KEBANGKITAN SEMULA KE ARAH ZAMAN EMAS SILAM?
Nampaknya Republik Uzbekistan sudahpun bersedia
untuk mengembangkan ekonomi mereka secara besar-besaran menerusi
program-program jangkamasa panjang yang akan menekankan pembentukan masyarakat
yang berkompetitif secara sepenuhnya. Pentadbiran mereka akan memberi tumpuan
kepada “kejayaan modernisasi secara teknologi dan teknikal”.
Selain daripada kejayaan republik Islam ini ketika
keperitan 2008-2012, Uzbekistan merupakan negara yang berjaya memupuk
masyarakat mereka untuk berjaya secara kebudayaan. Dengan penuh keyakinan,
Presiden Islam Karimov mengatakan tahun 2014 merupakan mobilisasi secara
sepenuhnya untuk mendapat pertumbuhan KDNK sebanyak 8.1% berdasarkan
pengeluaran-pengeluaran bahan kimia, simen dan perusahaan kereta secara
besar-besaran,
Penggadaan kapasiti pengeluaran baja kalium telah
ditekankan untuk mencapai angka 600,000 tan dari 200,000 tan. Begitu juga
dengan pembuatan simen yang disasarkan pada 760,000 tan buat simen Portland dan
350,000 tan untuk simen putih. Dalam sebuah wilayah, mereka akan membina sebuah
kompleks bahan kimia dan juga loji kuasa thermal.
Dalam hubungan antarabangsa, Uzbekistan telah
memulakan gerakan untuk mendekati China dengan projek pipeline antara kedua-dua
negara.
Sasaran untuk perkembangan industri diletakkan pada
kadar 6% dan 8.3%. Kalau berjaya, mungkinkah Islam Karimov akan menjadi seperti
Dr Mahathir Mohamad? Kita perlu melihat kepada unjuran ekonomi pada tahun 2015.
Ingat semua: angkanya adalah 8.1%. Mari kita doakan
kejayaan mereka sesama agama Islam.
-- AFDS --
Post a Comment