The Patriots Schedule

The Patriots Schedule

Sunday, 29 December 2013

DINASTI QIN DAN ASAL USUL TERRACOTTA ARMY



Mahu menulis mengenai sejarah China bukannya senang kerana ianya adalah sesuatu yang baru dalam bidang penulisan buat saya, tetapi minat yang sangat mendalam terhadap sejarah China sebenarnya telah membuak-buak sejak sekian lama. Fasa yang paling saya suka dalam sejarah China adalah di mana fasa 3 Kerajaan. Bagi saya kisah yang penuh kehebatan tercatat dalam sejarah 3 Kerajaan, Shu, Wei dan Wu.

Kita tinggalkan itu dulu kerana kita ada sesuatu yang harus kita mulakan dalam pembelajaran mengenai China. Kalau boleh saya menceritakan mengenai sejarah China bermula dari zaman Dinasti Xia lagi, tetapi tiada maklumat banyak mengenai permulaan kepada Tamadun China itu. Selepas membelek-belek buku sejarah, maka saya memilih untuk menceritakan mengenai Dinasti Qin, rasanya di sini adalah permulaan kepada title emperor atau maharaja apabila buat pertama kalinya di dalam sejarah, seseorang telah berjaya menyatukan seluruh China yang telah lama berpecah.

Dari mana ya saya nak mulakan penceritaan mengenai Dinasti Qin yang bermula pada 221 BC dan berakhir pada 206 BC? Apaka kata saya pilih Qin kerana ini adalah permulaan kepada gelaran Maharaja kepada setiap pemerintah China.

Namun sebelum kita memasuki kepada penyatuan seluruh China di bawah pemerintahan Qin Shi Huangdi, kita mendapati bahawa China mengalami zaman “warring-state period” di mana ketika zaman ini, negara-negara kota China saling berperang antara satu sama lain. Ketika itu, negara kota di China terbahagi kepada 7 iaitu Qin, Han, Zhao, Yan, Wei, Chu, dan Qi. Negara-negara kota ini sebenarnya merangkumi wilayah China pada hari ini.

Negara pertama yang jatuh ke tangan Qin adalah Han, kemudian diikuti oleh Zhao di Pertempuran Fei pada 223 B.C. 100 000 askar Qin telah dihantar untuk menawan dan berperang dengan Zhao. Kemudian, bakal maharaja ketika itu, Qin Shi Huangdi telah melancarkan kempen ke atas Yan, Wei dan Chu (di mana kempen ke atas dua negara kota ini melibatkan 600 000 orang tentera). Negara kota terakhir yang jatuh ke tangan Qin Shi Huangdi Di adalah Qi.

Yin Zheng, nama sebenar untuk Qin Shi Huangdi telah mengisytiharkan dirinya sebagai maharaja pertama China dan pengasas kepada Dinasti Qin.

KEMPEN KE SELATAN CHINA

Selatan China memang terkenal dengan kekayaan sumber alam dan juga pengguanan gajah dan kekayaan sumber alam inilah yang telah menyebabkan Qin Shi Huangdi untuk menawan wilayah di kawasan Selatan China. Dikatakan Qin Shi Huangdi telah mengumpulkan lebih kurang 500 000 orang askar untuk ekpedisi ke Selatan China untuk menundukkan puak-puak selatan. Ketika tiba di kawasan selatan, askar Qin sebenarnya tidak biasa dengan keadaan di Selatan yang penuh dengan hutan tebal dan akibatnya, 100 000 orang askar Qin mati dengan taktik perang gerilla oleh puak selatan.

Untuk mengelakkan kekalahan buat kali kedua, maka Qin Shi Huangdi telah mengarahkan pembinaan terusan sebagai alat untuk menyalurkan bantuan kepada askar-askar Qin yang dipaksa berkampung di selatan China. Maka bermulalah episod kekejaman Qin Shi Huangdi dimana setiap orang dipaksa untuk bekerja 24 jam membina terusan yang boleh dikatakan antara yang terawal di dunia dan antara yang paling panjang. 2000 Kilometer, jarak yang boleh diumpamakan seperti dari Hong Kong untuk Ke Beijing, itulah jarak untuk terusan yang diberi nama sebagai Lingqu. Namun hasil daripada pembinaan terusan itu, empayar Qin Shi Huangdi melebar ke wilayah seperti Guangzhou, Fuzhou dan Guilin pada hari ini. Bahkan Hanoi ketika itu berada di bawah empayarnya.

MELAWAN BANGSA XIONGNU DI UTARA

Touman, ketua kepada puak mongol dari pada rumput Erasia sebenarnya telah banyak bikin bangsa China sakit kepala. Untuk mengurangkan pening di kepalanya, Maharaja Qin Shi Huangdi telah menghantar Jeneral Meng Tian untuk melawan puak Xiongnu di utara China.

100 000 hingga 300 000 orang tentera tekah dihantar ke utara China untuk memastikan bahawa bangsa mongol ini tidak lagi bikin kacau di dalam kawasan empayar Maharaja Qin dan akhirnya telah berjaya menghalau Touman jauh ke dalam padang rumput Eurasia yang merupakan muka bumi utama bumi Monggolia pada hari ini.

Jeneral Meng Tian telah diperintahkan untuk membina tembok batu yang memanjang di utara China dan tembok batu itu kemudiannya akan dikenali dunia sebagai Tembok Besar China. Pelbagai kisah yang menyedihkan mengenai pembinaan Tembok Besar China ini. Dikatakan bahawa mayat pekerja yang mati ditanam ke dalam tembok, kerana kekurangan kubur. Ketika akhir pembinaannya, di katakana jumlah kematian mencecah angka jutaan orang.

MAKAM HEBAT TERRACOTA

Anda pernah dengar di mana seorang raja ketika zaman kemuncaknya sudah memikirkan cara terbaik untuk mati? Itulah dia Qin Shi Huangdi di mana dia telah mengarahkan Jeneral Meng Tian membawa 300 000 orang tentera untuk membina sebuah makam yang bakal menempatkannya ketika mati. Terdapat sumber yang mengatakan bahawa jumlah sebenar buruh paksa untuk membina makam tersebut adalah 720, 000 orang.

Pada hari ini makam tersebut telah dijumpai di kaki gunung Li dan hanya 30 meter sahaja daripada wilayah Xi’an. Pakar arkeologi cuba untuk menggali makam tersebut tetapi atas beberapa faktor kerana mereka khuatir perangkap yang hebat sedang menanti mereka dan halangan daripada Kerajaan China menyebabkan makam tersebut yang menempatkan askar Terracotta yang dibina daripada tanah liat itu hanya mampu dibuka tanpa diterokai penuh. Askar Terracotta ini dibina dengan kepercayaan untuk mempertahankan raja tersebut ketika dalam perjalanan ke alam seterusnya. Beberapa orang dayang yang cantik jelita juga ditanam hidu-hidup bersama mayat Qin Shi Huangdi.

RAHSIA HIDUP SELAMA-LAMANYA

Qin Shi Huangdi boleh dikatakan antara pemerintah paling kejam dan juga gila di dalam sejarah China. Antara kegilaan Qin Shi Huangdi adalah memerintahkan anak-anak buahnya untuk mencari cara untuk hidup selama-lamanya.

Kapal yang membawa ratusan manusia telah dihantar dengan raahan untuk berjumpa dengan Anqi Sheng, seorang ahli sihir yang berusia 1000 tahun yang konon mempunyai rahsia untuk hidup selama-selamanya. Anqi Sheng dikatakan hidup di puncak Gunung Penglai yang penuh mistik di Pulau Zhifu.

Namun, dikatakan bahawa kapal yang membawa orang suruhan Qin Shi Huangdi ini tidak langsung kembali ke Tanah China. Lagenda mengatakan bahawa mereka tidak menjumpai ramuan, atau ubat untuk hidup selama-lamanya lalu lari ke Jepun.

Ahli kaji kimia dan orang bijak pandai Qin Shi Huangdi dipaksa menghasilkan apa sahaja yang boleh membuatkan maharaja itu kekal selama-lamanya. Namun, akhirnya Qin Shi Huangdi mati keracunan pil yang dibuat oleh orang kepercayaannya untuk memastikan dia hidup selama-lamanya. Sangat-sangat ironikan?

-HE-


[Segmen World Chronicle]

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds