The Patriots Schedule

The Patriots Schedule

Sunday, 29 December 2013

RUMAH

RUMAH :

Macam-macam dasar yang diperkenalkan khasnya untuk orang Melayu. Dalam pada masa yang sama satu demi satu tanah rizab orang Melayu yang British tinggalkan untuk orang melayu dahulu semakin hilang dan terlepas kepada orang lain.

Dahulu dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB) kemudiannya diteruskan dengan Model Ekonomi Baru yang mana fokus untuk membantu orang Melayu supaya benar-benar merasa bergelar majoriti tinggal di tanahair sendiri bukannya sekadar menumpang di sebuah negara yang terknal dengan kekayaan hasil mahsul yang dilimpahkan oleh Tuhan kepada kita. Tetapi……

Tetapi orang Melayu masih lagi dilihat seperti menumpang di tanahair sendiri kerana masih tercari-cari rumah sendiri yang sesuai dengan kehidupan mereka sekarang ini. Apa silapnya? Silap mentaliti orang Melayu sendiri yang masih mengamalkan kehidupan “biar papa asal bergaya” ataupun dasar yang cantik dirangka kerajaan tidak benar-benar sampai membantu rakyat Malaysia umumnya dan orang Melayu amnya di bawah selama ini?

Terbaru, Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) berasa risau melihat realiti kalangan Bumiputera sekarang menghadapi cabaran yang cukup sukar dan masih tidak berjaya untuk memiliki rumah mampu milik dengan harga di bawah RM200,000 seunit. Keadaan bertambah parah apabila Bank Negara Malaysia (BNM) terus memberikan arahan untuk bank-bank mengetatkan pinjaman bank Malaysia.

Statistik Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) : Rumah Mampu Milik Orang Melayu

40% Bumiputera di Malaysia hanya mempunyai pendapatan isi rumah purata RM1700 sebulan
40% orang Melayu tidak mampu membeli lambakan rumah oleh kalangan pemaju berharga RM200,000 dan ke atas

Pendapatan isi rumah setahun perlu digandakan kepada 4-8 kali bagi melepasi syarat pembiayaan perumahan yang ditetapkan oleh pihak bank
Pemaju perumahan di negara ini yang menawarkan harga rumah antara 12 dan 20 kali lebih tinggi daripada pembiayaan yang mampu dibuat oleh orang ramai.
Mungkin orang Melayu terpaksa berkampung di sekitar Bukit Beruntung ataupun Bukit Sentosa asalkan rumah mampu milik menjadi realiti.


Radin Danial


0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds