The Patriots Schedule

The Patriots Schedule

Tuesday, 25 February 2014

FAKTA MENGENAI BELANGKAS YANG ANDA HARUS TAHU



Tentu kita pernah mendengar peribahasa Melayu "Macam Belangkas". Memang benar, kerana belangkas sentiasa berenang dengan mengepit pasangannya.

Tetapi elok juga kita kenali belangkas secara lebih dekat.
Belangkas atau nama spesisnya Tachypleus Gigas adalah tergolong dalam keluarga Limulidae. Boleh membesar hingga 51 cm. Anggota badannya yang putus boleh tumbuh semula secara semula jadi . Paling menakjubkan ia memiliki daya keimunan yang sangat tinggi.

Di Malaysia belangkas terdapat di sepanjang pantai Semenanjung serta Sabah dan Serawak.

Darahnya bewarna kebiruan bernilai tinggi dengan harga RM 17500 (USD 5000). Darah belangkas diproses dan dijadikan kit antitoksin di Eropah,Amerika,Jepun dan Asia Barat. Fungsi kit anti toksin ini digunakan untuk mengesan virus,bakteria dan toksin.
Dengan begitu luasnya perairan Malaysia ,mungkinkah di masa akan datang ia boleh menjadi komoditi penting Malaysia? Mungkin kita boleh mengujudkan ramai usahawan yang menceburkan diri dalam industri ternakan belangkas.

Setakat ini Institut Akuakultur Tropika di Universiti Malaysia telah melakukan kajian ke arah itu dan projek perintis telah dimulakan di Semarak, Pasir Putih,Kelantan yang melibatkan 500 nelayan.
Selain kegunaan untuk tujuan biomedik, belangkas juga boleh dimakan, tetapi harus berhati-hati kerana bahagian perutnya yang bertoksik harus di keluarkan dan diasingkan.Telur belangkas sangat enak dibuat sambal tumis,masak lemak cili api atau didoreng telur dadar.


-Mohd Salleh Mazukhi-

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds