The Patriots Schedule

The Patriots Schedule

Sunday, 29 December 2013

KEAJAIABAN AL-QURAN: ORBIT




Sesungguhnya apabila dikatakan bahawa Al-Quranul Karim adalah mukjizat terulung sepanjang zaman, namun sebagai umat Islam, apakah kita kenal dengan kitab terhebat sepanjang zaman ini. Maka, kami di pihak Hati Malaya telah datang dengan idea untuk segmen di page ini yang akan membincangkan mengenai keajaiban Al-Quran itu sendiri pada setiap hari Rabu dan Ahad pada jam selepas maghrib.

Hari ini saya mahu berkongsi dengan kalian mengenai Orbit. Biarlah kita bermuka dengan benda yang bagi saya agak senang untuk dihadam oleh kalian semua. Kita mulakan perbincangan kita dengan sepotong ayat Al-Quran di bawah:

“Dan kami telah menciptakan malam dan siang dan matahari serta bulan; tiap satunya beredar terapung di tempat edaran masing-masing.” (Al-Anbiya, 33)

Saya mahu kalian mengambil kata kunci “tiap satunya beredar terapung di tempat edaran masing-masing.” Kenapa saya memetik ayat ini dalam perbincangan kita? Buka kembali buku sains dan cari apakah bab yang sangat berkait rapat dengan sesuatu di langit yang digambarkan dalam Al-Quran sebagai tempat edaran masing-masing? Orbit!

Definisi Sains mengatakan bahawa orbit ialah sebuah laluan bersumberkan graviti yang mengelilingi satu tituk dalam sistem solar. Dalam sejarah, Johannes Kepler, pada abad ke-16 Masihi yang antara orang yang tiba-tiba membangkitkan mengenai kewujudan orbit bahkan mengatakan bahawa matahari itu tidak berkedudukan static. Kemudian, Isaac Newton datang dengan modelnya tersendiri untuk menjelaskan apakah itu orbit, dengan lebih terperinci.

Sekarang, saya mahu kalian bayangkan, selepas 1000 tahun kelahiran Muhammad S.A.W, barulah manusia mula mengenali orbit tetapi bagaimana seorang manusia ummi seperti Muhammad S.A.W boleh mengenali sesuatu yang memerlukan pengiraan, dan pemerhatian dengan alat teknologi canggih seperti teleskop.

Bahkan bukan sahaja Al-Quran menceritakan mengenai orbit, tetapi sekali lagi surah Al-Anbiya menjadi saksi bahawa Al-Quran ini adalah sebuah kalam ALLAH. Lihat pada ayat ke-33, di mana dikatakan bahawa Matahari juga mempunyai sistem peredarannya tersendiri. Benarkah kenyataan ini?

Mari, kita buka kembali buku teks Sains dan mengembara mencari khazanah ilmu. Ah, terdapat fakta yang mengatakan bahawa Matahari bergerak pada kelajuan 720 000 KM sejam dan dalam arah bintang Vega di sebuah orbit atau tempat laluan bernama Solar Apex. Bukankah itu merupakan bukti bahawa matahari juga mempunyai sistem laluannya tersendiri?

Untuk pengetahuan para pembaca semua, sebenarnya Sains mengatakan bahawa setiap benda di angkasa mempunyai sistem orbitnya tersendiri. Sebagai contoh Komet Halley yang seringkali mengunjungi bumi setiap 70 tahun. Dan ini turut disokong oleh ayat Al-Quran di bawah:

“Demi Langit yang mempunyai jalan peredaran yang berbagai bentuknya.” (Ad-Dzariyat, ayat 7)

SubhanaALLAH, begitu hebatnya ciptaan ALLAH dan betapa indahnya Al-Quran yang merupakan mukjizat terhebat sepanjang zaman hanya untuk orang yang tahu berfikir.


(Segmen All About Islam)

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds