The Patriots Schedule

The Patriots Schedule

Sunday, 29 December 2013

PERGERAKAN TAWAF – ANTARA ISLAM DAN SAINS




Salam pena buat semua.

“Islam mula tersebar dalam keadaan pelik & asing, dan Islam akan kembali asing pula, maka beruntunglah orang-orang yang asing.”

[Hadis riwayat Muslim]

Tahukah anda apa itu Tawaf? Apa hubungannya dengan kehidupan di alam ini amnya dan kita sebagai manusia khasnya? Di sini, ingin saya mengajak anda wahai para pembaca yang bijaksana untuk memahami dan mempraktikkan amalan tawaf di dalam kehidupan seharian.

MAKNA / MAKSUD TAWAF

Tawaf merupakan pergerakan mengikut lawan pusingan jam (iaitu dari kiri ke kanan. Anti clock-wise). Seluruh pergerakan hidupan di alam ini mengikut lawan jam. Di sini, saya akan membuktikan beberapa kejadian alam yang tidak akan disangkal oleh pihak-pihak yang lain.

i. ORBIT PLANET
“ Dan dialah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing (di angkasa lepas).”
[Surah Al-Anbiya 21:33]

Al-Quran jelas menceritakan secara saintifik kepada kita bahawa sistem yang berada di angkasa lepas beredar / bergerak di atas orbit / landasan masing-masing. Bumi mengelilingi matahari pada arah Tawaf, bumi sendiri berputar pada paksinya pada arah Tawaf, bulan juga mengelilingi galaksi pada arah Tawaf.
Semua planet, bulan dan bintang tidak akan berlanggar di antara satu sama lain selagi mana Allah mengkehendakinya tetap di situ dan semua pergerakan ini adalah pergerakan Sunnatullah atau pergerakan fitrah.

ii. IBADAH TAWAF DI KA’ABAH

Apabila melakukan ibadah Tawaf di Ka’abah, bahu kiri akan sentiasa di kiri anda dan hati akan menjadi lebih dekat dengan Ka’abah berbanding pada pusingan jam (clockwise). Tawaf ini seiring dengan pergerakan semua benda yang ada di alam semesta iaitu planet, matahari, bulan, sel-sel, atom dan darah dalam tubuh badan sekaligus menjadikan kita lebih tenang selepas mengerjakan salah satu ibadah di dalam rukun Islam yang kelima ini.

Gambar 2 : Ibadah Tawaf

Pusingan Tawaf yang berlaku sejak berkurun-kurun lamanya telah dikaji secara saintifik menghasilkan satu gelombang elektromagnetik yang menuju ke atas. Lihat wahai pembaca yang bijaksana, prinsip yang digunakan adalah sama seperti prinsip di dalam kelas sains fizik iaitu prinsip tangan kanan.

Gambar 3 : Prinsip Tangan Kanan

Mengikut prinsip tangan kanan, medan magnetik ini secara tidak langsung mampu menghasilkan tenaga yang menuju ke atas. Daya besar inilah yang menyebabkan doa seseorang di Masjidil Haram mudah dimakbulkan kerana hasil daripada pusingan tawaf yang kerap di sana berkurun-kurun lamanya menghasilkan satu gelombang tenaga atau gelombang doa yang menuju ke atas.

iii. OLAHRAGA

Pernahkan anda menjadi seorang atlet? Atau sekurang-kurangnya melihat kejohanan olahraga, sebagai contoh Sukan Sea ke-27 yang sedang berlangsung di Myanmar sekarang. Cuba anda perhatikan atlet olahraga juga berlari pada arah pusingan tawaf atau anti-clockwise kerana berhubung kait dengan kecepatan masa ketika berlari.

Gambar 4 : Trek olahraga

iv. ELEKTRON
Allah telah menciptakan zarah atom yang hanya mampu dilihat di bawah kanta iaitu mikroskop. Elektron di dalam atom berpusing di atas paksinya sendiri kemudian berpusing mengelilingi nukleus atom pada arah Tawaf.

Gambar 5 : Elektron

Unsur-unsur yang konkrit, cair dan bergas juga terbina daripada jutaan gabungan zarah atom dan ini bermakna Hukum Pusingan Tawaf diaplikasikan hampir ke semua benda yang ada di alam semesta ini. Contoh lain ialah kerusi yang kita duduk dan tetikus komputer yang kita pegang juga mengandungi zarah-zarah atom.

v. SEL TUBUH BADAN MANUSIA
Seterusnya ialah sel tubuh badan kita kerana manusia itu sendiri terdiri daripada banyak sel. Sitoplasma (cytoplasma) yang berada di dalam sel, beredar mengelilingi matahari nukleus pada arah Tawaf (anticlokwise) juga.

Gambar 6 : Sel tubuh manusia

vi. TUMBUH-TUMBUHAN
Cuba anda teliti tumbuh-tumbuhan, ketika pertumbuhan berlaku, pergerakan ini juga mengikut arah pusingan Tawaf. Tumbuhan menjalar juga memanjat pada arah Tawaf.

Gambar 7 : Tumbuh-tumbuhan

MARI IKUT FITRAH
Berdasarkan bukti-bukti di atas, saya ingin mengajak anda untuk mengikut fitrah atau Sunnatullah kerana kita tahu pasti ada banyak kebaikan di sebalik ciptaan-Nya.

* Ketika memasak dan mengacau air, lakukan pusingan mengikut arah lawan jam.
* Secara tulus dan ikhlas, penulis sangat bersyukur kerana telah dipertemukan dengan pengedar Jam Tawaf di Malaysia. Detik 7 April 2013 telah menyaksikan aura-aura positif telah menjalari diri penulis.
Petikan : http://jamtawaf.wordpress.com/

Gambar terakhir : Jam Tawaf Hijra yang telah dibeli dan dipakai sehingga ke hari ini

PERASAAN & KEBAIKAN YANG DIPEROLEH

Penulis telah diberitahu pertama kali memakai jam ini akan terasa pening sedikit. Pening usah dikata. Tangan kanan terasa sakit sekali. Namun, demi menemukan kebaikannya, tahankan sakitnya.

Antara kebaikan yang diperoleh ialah :
• Membersihkan darah daripada ion-ion positif berlebihan daripada radiasi luar yang terperangkap
• Membantu mengawal rentak jantung serta memulihkan kembali sel saraf dalam badan
• Meningkatkan fungsi sistem imun, antibodi dan hormon tubuh
• Merangsang daya tumpuan atau fokus kepada tindakan, pelajaran dan kerjaya
• Mengimbangi kedua-dua hemisfera otak kiri dan kanan
• Mengawal depresi / tekanan perasaan / ketenangan serta keheningan jiwa

Akan tetapi, perlu diingatkan bahawa jam in telah dirakamkan dengan gelombang elektromagnetik yang berfungsi untuk menolak benda asing di dalam badan. Bagi pesakit jantung dan buah pinggang yang telah menjalani pembedahan dan pemasangan pacemaker (bateri) dilarang sama sekali menggunakan Jam Tawaf ini. Pacemaker (bateri) itu adalah benda asing, jadi jam ini akan mematikan fungsi pacemaker secara tiba-tiba. Mungkin maut jika diteruskan.

Buat para pembaca yang ingin mendapatkan Jam Tawaf, boleh terus ke laman facebook iaitu : https://www.facebook.com/jamtawafkita

Oh jangan lupa, bagi perempuan perlu dipakai pada tangan kiri dan lelaki pada tangan kanan ye.

Akhir tinta, kembalikan era kegemilangan Islam dan marilah bersama-sama mengamalkan fitrah kejadian seluruh isi alam ini. Semoga anda semua menemui manfaat seperti penulis.

Wallahu alam.

-Amilin Hashim-


[All About Islam]

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds