The Patriots Schedule

The Patriots Schedule

Sunday, 29 December 2013

KERIS ITU DATANG DARI INDIA - JAYAGOPAL (PENYELEWENGAN SEJARAH)





1. Saya difahamkan tuan Jayagopal cuba untuk menepis dakwaan kami di mana kami mengatakan bahawa kapal kemungkinan dibina oleh orang Melayu itu sendiri. Bahkan kami mendapati hujah tuan adalah mengatakan bahawa Kapal itu datang daripada perkataan Tamil.

2. Hujah kami adalah berdasarkan kenyataan yang diambil daripada (Link: http://depts.washington.edu/silkroad/texts/weilue/appendices.html) di mana daripada link ini dengan jelas disebut bahawa malay and Indonesian STATE.

3. Anda cuba menafikan “Malayan and Indonesia state” itu milik bangsa MELAYU dengan berpegang bahawa sebelum kedatangan orang putih, negara-negara tersebut bukannya Melayu sebaliknya mereka mendakwa diri mereka sebagai bugis, jawa, dan sebagainya. Maka, mereka semua tidak sepatutnya dikatakan sebagai Melayu.

4. Rasanya anda sudah salah faham dalam konsep rumpun Melayu itu sendiri. Anda adlaah individu yang menyangka bahawa BUGIS, BANJAR, BAJAU, SULUK, CHAM, KERINCHI, ACHEH, AMBON, MINANG, JAWA dan sebagainya sebagai bukan salah satu daripada rumpun melayu.

5. Kelihatannya salah faham yang wujud di sini semakin melebar. Mereka menyempitkan fahaman bangsa itu dalam suku bangsa. Hal ini sangat-sangat menyedihkan. Sedangkan orang cina dari pelbagai suku seperti Han, Min, Wu, Tanka dan Hui boleh bersatu di bawah rumpun cina(Sino-Tibetian), kenapa tidak Melayu?

6. Kalau ditelusuri bahasa seperti suku kaum di atas, mereka diklasifikasikan dalam keluarga Melayo-Polynesian, satu sub keluarga bahasa dalam keluarga Austronesian.

7. Bahkan, idea mengenai RUMPUN MELAYU ini wujud sejak zaman berzaman. Maharaja Abu Bakar, Sultan Johor pada tahun 1879, di mana ketika itu baginda telah mengusulkan satu usul yang bertajuk, “Penyatuan Dunia Melayu.” King Kalākaua, seorang raja kerajaan Hawaii yang bebas pada ketika itu, merupakan antara orang yang mencadangkan penyatuan tersebut. Katanya. Bangsa Melayu yang meliputi daripada Kepulauan Pasifik sehinggalah ke Kepulauan Melayu di Asia Tenggara haruslah bersatu membentuk Pan-Malay Unity, dan kesatuan itu diharap mampu mengelak daripada penjajahan luar.

8. Penyatuan bangsa Melayu ini turut dikuatkan dengan kebangkitan revolusi di Filipina yang diketuai oleh Jose Rizal. Ketika itu, orang Filipina belum disepanyolkan oleh bangsa Sepanyol. Mereka masih mengenali diri mereka sebagai Melayu. Jose Rizal diberi jolokan oleh orang Filipna sebagai “PRIDE OF MALAY RACE” dan “The Great Malayan”.

9. Jose Rizal pernah menulis di dalam bukunya seharusnya bangsa Filipina di masukkan dalam kesatuan Nusantara dan Bangsa Melayu yang ketika itu kuat bertiup di Tanah Melayu dan Indonesia. Katanya, mereka bangsa Filipina adalah serumpun dan seharusnya dimasukkan ke dalam kategori tersebut.. Kemudian munculnya Apolinario Mabini di Manila mencadangkan “Federation Malaya.”

10. Walace, seorang pakar Antropologi dan Sejarah dunia daripada Universiti Oxford (1863), bukunya yang bertajuk The Malay Archipelago, beliau menakrifkan penduduk gugusan Kepulauan Melayu sebagai rantau Asia Tenggara yang hampir-hampir berbentuk segi tiga, bermula di Pulau Nikobar di Timur Laut ke Pulau Solomon di Tenggara, dan dari Luzon di Utara ke Rotti dekat pulau Timor di Selatan. Kawasan yang luas itu dibahaginya kepada empat kumpulan: Kepulauan Indo-Malaya, Kepulauan Timor, Kepulauan Maluku dan Kepulauan Papua.

11. Saya juga sarankan saudara ke link ini : https://www.facebook.com/groups/163597200488778/ yang didirikan oleh orang Indonesia, di mana mereka tidka malu untuk mengaku sebahagian daripada RUMPUN MELAYU.

12. Untuk pengetahuan saudara juga, kami bukan berbekalkan dengan link tersebut sahaja tetapi kami berbekalkan pelbagai sumber untuk menjawab mengenai bahawa Melayu antara bangsa terawal membina kapal dan mengajarkan bangsa lain cara membina kapal.

13. Kalau saudara menggunakan hujah bahawa Alexander The Great yang konon menggunakan kapal untuk berlayar ke negaranya selepas menyerang India Utara sebagai hujah bahawa kapal telah digunakan di India sebelum kedatangan era Melayu, maka izinkan saya menggunakan sumber lain juga. Walaupun setahu saya pergi dan baliknya Alexander The Great adalah melalui jalan darat, bukannya laut.

14. Menurut Lynda Shaffler, catatan daripada orang Cina, dalam bukunya Maritime Southeast Asia to 1500, beliau menyebut:

“Orang Cina juga tahu penduduk pulau ini sebagai pembina dan kru kapal laut serta akan terlibat perdagangan laut. Orang Cina sebenarnya telah banyak belajar daripada mereka. Orang Melayu mula membina kapal yang diperbuat dari tikar anyaman yang diperkukuhkan dengan buluh, sekurang-kurangnya beberapa beratus-ratus tahun SM dan ketika masa Dinasti Han (206 SM hingga 221 SM), orang Cina telah menggunakan layar itu."

15. Dalam bukunya, menceritakan bahawa beratus tahun sebelum Masihi, orang Melayu sebenarnya telah menggunakan dan mencipta kapal laut yang hebat, Bahkan selepas beratus tahun digunakan oleh orang Melayu, Linda Shaffler menctatakan akhirnya pada 200 SM, barulah orang Cina berjaya menggunakan kapal yang digunakan oleh Melayu, itupun pada zaman Dinasti Han dan orang Melayu telah berlayar lebih awal daripada zaman Dinasti Han. Ini membuktikan bahawa era Melayu menggunakan kapal adalah jauh lebih lama daripada era perang Alexander The Great dan Raja Poras memandangkan jangka masanya adalah berates tahun sebelum Dinasti Han mahi rmenggunakan dan mencipta kapal mereka sendiri.

16. Kalaulah kapal itu dibina oleh orang Tamil seperti mana yang dikatakan oleh saudara, saya tidak pernah dengar pula kisah orang Tamil menjadi pelaut terkemuka bahkan mengajar bangsa lain mencipta dan menjadi pelaut terkemuka. Tetapi orang Melayu memang pelaut terkenal.

17. Sampai Madagsacar itu dijejak oleh Melayu dan mendirikan kerajaan di sana dan hari ini, keturunan Melayu di Madagascar dikenali sebagai Malagasy. Bahkan, orang pertama mengelilingi dunia bukannya orang Tamil tau, tetapi Melayu. Saya sarankan saudara mencari siapakah Panglima Awang.

18. Bhakan teknologi perkapalan juga dicipta oleh orang Melayu. Pakar-pakar perkapalan Eropah misalnya telah menemui kapal-kapal Melayu dengan teknik pembuatan kapal 'sewn-plank and lashed-lug' di mana teknik ini hanya digunakan oleh orang Melayu sahaja ketika era Sriwijaya. Pakar arkeologi maritim, Pierre-Yves Manguin merasa amat terkejut ketika era Sriwijaya, pembina kapal Nusantara telah mencipta teknik pembuatan kapal yang amat maju, jauh dibandingkan dengan contoh-contoh tongkang China sezaman dengannya.

19. Pertembungan antara armada Portugis yang sedang dalam perjalanan menyerang Melaka dengan sebuah kapal dari Aceh telah dicatatkan oleh Gaspar Correia membuktikan siapakah itu Melayu dan ilmu lautnya. Tidka pernah pul assay amenjumpai mana catatan mengenai kehebatan kapal-kapal yang diciptakan oleh orang Tamil.

"Her sides were so high that no one dared board her from any of the Portuguese ships; naos,caravellas and gales and she remained unscathed by the Portuguese fire because she had four layers of sheathing and the largest Portuguese artillery could only penetrate two. At length the governor sent out his own nao the Flor de la Mar. Inspite of this the jong managed to fend of the Portuguese attacks for two days and two nights and only succumbed when the Portuguese succeeded in removing her rudders which she carried outside as on the barges of Ribatejo"

20. Saya sangat menunggu untuk menemplak saudara yang cuba mengatakan bahawa keris itu adalah warisan orang Maratha. Katanya juga bahawa wilayah Melayu ini berada di bawah Empayar Raja Cheran.

21. Saya mengetahui mengenai kewujudan sebuah Dinasti Chera di Selatan India seawal abad ketiga sebelum Masihi apabila raja daripada utara India iaitu bangsa Aryan yang telah menyebut mengenai Kedalaputho dalam catatannya.

22. Namun, tidak pernah pula sepanjang sejarah dinasti Chera itu, ianya menjadi sebuah empayar dan menyerang mana-mana kerajaan Melayu di Semenanjung.

23. Adapun rekod mengenai serangan daripada India Selatan adalah beribu tahun selepas era Chera, di mana pada tahun 1025, Rajendra Chola menyerang Kedah, tetapi serangan itu bukan bersifat penjajahan tetapi mahu menggangu pelabuhan empayar Melayu Srivijaya dan lebih bersifat MENJARAH.

24. Walaupun terdapat Prasasti Tanjore yang konon menceritakan mengenai Srivijaya ditawan dan dijajah, tetapi para sejarawan mempertikaikan prasasti itu kerana 2 tahun selepas serangan itu, terdapat Maharaja Srivijaya yang menghantar utusan ke China bahkan China tidak langsung mencatatkan sebarang rekod mengenai Srivijay apernah berada di bawah empayar Chola ketika itu.

25. Adapun saya melihat, terdapat juga saudara sebangsa dengan saudara yang menggunakan hujah Sulalatus Salatin, di mana di dalam sana menceritakan mengenai seorang raja bernama Raja Suran dikatakan telah menyerang semenanjung adalah bukti Raja Chola pernah menawan alam Melayu ini.

26.Dakwaan itu tidak berasas sama sekali. Soal Raja Suran inipun masih didebatkan oleh sejarawan kerana penceritaan Sulalatus Salatin agak berkias dan penuh dengan kod tersendiri. Asasnya memang kesultanan Melaka tapi terdapat banyak pendapat tentang rantingan cerita. Antaranya Alexander The Great itu sendiri.

27. Kalau diteliti kisah Raja Suran turun ke dasar laut untuk melihat kerajaan di bawahnya menggunakan kotak kaca, maka kita akan mendapati bahawa terdapat lukisan mengenai Alexander berlaku yang sama. (Link: http://scienceblogs.com/universe/wp-content/blogs.dir/447/files/2012/04/i-93ce08ed1155523d9fff936fc659633b-white_glass_FINAL.jpg)

28. Bahkan terdapat juga dakwaan yang mengatakan bahawa Raja Suran itu adalah Parsi. Ini dalah dibuktikan apabila apabila diperhatikan serta diselusuri adalah seperti gelaran Shah yang digunakan oleh raja Melayu itu asalnya daripada Parsi dan budaya Parsi sebenarnya banyak menyerap dalam diri budaya melayu itu.

29. Sebagai contoh, adalah tradisi alat muzik nobat dan nafiri. Itu adalah berasal daripada budaya parsi dan nobat berasal dari perkataan "naubat" iaitu bermaksud 9 alat muzik dalam bahasa Parsi.

30. Itu belum kita bercakap mengenai budaya bersongkok di mana saya percaya dibawa oleh orang Parsi itu sendiri keran aterdapat lukisan dan ukiran raja Parsi memakai songkok. (Link: https://fbcdn-sphotos-d-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/q71/1426741_244967475661943_31845585_n.jpg)

31. Mengenai asal usul silat yang konon di bawa oleh Cheran yang dikatakan oleh saudara, saya merasakan sudah tiba masanya saudara mempelajari mengenai sejarah semua bangsa di dunia, bukan sahaja sejarah Tamil.

32. Saya mendapati bahawa dakwaan bahawa keris itu adalah milik orang Maratha berserta lukisan yang saudara persembahkan kepada saya adalah tidak logik berserta lukisan yang saudara persembahkan berdasarkan faktor-faktor yang akan saya persembahkan.

33. Bukan sesenang itu untuk mendakwa bahawa keris itu datang daripada sana kerana saudara perlu untuk membuktikan bahawa timeline asal usul dan sejarah keris itu adalah sesuai kisah saudara.

34. Zaman proto keris ditemui adalah di Kebudyaaan Dong Son, sebuah Tamadun Gangsa milik Melayu Champa di IndoChina sana di mana pada waktu itu, 2500 SM ditemui sesuatu yang dikenali oleh pengkaji sebagai Proto Keris.

35. Kemudian, pada tahun 1500 SM, Ratu Hatshepsut telah mengukir mengenai satu kerajaan yang menjadi tempat perlayaran Ratu Hatshepsut untuk berdagang dan mengambil kemenyan yang sangat berkualiti daripada situ.

36. Para pengkaji mengenali tempat ini sebagai Punt dan untuk pengetahuan saudara jayagopal, kami mendapati bahawa terdpaat ukiran mengenai raja Punt yang dikenali sebagai Raja Perahu dan isterinya Ratu Hati yang di mana Raja Perahu itu terlihat memakai keris, yang disisipkan di sebalik sampingnya. (Link: https://fbcdn-sphotos-h-a.akamaihd.net/hphotos-ak-frc3/305631_443944775635117_1206367128_n.jpg)

37. Namun kini terdapat beberapa para sarjana yang bersepakat mengatakan keris dipercayai paling awal ditemui di dasar tapak induk Candi Borobudur yang dibina sekitar tahun 875 masihi.

38. Keris tersebut dikenali sebagai "Keris Majapahit". bentuk hulunya seperti manusia manakala matanya menyatu bersama hulunya. keris ini lurus tidak berlok dengan kepanjangan 28.3 sentimeter.

39. Bahkan bila kita bercakap mengenai Keris, maka saudara harus menerima hakikat mengenai Keris adalah sebuah senjata yang mempunyai falsafah yang sangat tinggi dalam budaya Melayu itu. Terdapat 4 ciri-ciri untuk mengklasifikasikan sesuatu itu sebagai keris.

40. Keris harus terdiri daripada dua bahagian utama, iaitu bahagian bilah atau mata keris (termasuk pesil) dan bahagian ganja. Kalau bahagian bilah dan pesi melambangkan wujudnya lingga, maka bahagian ganja pula melambangkan wujudnya yoni. Dalam falsafah Hindu, persatuan antara lingga dan yoni adalah simbol kesuburan, keabadian dan kekuatan.

41. Bilah keris harus membuat sudut tertentu terhadap ganja, tidak tegak lurus.Kedudukan bilah keris yang miring atau condong itu lambang sifat yang terpuji: tidak kira apa juga kedudukan dan pangkatnya, orang itu harus sentiasa tunduk dan hormat bukan sahaja kepada Sang Pencipta, tetapi juga sesamanya. Hal ini sesuai dengan falsafah padi: semakin berisi semakin merunduk. Berdasarkan falsafah ini, pendapat yang mengatakan keris adalah dibuat semata-mata untuk membunuh dengan sendirinya tertolak.

42. Ukuran panjang bilah keris lazimnya adalah antara 33 cm sampai 38 cm.Namun, bilah keris di luar Jawa boleh sampai 58 cm, bahkan panjangnya keris buatan Filipina Selatan ada yang mencapai 64 cm. Mengenai senjata tikam menyerupai keris yang panjangnya di bawah ukuran yang lazim, menurut banyak ahli belum dapat dikategorikan sebagai keris, tetapi keriskerisan.

43. Keris yang baik harus dibuat dan ditempa dari tiga macam logam, minimaldua, iaitu besi, baja dan bahan pamor. Keris-keris tua atau lebih tepatnya keris prototaip, misalnya keris Buda, tidak menggunakan pamor.

44. Bahkan untuk pengetahuan saudara Jayagopal, antara senjata tradisi dunia yang dianggap terhebat pernah dicipta ialah Pedang Samurai yang digunakan pada era kegemilangan Shogun Tokugawa di Jepun. Pedang Samurai terhebat pernah dicipta menggunakan 12 jenis besi. Tetapi, beberapa pengkaji Jepun yang meneliti keris Tempa Melaka yang dicipta oleh seorang Melayu bernama Sang Guna terperanjat apabila mendapati ia dicipta menggunakan lebih 21 jenis besi.

45. Falsafah Keris itu juga sangat tinggi. Sebagai contoh, umumnya, orang Melayu mensisipkan keris di pinggang, iaitu dibahagian hadapan badan dengan menaruhkan harapan dan ketuahan kepada keris lebih utama daripada diri mereka sendiri. Apabila dilihat dari hadapan, musuh atau lawan sudah berandaian bahawa si pemakai keris sebenarnya sudah siap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku. Manakala bagi orang Jawa, keris disisipkan dibahagian belakang badan mereka dengan niat untuk sentiasa berwaspada dan keris dicabut daripada sarung apabila diperlukan. Lantaran itu, keris yang disembunyikan dibelakang badan juga bertujuan untuk mengelirukan lawan.

46. Apabila hulu keris dihadapkan ke arah badan, iaitu sama ada dibahagian hadapan atau pun belakang si pemakai, ia membawa maksud ‘aku datang dengan aman’. Sekiranya, hulu keris dihadapkan keluar, ia merupakan tanda amaran kepada musuh atau lawan dan memberi pengertian ‘aku siap untuk bertarung’.

47. Terdapat 10 simbol dan falsafah keris itu dalam masyarakat Melayu wahai saudara Jayagopal. Keris dalam masyarakat Melayu ialah sebagai lambang maruah, kejantanan, harga diri, jati diri, daulat, senjata, batang tubuh, penjaga diri, pembantu dan pakaian.

48. Itu belum lagi saya menceritakan mengenai Falsafah pembinaan keris, falsafah bilah keris, falsafah adab dan rahsia dan falsafah anatomi keris. Apakah dagger di India mempunyai sesuatu yang seumpama dengannya? Kalau ada, sila kemukakan.

49. Keris bukan sebarang besi. Antara keris yang mempunyai nilai tinggi ditempa dengan batu meteor. Sebenarnya terdapat banyak jenis besi digunakan utk menempa keris. bukan calan-calang prosesnya.

50. Seandainya keris adalah warisan dari orang Maratha, sila jawab pertanyaan saya... Adakah terdapat satu jenis senjata dari India yang mempunyai falsafahnya setanding dengan falsafah keris? Kami mencabar saudara Jayagopal.

51. Cabaran kami juga adalah berbunyi begini, kalau keris berasal dari budaya India ,sudah tentu ia masih terdapat di India hingga ke hari ini . Adakah keris terdapat di India hari ini, sedangkan di wilayah Melayu Nusantara ia masih digunakan meluas hingga ke hari ini. Kalau ada, sila tunjukkan bukti.

52. Bagaimana boleh dikatakan bahawa sebuah empayar Tamil pernah alam Melayu sedangkan di zaman dahulu tiada penempatan koloni orang India (Tamil ) di negeri-negeri Malay city state. Paling awal koloni kaum India adalah Kaum Ceti di Melaka. Di tempat lain tiada koloni India .Kalau benar Rajendra Cola berjaya menakluk Malay City State sudah tetu dia membina penempatan besar kaum Tamil untuk mengukuhkan kedudukan,Ternyata tiada.Ternyata seluruh angkatan Cola pulang ke India semula dan tidak menetap di sini.

53. Sedangkan Portugis yang menaluk Melaka dalam tempoh singkat pun ada meninggalkan koloni Kaum Serani di Melaka hingga ke hari ini.Tak akan empayar Tamil yang didakwa oleh saudara yang dikatakan berjaya menakluk tak tinggalkan sedikit koloni pun.

54. Juga, berikan kepada kami seni mempertahankan diri apa yang digunakan oleh bangsa Tamil/India yang menggunakan keris kerana keris adalah kembar kepada seni mempertahankan diri Melayu.

55. Kami juga mendapati bahawa saudara cuba menggunakan istilah "KAPAL" dalam bahasa Melayu yang membawa hujah kononnya ianya dicedok dari bahasa Tamil menandakan bahawa kapal di bina oleh orang Tamil.

56. Untuk Pengetahuan saudara Jayagopal, mengenai perkataan Kappal sebagai kapal pula sebenarnya peminjaman perkataan kapal dari orang tamil ini berlaku di zaman semi modenr kerana sebelum itu orang2 melayu TIDAK Menggunakan perkataan KAPAL

57. Tanyalah orang-orang tua yang umurnya lebih 90 tahun kalau ada, mereka memanggil kapal sebagai jong, lancara, geliung, pinisi, Perahu, Geliung, lancang, barangai ,tongkang, bahtera, penyalang dan banyak lagi.

58. Dan mengenai perkataan kapal juga hanya pengkaji moden yang menggunakan perkataan itu tapi pengkaji dan penulis british zaman dahulu menggunakan perahu atau junk dan proahs

59. Contohnya: The Malay piratical proas are from six to eight tons burden, and run from six to eight fathoms in length. They carry from one to two small guns, with commonly four swivels

60. Kami mengharapkan penghujahan daripada pihak saudara bagi menjawab setiap hujah yang kami persembahkan. Saudara haruslah menjawab keseluruhan hujah kami, bukannya menjawab separuh dan meninggalkan separuh kerana itu adalah perbuatan tidak beradab dalam perdebatan ilmiah.

[HE, TMH, Al-Semantani, RAD, mz, Izzat Yousuf, AH, ninotaziz, AP dan Sepintas Lalu]


(Department Sejarah Nusantara "The Patriots")

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds