RAHSIA AL-QURAN MENGENAI KEAJAIBAN SAINTIFIK MATAHARI
Dipetik dari surah yang
sama dalam Al-Quran, Surah Ar-Rahman (55:5) :
" Matahari dan
bulan beredar dengan perhitungan yang tertentu "
Ayat ini berkisarkan
tentang PERGERAKAN BULAN DAN MATAHARI SERTA KIRAANNYA. Jadi tidak adil jika
saya hanya menerangkan tentang Bulan tetapi tidak menerangkan tentang Matahari
kerana kedua-duanya merupakan jasad yang berbeza.
So, let us begin !
Jelas dalam Al-Quran
Ayat 5 Surah 55 (Ar-Rahman), Allah menerangkan tentang pergerakan Matahari dan
Bulan serta perkiraan tertentu pergerakannya.
Nicolaus Copenicus,
seorang ahli astrofizik telah menerangkan tentang kedudukan Matahari sebagai
pusat titik lokus Sistem Suria dalam teorinya, Heliocentric Theory. Beliau
mendakwa bahawa Matahari adalah STATIK dan tidak bergerak atau berputar.
Namun jangkaannya salah
apabila saintis dari NASA mendapati bahawa Matahari juga mempunyai paksi
putaran sama seperti Bumi, Bulan dan planet-planet lain. Apabila saintis
mengkaji tentang sunspot (titik hitam di permukaan Matahari), mereka mendapati
bahawa sunspot tersebut bergerak ke satu arah yang sama. Apabila diperhatikan
dalam jangkamasa panjang, saintis tersebut mendapati bahawa permukaan Matahari
juga berputar sama seperti permukaan Bumi. Dan setelah dikaji, didapati bahawa
paksi putaran Matahari adalah sedikit serong (tilted) sebanyak 7.25° dari paksi
tengahnya. Maka teori ini dikenali sebagai Solar Rotation.
Apa yang unik disini
adalah, seperti yang diketahui umum, Matahari adalah sebuah bebola GAS yang
sangat panas. Matahari terdiri daripada gas Helium dan gas Hydrogen, (dan
sedikit gas-gas lain). Jadi mana mungkin Matahari yang bercirikan gas mempunyai
kadar putaran yang sama, kerana gas merupakan jasad yang ringan dan mudah
dimanipulasikan.
Pendek kata, pergerakan
permukaan gas Matahari adalah sama seperti awan di permukaan Bumi, adakah
KESEMUA awan bergerak ke satu arah yang sama pada masa yang sama? Sudah tentu
tidak. Terdapat awan yang bergerak secara perlahan, ada yang pantas. Dan ada
yang kekal, tidak bergerak. Bukan?
Jadi adakah terdapat
satu persamaan yang boleh digunakan dalam mengira kadar putaran Matahari yang
berubah-ubah? Jawapannya adalah, ya.
Untuk mengira kadar
putaran Matahari, saintis perlu mendapatkan data ANGULAR VELOCITY (kelajuan
putaran sesuatu dalam bentuk sfera) terlebih dahulu. Setelah mendapat data
tersebut, barulah kadar putaran Matahari dapat dihitung.
Berikut adalah
persamaan (equation) yang digunapakai dalam mengira kadar putaran Matahari.
ω = A + B sin² (φ) + C
sin⁴ (φ)
dimana ω = angular
velocity
dan φ = solar latitude
Jadi dengan ini kita
boleh simpulkan bahawa Matahari dan Bulan bergerak menggunakan sistem
perhitungan yang kompleks. Berbalik kepada Surah Ar-Rahman (55:5), maka
benarlah bahawa Matahari dan Bulan bergerak mengikut PERHITUNGAN YANG TERTENTU
DAN BERBEZA..
Subhanallah,
Sesungguhnya segala Ilmu adalah milik Allah S.W.T..
RUJUKAN :
- Heliocentric Theory
- Sun pathway
- Solar rotation
- Angular velocity
- Solar latitude
- Sun's compositions
- Sunspot
-AC-
Post a Comment