DUIT BEKERJA UNTUK KITA
Ramai yang berkata
begini. Dont work for money but make money work for you. Tetapi tak ramai yang
faham konsep dan bagaimana caranya untuk membuatkan duit bekerja untuk kita.
Terdapat 3 cara untuk
membuatkan duit bekerja untuk kita(secara logik). Ianya terbahagi kepada:
1. Property,
Property atau asset
boleh membuatkan duit bekerja untuk kita. Salah satunya dengan menyewakan rumah
atau ruang pejabat kepada orang lain. Tanpa bekerja, anda boleh mendapatkan
hasil tiap bulan dan seterusnya konsep money work for us terjadi.
2. Service
Pernah dengar vending
machine? Self service laundry, dan sebagainya juga boleh termasuk didalam
ketegori duit mudah. Apa yang perlu dilakukan hanyalah maintenance bulanan atau
mingguan bagi memastikan kelangsungan mesin tersebut. Customer service dan juga
memainkan peranan dalam memastikan duit bekerja untuk kita.
3. Worker.
Pekerja juga termasuk
didalam money works for us. Dimana kebajikan pekerja haruslah dijaga. Kebajikan
pekerja bukanlah sekadar memberi gaji semata-mata ia juga termasuk melawat
sekiranya pekerja itu sakit, memberikan kemudahan dan sebagainya. Dengan
menjaga kebajikan pekerja ini secara tidak langsung mereka akan berusaha keras
untuk kita.
Konsep duit bekerja
untuk kita ini sebenarnya luas. 3 perkara yang saya terangkan di atas merupakan
salah satunya dalam bahagian material. Konsep duit bekerja juga termasuk dalam
aspek spiritual.
Walaubagaimanapun dari
segi logik/material boleh disimpulkan ketiga di atas merupakan langkah yang
paling popular.
Semoga dengan tips ini
dapatlah anda memajukan perniagaan anda.
Selamat berjaya!
-Radin Danial-
Post a Comment