The Patriots Schedule

The Patriots Schedule

Sunday, 29 December 2013

Malaya: Dari 1900 ke Merdeka

Malaya: Dari 1900 ke Merdeka

1900's

Di dalam tahun 1900'an, kamera sudah mula digunakan untuk merekod kehidupan di Malaya. Gambar-gambar yang menunjukkan pembangunan Kuala Lumpur banyak dipertontonkan. Dapat dilihat perubahan yang amat ketara, dari barisan rumah-rumah atap pada 1870, kepada bangunan pejabat kerajaan, jalan yang berturap, rumah-rumah kedai orang Cina dn banugunan pejabat di seberang Sungai Klang.

Semasa peningkatan industri automobil di barat, terutamanya di Amerika pada tahun 1900, permintaan untuk getah 'liar' meningkat dengan mendadak. Negara seperti Amerika Selatan, Afrika Tengah dan Asia Tenggara menjadi tumpuan ketika itu. Malaya pada ketika itu, terutama sekali di Pantai Barat, menawarkan beberapa tanah yang sangat subur untuk tanaman getah. Petani cepat bertukar dari tanaman makanan ke getah ketika itu. Industri getah mengalami masa yang amat subur diantara tahun 1900 ke 1910. Dari "4 shillings" setiap paun, ia meningkat ke "8 shillings 9 pence" setiap paun.

Hospital pun dibina di bandar-bandar dan pelabuhan khasnya untuk "ruling class" British dan juga pekerja-pekerja mereka. Hospital ketika itu dibahagi-bahagikan mengikut kelas pesakit. Dan pada tahun 1900, tertubuhlah "Institute of Medical Research" di Kuala Lumpur.



Memasuki ke era baru, konsep sebuah negeri juga semakin berubah. Kerajan semakin dilihat sebagai badan yang perlu menjalankan pelbagai tanggungjawab. Maka pengambilan besar-besar pekerja ke sektor awam dijalankan. Latihan oleh pegawai yang lebih pengalaman sedang giat dijalankan. Di sinilah bermulanya sedikit demi sedikit kemasukkan golongan bangsawan yang berpengaruh ke dalam kerajaan.

Kerajaan Negeri telah menyusun suatu rang undang-undang baru di mana setiap bangsawan berbangsa Melayu, Eropah, Cina, India dan beberapa jenis perniagaan tertentu diwakili oleh seorang eksekutif, yang dikawal-selia oleh pihak British. Rang undang-undang ini perlahan-lahan menolak kepentingan dan kekuatan institusi ke-Sultanan.

Institusi ke-Sultanan bangkit menentang dan Durbar kedua telah diadakan di Kuala Lumpur pada 1903. Di sini Sultan Perak yakni Sultan Idris telah meluahkan ketidakselesaan baginda terhadap pengurangan kuasa ini, dan seterusnya mempersoalkan tentang isu kebajikan orang Melayu dan tahap kemiskinan yang melampau.

Atas desakan ini, pada 1909, sebuah Suruhanjaya Persekututan telah dibentuk dengan persetujuan bersama Institusi ke-Sultanan. Presiden kepada Suruhanjaya ini ialah Tn. High Commissioner sendiri, 4 Sultan, 4 Pegawai British, dan 4 lagi pemerhati, termasuk perwakilan bangsa Cina. Melalui suruhanjaya ini, keamanan sementara di Federal Malay States dapat dicapai sehinggalah awal tahun 1920, di mana tahun kemurungan/kejatuhan.

Pada tahun 1902, Sistem Kapitan Cina telah dihapuskan. Semangat perubahan yang tinggi telah mendorong banyak sekolah Inggeris dibuka, yang pada ketika itu kebanyakkannya di selia oleh Mubaligh-Mubaligh Kristian. Antara sekolah yang terawal dan termasyhur ialah The Malay College yang dibuka sekitar tahun 1905. Ini membolehkan lebih ramai kanak-kanak untuk ke sekolah walaupun pada ketika itu, hanya 13% yang hadir dari keseluruhan populasi yang sepatutnya bersekolah.

Pada tahun 1906, Malaya buat julung kalinya menggunakan nilai matawangnya sendiri iaitu Strait Dollars, setelah dihapuskan nilai matawang Spanish Dollarsl. Strait Dollars ini kemudiannya diikat kepada nilaian emas dan dipaku kepada "2 Shillings and 4 pence". Ini menjurus kepada pembukaan Bank Pemilikan-Cina yang pertama di Singapura, mengikut acuan Barat.

Sementara itu, jaringan pengankutan di Malaya, lebih-lebih lagi jalan keretapi, telah dimajukan secara besar-besaran dan dibuat dari hujung ke hujung semenanjung. Ini telah membuat sektor pertanian meningkat sangat cepat. Pada tahun 1903, jaringan landasan keretapi yang menggabungkan Province Wellesley (Seberang Perai) kepada Selangor dan Perak telah siap. Pada tahun 1909, landasan ini telah disambung ke Johor Bahru. Projek ini telah dimajukan dan didanai oleh kerajaan Federal Malay States sendiri.

Jamalee Bashah



[Chronicles of Malaysia]

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds