ANALISIS PERLAKSANAAN HUDUD DI MALAYSIA
1. Seberapa banyak orang yang bukan Islam yang faham
apa itu hudud? Dan seberapa banyak kita ini faham apa itu hudud?
2. Apakah umat Islam dah bersatu? (kerana selepas
nabi mendirikan negara islam Madinah, nabi menyatukan ansar dan muhajirin,
kemudian bangunkan ekonomi dan sebagainya dan hudud adalah perkara terakhir
yang dijalankan.)
3. Kalau nak laksanakan hudud, kita kena ubah
perlembagaan kita, dan nak ubah perlembagaan pula, kita perlukan 2/3 suara
parlimen. Persoalannya, apakah kuasa muslim di parlimen dah cukup kuat? Apakah
nanti Melayu Liberal di dalam sana akan menarik diri daripada menyokong usul
Hudud?
4. Zaman ketiadaan saksi. Dalam karyanya, Nisywarul
Muhadharah, Al-Qadhi Al-Tanukhi (356-446 Hijrah) ada memperkatakan tentang
realiti manusia di zaman beliau dan zaman sebelumnya.
Beliau mencatatkan dalam karyanya itu, “sesungguhnya
hakim pada zaman sebelum ini, ketika memasuki sesuatu tempat atau kampung, dia
boleh menemui 40 orang saksi yang kita persayai kewibawaan mereka dari segi
adalah (sifat adil) dan ketepatan. Tapi sekarang, (iaitu pada zaman beliau)
seseorang hakim, apabila memasuki sesebuah negeri, dia tidak dapat menemui
melainkan seorang atau dua orang yang layak menjadi saksi”.
Dan terdapat fasa di zaman Khulafa Ar-Rasyiddin,
Umaiyyah dan Abbasiyah yang di mana hudud terpaksa dihentikan antara sebabnya
ialah peperangan, kebuluran, kemarau dan sebagainya sehingga hudud ditangguhkan
perlaksanaannya.
Bayangkan itu zaman bila? Apakah SAKSI ADIL ITU
MASIH WUJUD? Cakap pada saya dengan jujur, apakah saksi adil itu masih wujud di
zaman ini? SAKSI ADIL yang diperkatakan adalah mereka yang bebas dari dosa
besar dan kecil.
Sebab itu ada hadis nabi menyebut:
".النبي صلى الله عليه وسلم يقول: ادرؤوا الحدود بالشبهات"
Maksudnya: Tinggalkan Hudud dengan sebab adanya
syubhat.
5. Kita bukan monaraki seperti Brunei dan Arab Saudi
yang kuasa penuh terletak pada raja. Kalau mahu hudud juga, kita dirikan sistem
khlafah. Kita tak perlu mendengar bunyi-bunyi seperti hak asasi manusia,
kebebasan bersuara bahkan mungkin demonstrasi haram yang akan bertukar ganas,
yang lahir daripada demokrasi itu sendiri apabila hudud mahu dilaksanakan.
6. Saya tidak pernah menolak hudud. Tetapi saya
adalah golongan yang menentang malaun-malaun di internet yang cuba
membincangkan bab ini tanpa mereka mengetahui bahawa hudud itu harus terlaksana
bagaimana dan kaedah apa. Dan bagaimana hudud itu gugur kewajiban untuk
melaksanakannya berdasarkan syubahat-syubahat dan masalah tertentu seperti mana
yang dijelaskan di dalam oleh para Ulamak di dalam Kitab-Kitab Qowa'id
Fiqhiyyah.
7. Saya mahu bertanya kepada mereka di luar sana,
kenapa dalam sirah Islam sendiri hudud hanya dijalankan sehinggakan ke tahun
200 hijrah? Apakah negara Islam selepas itu yang dipimpin oleh kebanyakan tokoh
hebat yang telah membuktikan siapakah mereka adalah jahil, kafir dan sekular
apabila hukum hudud ditakzirkan? Apakah sesatnya para ulamak yang menjadi
penasihat kepada sultan dan khalifah Islam ketika itu? Apakah sesatnya para
ulamak ketika itu berijmak bahawa hudud tidak akan dilaksana selagi tidak
mempunyai asas yang kukuh?
8. Kita bukan menafikan hukum hudud itu sendiri tapi
kita mempersoalkan bagaimana hudud itu akan dijalankan, keadilannya, keabsahan
saksi dan perlaksanaanya.
9. Kita tidak boleh melihat matlamat semata mata
dalam menjalankan ibadah, tetapi kita mesti melihat cara dan syarat sebelum
melaksanakannya. Sebagai contoh, ibadah haji itu fardhu, tetapi ianya
memerlukan kita mencukupi syarat haji barulah haji tu jadi wajib ke atas
muslim. Dalam hal ini, boleh kita perincikan syarat wajib sebelum kita
laksanakan hudud. Dan adakah kita sudah memenuhi syarat-syarat itu? Seperti
solat yang haram dilakukan tanpa wuduk, hudud juga haram dilakukan tanpa syarat
sahnya.
10. Dan saya adalah orang yang cukup membenci
golongan yang suka mengutuk dan mencaci seseorang itu hanya kerana dia bercakap
bahawa realiti semasa tidak mengizinkan hudud itu terlaksana seperti mana yang
saya sebut di atas.
11. Dan saya adalah orang benci akan mereka yang
suka melaungkan sesuatu tanpa mereka sedikit pun mahu mengambil tahu apa yang
mereka laungkan. Sekurang-kurangnya sudah dikaji segala sudut.
12. Tetapi kerajaan juga mesti proaktif dengan
sekurang kurangnya meletakkan sedikit usaha mungkin saya boleh cadangkan kita
buat satu frasa bahawa kita akan akan melaksanakan hudud apabila syarat-syarat
yang asas telah terpenuh dan syarat itu boleh dibahaskan dalam dewan.
Perlaksanaannya pula hanya akan dijalankan setelah semua syarat itu terpenuh.
13. Jangan salah faham... saya adalah orang yang
menyokong hudud. Tak pernah sesekali saya menolak hudud. Sekali lagi saya
tegaskan bahawa saya menentang mereka yang mencaci maki seseorang yang
berpendapat bahawa suasana tidak kondusif untuk perlaksanaan hudud walhal bekas
mufti besar Mesir juga senada mengatakan sedemikian dalam fakta beliau.
14. InsyaALLAH, Hudud akan terlaksana di Malaysia
suatu hari. Tetapi bukanlah tindakan kita sebagai umat Islam, apabila post
video mengenai si folan yang memberi ulasan tertentu mengenai isu hudud lalu
kita di alam maya menaburkan kata caci maki. Jangan cepat menghukum. Sehelai
halaman kitab tidak menjadikan kita ulama…
-HE-
Post a Comment