada kesihatan Vladimir Lenin. Beliau juga ditembak di bahagian leher,
tetapi berjaya diselamatkan setelah seorang pakar bedah Jerman mengeluarkan
peluru tersebut. Vladimir Lenin juga sentiasa bekerja lebih masa di setiap
hari.
Kesihatannya bertambah
teruk sehinggalah beliau terkena strok pertama, yang membekukan lidah beliau
selama beberapa minggu. Sebulan kemudian, beliau kembali bekerja sebagai Ketua
Kerajaan negaranya, tetapi pada bulan Disember 1922, beliau terkena satu lagi
strok yang melumpuhkan bahagian kanan beliau. Dan tiga bulan kemudiannya,
beliau diserang strok ketiga, yang membisukan dan melumpuhkan secara
keseluruhan sehinggalah beliau mati.
Tetapi kematian
Vladimir Lenin tidak menghentikan kekejaman Komunisme.
D. Pemerintahan Joseph
Stalin dan Diktator-Diktator Selepasnya
Jika anda sangka
Vladimir Lenin merupakan orang yang paling kejam, anda salah.
Apabila Vladimir Lenin
mati pada tahun 1924, Joseph Stalin telah berjaya menguasai Parti Komunis
K.R.S.S., dan memulakan sasaran beliau ke atas rakan-rakan komunis beliau
sendiri. Joseph Stalin berpendapat bahawa sesiapa yang tidak menyokong beliau
secara mutlak adalah musuh.
Beliau membasmikan
ramai ahli-ahli Parti Komunis atas alasan jenayah, termasuk pengkhianatan,
penyelewengan-penyelewengan politik dan pengintipan. Hampir semua rakan-rakan
Bolshevik beliau telah diarahkan supaya dibunuh… termasuklah Leon Trotsky,
orang kanan Vladimir Lenin.
Joseph Stalin
menggunakan teknik-teknik keganasan Vladimir Lenin dengan cara yang lebih
drastic. Vladimir Lenin sekadar membiarkan rakyatnya mati kelaparan, tetapi
Joseph Stlain menggunakan perkara tersebut untuk meneruskan impian-impian
politiknya. Beliau merampas kembali tanah-tanah yang Vladimir Lenin telah
berikan kepada rakyat-rakyat biasa melalui DEB-R.
Dasar-dasar
Kolektivisasi yang digunakan oleh beliau atas tujuan penggabungan sektor
pertanian telah menyebabkan kejatuhan pengeluaran dalam industri tanaman.
Kebuluran yang melanda telah meragut jutaan nyawa, dan ketika Great Terror of
1936-1939, Joseph Stalin telah mengarahkan jutaan lagi untuk dibunuh.
Hasrat beliau adalah
untuk membawa komunisme ke seluruh dunia. Beliau memulakan dasar-dasar
industrialisasi di K.R.S.S. dengan pembinaan berbagai-bagai kilang di
kawasan-kawasan yang strategic agar tidak akan diserang musuh. Dengan sekelip
mata, ekonomi Rusia berkembang pesat dan melepasi negara-negara lain dalam
sektor industri.
Beberapa
diktator-diktator lain muncul selepas kematian Joseph Stalin, seperti Nikita
Khrushcev dan Leonid Brezhnev. Pembunuhan rakyat masih lagi diteruskan.
Daripada tahun 1953
hingga 1991, rakyat-rakyat K.R.S.S. dibunuh atas alasan kesalahan politik, dan
tahun 1980-an menyaksikan kem-kem buruh yang ditubuhkan oleh Vladimir Lenin
masih lagi menempatkan pengkritik-pengkritik negara.
Dengan kekejaman yang
berterusan, dunia membentuk sebuah kunci untuk meruntuhkan K.R.S.S. ini.
E. The Fall of the
Soviet Union
Kunci tersebut adalah
Perang Dingin yang meruntuhkan Kesatuan Soviet secara keseluruhan, tetapi
mengambil masa hampir setengah abad untuk menjayakannya.
Pada tahun 1945,
Kesatuan Soviet dan Amerika Syarikat memulakan peperangan berdasarkan ayat dan
ketakutan. Penentang-penentang komunisme berkata tujuan Perang Dingin adalah
untuk mengawal komunisme dan mengelakkan konflik nuklear. Tetapi Kesatuan
Soviet pula mempunyai tujuan untuk menyebarkan syiar komunisme ke Amerika
Syarikat.
Kedua-dua negara besar
ini bertikam lidah atas perbezaan politik, kebudayaan dan ekonomi. Amerika
Syarikat mula membina teknologi-teknologi persenjataan, Strategic Triad, yang
diperlukan kalau berlakunya peperangan: pengebom-pengebom jarak jauh,
kapal-kapal selam, dan misil-misil darat, memulakan perlumbaan
persenjataan-persenjataan nuklear, dimana kedua-dua kerajaan mengumpulkan
senjata-senjata nuklear untuk memastikan kerajaan sebelah sana tidak
mendapatkannya.
Pada tahun-tahun
1950-an, Kesatuan Soviet dan Amerika Syarikat memulakan perlumbaan angkasa
pula. Kedua-dua negara mahu menguasai liang angkasa untuk penguatkuasaan
ketenteraan dan pertahanan yang paling utama. Dan perlumbaan ini yang
menekankan lagi persaingan yang sangat giat antara dua-dua negara.
Kesatuan Soviet menang
perlumbaan ini dengan pelancaran Sputnik ke orbit pada Oktober 4, 1957. Tetapi
Amerika Syarikat pula membalas dengan pendaratan manusia di permukaan Bulan,
dimana mereka kemudian menyiarkan rakaman yang diambil di Bumi untuk menyimpan
rahsia-rahsia yang mereka dapat dari Bulan.
Ketegangan-ketegangan
Perang Dingin tidak tertakluk kepada perlumbaan sahaja. Dua peperangan besar
bermula antara blok-blok pengaruh kapitalis dan republik-republik komunis –
Perang Vietnam dan Perang Korea.
Pencerobohan Bay of Pigs
di Cuba, dan Krisis Misil Cuba, turut menambahkan lagi ketegangan pada ketika
itu. Krisis dengan Cuba telah menggugat kestabilan dunia apabila Amerika
Syarikat telah mengisytiharkan DEFCON-2 buat kali pertama.
Tetapi
perlumbaan-perlumbaan ini mengakibatkan ketiadaan pertumbuhan dalam ekonomi
Kesatuan Soviet. Apabila Mikhail Gorbachev naik ke tampuk pemerintahan Parti
Komunis pada tahun 1985, beliau mula membentuk perubahan. Objektif-objektif
beliau: menghidupkan semula ekonomi, dan menambahkan lebih banyak pembentukan
ekonomi.
Beliau bekerjasama
dengan Ronald Reagan dan Kerajaan Amerika Syarikat untuk mengurangkan
ketegangan selama ini, dan hubungan dua-hala antara dua negara ini mula
bertambah baik secara mendadak.
Pada tahun 1989,
Mikhail Gorbachev dan George H.W. Bush telah mengisytiharkan tamat kepada
Perang Dingin. Tahun yang sama menghancurkan blok komunisme di Jerman Timur
dengan peruntuhan Dinding Berlin, dan penghancuran-penghancuran
kerajaan-kerajaan komunis di Czechoslovakia, Romania dan Bulgaria.
Tetapi apa yang
dipersoalkan adalah kepintaran Mikhail Gorbachev samaada beliau tahu atau tidak
beliau sedang diperbodohkan. Agak mengelirukan apabila beliau mula memanggil
“comrade” kepada Setiausaha Luar Negara, Amerika Syarikat. Dan setiausaha komunis
yang berkuasa di Moscow pula menjemput Duta Besar Amerika Syarikat ke rumahnya
untuk bertukar-tukar pendapat dan gosip tentang perkembangan dunia.
Tidak lama kemudian,
muncul seorang ahli politik dalam Rusia yang akan meruntuhkan Kesatuan Soviet
pula – Boris Yeltsin. Pada hari terakhir Kesatuan Soviet sebelum Mikhail
Gorbachev meletakkan jawatan beliau, ramai orang dalam Moscow menyaksikan satu
perkara yang pelik berlaku di dalam Kremlin – kemunculan ahli-ahli ekonomi IMF
yang sedang berbincang dengan pembuat-pembuat dasar Rusia (Russian
policymakers) tentang halatuju Rusia.
Pada tahun 1990, Boris
Yeltsin telah menjadi Presiden, dan Kesatuan Soviet telah ditamaatkan pada
Disember 25, 1991, berpecahkan kepada pelbagai republik: Armenia, Azerbaijan,
Belarus, Estonia, Georgia, Kazakhstan, Kyrgystan, Latvia, Lithuania, Moldova,
Persekutuan Rusia, Tajikistan, Turkmenistan, Ukraine dan Uzbekistan.
Republik-republik ini dipimpin dengan kerajaan dan kedaulatan sendirinya.
Kejatuhan Kesatuan
Soviet memulakan kesan domino kepada negara-negara komunis yang lain. Parti
Komunis Malaya telah menerima kenyataan pahit bahawa hasrat mereka untuk
membentuk republik komunis di Malaysia tidak dapat dijayakan memandangkan
pertumbuhan ekonomi dan sosioekonomi dibawah pentadbiran Dr Mahathir Mohamad
sedang bertambah baik pada setiap tahun.
F. Penyebaran Komunisme
Komunisme sebenarnya
tidak disimpan dalam Kesatuan Soviet sahaja. Seperti diwartakan oleh Karl Marx,
hukum-hukum komunisme perlu sebar ke seluruh dunia untuk membentuk utopia.
Beberapa negara telah menerima fahaman ini untuk menjayakan impian utopia,
termasuk:
• Negara-negara
Perjanjian Warsaw: Albania, Bulgaria, Czechoslovakia, Romania, Poland dan
Hungary (negara komunis daripada 1945 hingga 1991). Perjanjian Warsaw ini
adalah hasil tandatangan negara-negara diatas dengan Rusia yang mempersetujui
bahawa mereka akan membantu antara satu sama lain dari segi ketenteraan apabila
diserang negara lain.
• Yugoslavia (1945 -
1992)
• Vietnam Utara (1954 -
1976, walaupun masih lagi komunis selepas gabungan seluruh Vietnam)
• Yemen (1969 - 1990)
• Somalia (1969 - 1991)
• Kemboja (1975 -1989)
Semua kerajaan-kerajaan
komunis musnah, kecuali Vietnam, ketika pembubaran Kesatuan Soviet. Tetapi,
komunisme wujud di Amerika Syarikat hingga hari ini.
Parti Komunis Amerika
Syarikat sedang beroperasi dalam pilihanraya-pilihanraya kawasan di Amerika
Syarikat. Dan kumpulan ini juga menyokong salah seorang daripada calon Presiden
pada tahun 1984. Ideologi mereka adalah menghentikan pengeksploitan dan
penindasan kapitalisme.
Negara-negara komunis
pada hari ini:
• China, sejak 1949;
• Cuba, sejak 1959;
• Vietnam, sejak 1976;
• Korea Utara, sejak
1948;
• Laos, sejak 1975.
Kini, China merupakan
gagasan perdana bagi komunisme. Mao Zedong, diktator China, telah menggunakan
taktik-taktik Joseph Stalin untuk membentuk kerajaan komunis di China. Selain
daripada kem-kem pembunuhan yang telah dibentuk, Mao Zedong juga membentuk sebuah
rancangan, Great Leap Forward, yang mengutamakan dasar kolektivisme dalam
sektor pertanian.
Mao Zedong merampas
banyak hartanah-hartanah rakyat dan memulakan industrialisasi-industrialisasi
secara besar-besaran yang meragut nyawa 16.5juta-40juta rakyat Cina dari tahun
1957-1961. Seperti Stalin, beliau juga membunuh ramai ahli-ahli partinya.
China juga mengutamakan
sektor-sektor kapitalisme yang membentuk ekonomi mereka dalam industri
pembuatan, seperti barang mainan, perkakasan perumahan, elektronik dan
sebagainya. Tetapi kerajaannya masih lagi bersifat diktator.
China berjanji untuk
memperbaharui kualiti-kualiti hak asasi manusia untuk Olimpik 2008 di Beijing,
tetapi kerajannya masih lagi sedang membunuh tahanan-tahanan dan
banduan-banduan mengalahkan negara-negara lain.
G. Konklusi
Bekas republik-republik
komunis pada hari ini seperti Persekutuan Rusia sebagai contoh telah berjaya
dibentuk dengan baik oleh Vladimir Putin, sebagai Presiden, dan Dmitry
Medvedev, sebagai Pengerusi Kerajaan. Dasar-dasar liberalisasi Boris Yeltsin
telah memakan diri apabila ekonomi Persekutuan Rusia musnah pada tahun 1998,
yang menyebabkan perletakan jawatan beliau.
Pada hari ini,
Persekutuan Rusia telah pulih daripada Kemelesatan 2008 lebih awal daripada
negara-negara lain.
Republik Uzbekistan
sendiri sedang mula bangkit secara perlahan-lahan dengan bentuk ekonomi
tersendirinya, sehingga ianya kebal daripada Kemelesetan 2008.
Komunisme merupakan
ideologi yang terbaik… bagi pihak-pihak yang mengimpikan kezaliman sahaja.
Memandangkan bekas
republik-republik komunis sedang maju dengan cara pentadbiran mereka yang
tersendiri, mampukah Komunisme membuat kebangkitan semula?
Komunisme sememangnya
merupakan kepimpinan rakyat. Tetapi, adakah benar rakyat yang akan memimpin negara?
-- AFDS --
Post a Comment