10 TABIAT YANG MEROSAKKAN OTAK
1. Tidak mengambil
sarapan pagi
Apabila seseorang tidak
mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan
mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang
aktif.
2. Terlebih makan
Ia akan membebankan
pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.
3. Perokok
Asap rokok akan
mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan
penyakit ‘Alzheimer’.
4. Penggunaan gula yang
berlebihan
Pengambilan gula secara
berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu,
ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.
5. Pencemaran udara
Otak adalah pengguna
oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan
pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.
6. Terlebih tidur
Tidur adalah bagus
untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel
otak kita mati.
7. Menutup muka ketika
tidur
Tidur sambil menutup
muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding
oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.
8. Membiarkan otak
bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
Bekerja semasa anda
kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan
kepada sel-sel otak.
9. Kurang berimiginasi
Berfikir adalah satu
cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan
tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.
10. Jarang berfikir
Jarang berfikir akan
menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh
menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.
-Radin Danial-
Post a Comment