TAMADUN MELAYU YANG MENJADIKAN EMAS SEPERTI MAINAN
Saya berani bertaruh
sekiranya kalau ditanyakan kepada anak-anak Melayu kita, apakah yang kalian
tahu dan kenal mengenai Srivijaya, mereka akan terlopong tidak tahu bahawa
betapa kehebatan Srivijaya inilah yang harus dikenali oleh bangsa Melayu kita.
Kalau dalam siri yang
lepas mengenai Srivijaya, kita mempelajari bahawa Srivijaya adlaah sebuah
tamadun yang didirikan oleh BANGSA PENAKLUK. Maka, biarlah siri kali ini kita
pelajar bahawa Srivijaya adalah sebuah tamadun yang didirikan oleh mereka yang
MENJADIKAN EMAS SEPERTI MAINAN HARIAN. Mari kita hayati beberapa point penting
dalam kita membincangkan mengenai kehebatan Srivijaya, sebuah tamadun yang
bermain dengan emas.
1. Ibnu Kordadhbeh
(844-848AD) ada mencatatkan mengenai kekayaan Srivijaya:
“Pemerintah Zabag (nama
bangsa arab untuk Srivijaya) dipanggil sebagai maharaja dan saban hari,
maharaja akan menerima hasil keluaran empayarnya yang berjumlah 200 man (ukuran
yang tidak diketahui bagi menyukat emas di Srivijaya.
Pemerintah Zabaq ini
akan menukarkan emas-emas yang merupakan pendapatan Empayar Srivijaya lalu
menukarkannya ke dalam bentuk jongkong emas dan melontarkan ke dalam tasik lalu
berkata:
“Ini adalah harta aku!”
[1]
2. Kekayaan dan
keluasan empayar Srivijaya ini adalah sangat mengasyikkan. Dalam catatan yang
ditulis oleh Abu Zayd Hassan yang memberi komen terhadap buku yang ditulis oleh
Pengembaraan Sulayman di India dan China menulis mengenai Srivijaya yang
berbunyi seperti berikut:
“… dikatakan bahawa
kekayaan yang dimiliki oleh Srivijaya bersamaan dengan 900 prasang persegi
(ukuran Parsi - persamaan dengan 4995 KM). Terdapat juga pulau-pulau yang
dikawal oleh rajanya yang berukuran 1000 prasang persegi…” [2]
“…. Sesiapa yang
berjalan kaki untuk cuba mengelilingi keseluruhan empayar ini dan apabila dia
penat, dia akan berjumpa dengan tempat perlindungan (yakni disediakan oleh
pemerintah Srivijaya)
3. Tatkala orang semua
lupa pada Srivijaya, sebuah empayar yang hilang dari sejarah dunia, Al Masudi
menulis:
"Di Laut Champa
(Laut China Selatan) adalah empayar sang Maharaja, raja seluruh kepulauan,yang
berkuasa atas kerajaan tanpa batas dan mempunyai pasukan tak terhitung
banyaknya. Bahkan kapal yang paling terpantas tidak dapat menyelesaikan dalam
masa dua tahun mengelilingi pulau-pulau yang berada di bawah
pengaruhnya.Wilayah raja ini menghasilkan segala macam rempah-rempah dan
aromatik,dan tiada kerajaan lain (sebagaimana empayar ini) mampu mendapatkan
banyak kekayaan dari bumi."
Kita dapat melihat
bagaimana Al Masudi menggambarkan kepada kita bagaimana luasnya empayar
Srivijaya. Di katakan kapal yang paling pantas pun tidak dapat menghabiskan
masa dua tahun untuk mengelilingi empayar Srivijaya. Kita dapat melihat yang
Srivijaya menjadi tempat singahan pedagang dari barat untuk mencari rempah
ratus. Sebenarnya, bangsa kita sudah memiliki pelabuhan bertaraf antarabangsa
sebelum Melaka berdiri lagi. [3]
4. Al-Biruni dalam
catatannya mengatakan bahawa Srivijaya dipanggil sebagai “Negara Emas” kerana
emas boleh didapati di mana-mana sahaja di bumi Srivijaya dan Srivijaya
dikatakan tiada satu pun kerajaan di dunia yang dikatakan sekaya Srivijaya
ketika itu. [4]
5. Dalam catatan China
pula mengatakan bahawa mereka memanggil Srivijaya sebagai Jinzhou yang kalau
diterjemahkan bermaksud “Daerah Emas” atau “ Perairan Emas”. Diceritakan bahawa
kawasan Bukit Seguntang itu penuh dengan emas dan patung Buddha yang bersalut
emas dan perak. [5]
6. Pada zaman
pemerintahan Maharaja Balaputradeva, I-Ching, sami daripada China yang
berhijrah ke Srivijaya untuk belajar agama Buddha telah memberi gambaran bahawa
Srivijaya ini juga dikenali dunia sebagai “Kepualaun Emas” sinonim dengan
panggilan yang digunakan oleh orang India ke atas nusantara. Boleh jadi juga
ini adalah kerana kekayaan Srivijaya.
7. Catatan daripada
Ibnu Said dalam manuskrip yang dikumpulkan daripada catatan Ptolemy dan Ibnu
Fatima pula pula memperlihatkan peristiwa yang berikut:
"...setiap pagi,
kami diberitahu, perbendaharaan kerajaan dibawa, seketul jongkong emas dalam
bentuk batu-bata, ke hadapan maharaja yang mana untuk dilontarkan ke sebuah
tasik berdekatan istana. Ketika maharaja masih hidup, tiada siapa yang berani
mengusik jongkong-jongkong emas di dalam tasik itu. Apabila maharaja mangkat,
penggantinya memerintahkan semua jongkong emas di dalam tasik dikeluarkan.
Selepas dikeluarkan, emas-emas tadi dikira dan ditimbang, kemudiannya
dibahagi-bahagikan di antara kaum kerabat diraja,para jeneral tentera,para
hamba dan orang miskin. Bilangan jongkong emas dan beratnya dicatit ke dalam
rekod istana dan prestij seseorang raja ditentukan berdasarkan jumlah jongkong
emas yang mereka tinggalkan." [6]
Emas pada waktu itu
dibuat mainan sahaja oleh raja-raja melayu ini.
KESIMPULAN
Sekarang, saya mahu
ajak kalian berfikir, siapakah kita sebenarnya? Masakan pada zaman seawal zaman
pemerintahan Srivijaya sudha wujud sesuatu yang sehebat teknologi membuat emas
dan menukarkan emas menjadi jongkong?
Sekarang, saya mahu
ajak kalian berfikir lagi… siapakah kita sebenarnya? Kenapa tamadun luar begitu
teruja untuk mencatatkan mengenai kita? Daripada China, Arab, Parsi sehingga ke
Ptolemy sendiri menerangkan siapakah kita…
Kalaulah kita adalah
bangsa yang bercawat di hutan sebelum Melaka, habis… siapakah Srivijaya,
tamadun yang emas hanyalah maianan mereka sebenarnya?
Rujukan:
1. Kitab Al—Masalik
wa’l Mammalik yang ditulis oleh Ibnu Kordadhbeh sendiri.
2. Early Kingdom of The
Indonesian Archipelago and The Malay Peninsula. Paul Michel Munoz. pg 146.
3. Blog Al-Semantani,
artikel mengenai Srivijaya.
4. Ancient Indian
History and Civilization. Sailendra Nath Sen. pg 533
5. Maritime Southeast
Asia to 1500. Linda Shaffler. pg 38.
6. Early Kingdom of The
Indonesian Archipelago and The Malay Peninsula. Paul Michel Munoz. pg 147.
-HE-
Post a Comment