The Patriots Schedule

The Patriots Schedule

Sunday, 29 December 2013

PENJELASAN ISU CUACA TIDAK MENENTU SEKITAR DUNIA (JEDDAH, MESIR DAN VIETNAM)



i
This morning, Jeddah is still freaking cold. Berlarutan sejak hujung minggu lepas. Suhu jatuh lebih rendah dari biasa. Walaupun tidaklah sampai melepasi 15 darjah. Dingin yang begini selalu membawa sepi yang lebih menikam. Sigh.

One of my atmospheric scientist colleagues visited Madinah last weekend. He told me: Madinah was freezing cold! If only we had enough moist in the air, we could probably have had light snow there. Perhaps he exaggerated it a bit. I will go to Madinah next two-week to experience it myself, for real.

Tapi secara am, musim dingin kali ini di Arab Saudi (dan khabarnya seluruh wilayah Timur Tengah) memang agak ekstrim – kerana sirkulasi udara kutub sedang menguasai sistem cuacanya. Bukan saja di Timur Tengah sebenarnya, tetapi juga di Eropah.

ii
Itu satu pembayang awal insiden salji di utara Mesir. Yang berada lebihkurang 10° latitude, di atas dari garis Tropic of Cancer. Itu adalah garis yang membahagikan zon iklim bagi tropika dan subtropika/hawa sederhana.

Ramai yang teruja mau tahu penjelasan sains di sebalik fenomena salji ini. Adakah ia benar-benar satu peristiwa iklim yang pelik? Of course it is rare; but from synoptic-climatology point of view – it is something very possible. Not too strange.

Maksudnya, ia bukanlah luar biasa sangat – sampai layak membuat umat sejagat begitu kepoh dan ripuh tanpa sempadan. It is probably one of the signs of our ailing earth (yes, if you believe in climate change) – but the world has actually seen some much bigger and more rare signs before.

iii
Fenomena ini agak rumit kalau dijelaskan dari sudut sains atmosfera. Tapi saya cuba ringkaskan penjelasan itu, semudah-mudahnya untuk audien umum. Sekadar memberi kefahaman generik; bukan seperti bagi kuliah kursus klimatologi. It means: what I’m giving you here is only the SIMPLIFIED VERSION of a much complex science. So please – nobody should quote any part of my writing here for official media release!

Ada dua perkara asas yang kita kena faham. Pertama, proses sains di sebalik pembentukan salji. Kedua, sistem-sistem iklim utama yang mempengaruhi cuaca di Mesir (dan wilayah Arab secara am) pada musim winter.

Untuk isu pertama – salji itu sebenarnya sama macam hujan. Dalam kaji iklim, kedua-dua hujan dan salji dipanggil ‘kerpasan’. Cuma bezanya: hujan turun dalam bentuk cecair, salji turun dalam bentuk pepejal (i.e. ‘serpihan ais’ yang halus). Untuk menguja pembentukan salji – sesuatu ruang udara itu mesti bersuhu di bawah 2° C dan mengandungi lembapan (baca: wap air) yang cukup. Dua faktor ini WAJIB wujud serentak.

iv
Perkara kedua – tentang sistem iklim yang beroperasi di bumi Mesir. Bagi yang pernah baca entri saya tentang insiden banjir monsun di Malaysia; tentu sudah faham sikit-sikit bahawa cuaca sesuatu tempat itu sebenarnya dikawal oleh sirkulasi udara sinoptik (baca: tiupan angin). Bergantung kepada “dari mana datangnya angin tersebut” – maka rona cuaca sesuatu tempat itu akan dicorakkan. Sama ada hujan atau kering; sejuk atau panas.

Nota: Saya sebetulnya kurang gemar guna perkataan ‘angin’ di sini. Sebab ‘angin’ yang dirujuk ini bukanlah angin biasa-biasa yang berpuput manja di tepi laut, dan berubah arah berpuluh-puluh kali dalam sehari. Itu dipanggil angin permukaan tempatan. Yang saya rujuk sini adalah ‘angin skala besar', iaitu pergerakan udara secara massa dan berada pada paras lebih tinggi. Istilah klimatologi yang tepat adalah: sirkulasi udara sinoptik.

Lihat peta yang disertakan. Itu adalah pergerakan udara skala besar yang mempengaruhi cuaca rantau Asia Timur Tengah, termasuk Mesir. Tiga yang paling utama: (A) sirkulasi udara dari Siberia; (B) sirkulasi udara Mediterranean; dan (C) Sirkulasi udara Atlantik Utara (melewati benua Eropah). Setiap sirkulasi angin ini membawa impak cuaca tertentu (dari segi suhu dan kerpasan).

v
Yang paling dingin adalah sirkulasi Siberia sebab ia berasal dari pengaruh kutub artik. Yang paling harmoni adalah sirkulasi Mediterranean, sebab ia datang dari kawasan laut yang lebih suam. Angin-angin ini boleh ‘menyerang’ wilayah Arab secara serentak pada musim dingin. Tetapi hanya satu angin yang menjadi dominan. This dominant circulation will overpower the others – and it shapes the weather/climate of the region.

Jadi, tentu boleh teka mana satu faktor angin yang mengundang salji ke Mesir dan beberapa negara Timur Tengah lain. Ya, pada musim dingin kali ini – sirkulasi Siberia itulah yang rakusnya berkali ganda. Lalu menundukkan pengaruh dua sirkulasi angin yang lain.

Persoalannya: pernahkah ini berlaku sebelum ini? Jika pernah, kenapa tidak ada salji? Dan, kenapa pula tiba-tiba sirkulasi Siberia itu ghairahnya menjadi-jadi lebih dari biasa?

vi
Secara umumnya – sirkulasi Mediateranean dan Atlantik yang kurang ekstrim itu menjadi sistem iklim yang lebih dominan di rantau Arab. Sebab itu musim dingin, secara tipikalnya, tidak menggugat sangat. Dalam situasi winter bukan anomali, purata suhu paling rendah di utara Mesir hanyalah sekitar 15° C. Tidak cukup sejuk untuk pembentukan sajli.

Tetapi ada ketika tertentu pada musim-musim dingin yang lalu, sirkulasi Siberia ini lebih dominan. Hingga membawa suhu turun ke bawah paras beku. Tandatanya lagi, kenapa ‘pada ketika yang lalu itu’ tidak ada pula salji?

Cuba ingat balik dua pra-syarat pembetukan salji: suhu mesti rendah dan wap air mencukupi, kan? Sirkulasi Siberia ini biasanya kering sebab ia melalui kawasan benua (Rusia). Bukan seperti sirkulasi Mediteranean atau Atlantik yang lebih lembab – sebab ia datang menyerang Mesir selepas melalui kawasan laut.

vii
Secara amnya begini: ada satu fenomena luarbiasa yang berlaku pada musim dingin kali ini. Sungguhpun sirkulasi Siberia yang sangat sejuk dan KERING itu menguasai sistem cuaca rantau ini – namun dalam masa yang sama, terdapat juga lembapan air yang cukup di udara untuk menguja pembentukan salji.

Jadi, dari mana datang wap air itu? Tentulah dari dua sirkulasi lain yang disebut: iaitu sirkulasi Mediterranean dan Atlantik.

Maksudnya, pada tahun yang ‘istimewa’ ini – sirkulasi Mediterranean dan Atlantik tidaklah terlalu lemah untuk menyerang wilayah Arab, sambil mengangkut wap air yang mencukupi. Manakala, sirkulasi Siberia terlalu gagah hingga menyebabkan penurunan suhu ke tahap yang membolehkan pembentukan salji. Bolehkah ia berlaku di Madinah dan Mekah? Secara teorinya boleh. Jika wujud kombinasi istimewa itu serentak pada satu masa: sirkulasi Siberia menerjah kuat sampai tembus ke lokasi tersebut; dan KEBETULAN pada ketika itu juga wap air mencukupi di ruang udara.

Apakah yang menentukan darjah kekuatan serangan sirkulasi Siberia yang berubah-ubah itu? Sebab wujudnya variasi cerun tekanan yang berbeza-beza di sekitar wilayah Arab. Kenapa pula cerun tekanan asyik berubah? Hei, cukuplah tau setakat itu. Jangan bernafsu sangat mau tau semua kalau tiada niat mau ambil kursus klimatologi saya pada semester depan di UMS!

viii

Cerita Vietnam pula bagaimana? Konsepnya sama. Barangkali ada kaitan dengan serangan tekanan udara tinggi dari Siberia. Yang kemudian mengolak sirkulasi angin sejuk jauh selatan, sampai ke Vietnam.

Tapi dari gambar yang saya nampak, di Vietnam itu sebenarnya bukanlah ‘salji tulen’. Ia seperti granul dan ketulan ais – akibat hujan yang beku. Ini biasanya akan turun berjejal-jejal seperti simbahan pasir dari langit. Ia bukan berbentuk ‘serpihan ais yang nipis’ – yang dikenali sebagai salji – yang lazimnya akan turun ke bumi sambil berayun-ayun penuh romantik, seperti daun berguguran.

Juga ambil perhatian, insiden ‘salji’ di Vietnam itu berlaku di kawasan tanah tinggi, yang memang fitrahnya bersuhu rendah. Yang cukup untuk proses pembekuan air hujan – bila kedinginannya ditokok-tambah oleh sirkulasi Siberia.

Nota: Sebenarnya, di puncak Gunung Kinabalu itu pun – suatu ketika dulu – selalu juga ada gumpalan salji. Pendaki yang sampai ke kawasan Laban Rata sebelum matahari terbit, dapatlah peluang bermain salju di Nabalu. Tapi itu zaman pendakian saya dulu-dulu. Sekarang rasanya sudah tidak ada, mungkin?

[Segmen Science & Tech]

-Rem Dambul- 

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds