MAMPUKAH TUDM HADAPI ANCAMAN UDARA?
1. Ada yang bertanya kepada saya, sama ada Tentera
Udara Di Raja Malaysia (TUDM) mempunyai kelebihan jika berlaku pertempuran
udara dengan China atau Singapura.
2. Ini merupakan soalan yang popular memandang
jumlah pesawat tempur yang dimiliki oleh TUDM sangat kecil berbanding ratusan
yang dimiliki oleh Singapura, jumlah itu terdiri
dari 18 SU-30 MKM, 17 MIG 29, 27 pesawat Hawk 108
dan 208, lapan Hornet F-18D serta beberapa buah F-5E Tiger.
3. Isunya, apa benar memiliki jumlah pesawat yang
kecil merupakan satu kekurangan yang sangat melumpuhkan keperluan pertahanan
negara, ia mungkin benar tetapi ada sedikit
perbezaan dalam konteks Singapura dengan Malaysia
4. Sebelum itu saya perlu ingatkan, Indonesia turut
memiliki SU-30 dan SU-27 bagaimanapun ia merupakan pesawat standard dan tidak
diupgrade sepenuh.
5. Pesawat Sukhoi Indonesia juga tidak mempunyai
peluru berpandu Beyond Visual Range (BVR) dan tidak mempunyai kebolehan untuk
membuat serangan pada waktu malam (Hanya Malaysia, Singapura dan Thailand
sahaja yang mempunyai keupayaan membuat serangan waktu malam di Asia Tenggara).
6. Ok kita henti bicara mengenai Indonesia dan jika
kita lihat pula kekuatan Singapura, Republic Singapore Air Force (RSAF)
mempunyai jumlah pesawat yang mengerunkan, pesawat tempur mereka terdiri dari
F-5E, F-16 Viper dan F-15SG.
7. Jumlah itu seolah-olah cukup untuk mengatasi apa
yang TUDM gunakan sekarang walaupun kita mempunyai SU-30.
8. Disini letaknya kesilapan kita kerana selalu
membuat analisis dengan menggunakan nombor, angka atau jumlah dan perkara ini
sudah pernah disentuh oleh majalah TEMPUR di mana kebanyakkan kita mengenepikan
soal doktrin dan strategi.
9. Akibatnya, kita membodohkan diri sendiri dan
mengecilkan keupayaan anak tempatan serta kemampuan TUDM dalam mempertahankan
negara ini, kita sering terlupa tentang keupayaan sesebuah pesawat dan strategi
yang dipakai serta kelebihan yang dimiliki oleh negara.
9. Dahulu saya sendiri pun memandang rendah
keupayaan TUDM tetapi tidak sehingga SU-30MKM memasuki inventorinya, kita lihat
Singapura sudah mula berubah “air muka”.
10.Republik itu mengambil tindakan yang sangat
drastik apabila Malaysia membuat pengumuman, KAMI MAHUKAN SUKHOI.
11.Serentak dengan itu Singapura mula membuat
tempahan F-15 Strike Eagle versi SG dan semua orang tahu, ia adalah reaksi dari
pembelian Malaysia ke atas SU-30MKM.
12.Disini kita tanya diri kita sendiri, mengapa
F-15SG dan mengapa tidak ditambah sahaja jumlah pesawat F-16 yang ada.
13.Jika RSAF itu kebal, mengapa harus serius dengan
pengumuman itu.
14.Nyatalah, Singapura sudah mula goyah kerana F-16
bukanlah lawan abadi SU-30 MKM, pesawat dengan nama timangan Viper itu dicipta
untuk beradu dengan MIG 29 tetapi bukan Sukhoi.
15.Dalam satu latihan yang diberi nama SINDEX 2004
dengan India, pesawat tercanggih Singapura F-16 tewas dalam semua segi apabila
bertempur dengan jentera Sukhoi dari versi MKI.
16….dan kita semua tahu, Sukhoi Malaysia direka
dengan kemampuan yang sama atau lebih baik dari Sukhoi India, dan ia digelar
MKM.
17.Kemenangan SU-30 MKI milik India disiarkan secara
besar-besaran oleh akhbar India manakala keupayaan F-16 Singapura diperkecil
dan diperlekehkan.
18.Kementerian Pertahanan Singapura yang “bengang”
dengan insiden itu telah mengeluarkan satu kenyataan akhbar untuk siaran media
Singapura bahawa pihak India mewar-warkan kemenangan itu di sebabkan mereka itu
tuan rumah untuk eksesais tersebut.
19.Sikap media India yang memperbesarkan kemenangan
Sukhoi mereka juga disebabkan pesawat seteru negara itu iaitu Pakistan turut
menggunakan F-16, demikian kata seorang forumer Singapura yang memberikan
reaksinya terhadap kenyataan dari “Singapore Ministry of Defence” itu.
20.Selepas SINDEX 2004, Singapura mula risau
memikirkan masa depannya, apatah lagi, SU-30 versi MKM bakal memasuki inventori
TUDM dalam tiga tahun lagi ketika itu, malahan satu lagi negara jiran yang
mempunyai potensi untuk mengancam mereka iaitu Indonesia turut mengoperasikan
SU-27 dan Su-30.
21.Pengajaran dari SIMDEX 2004 ini menyebabkan
Singapura yang gah kekuatan udaranya buat pertama kali berasa kerdil berhadapan
dengan TUDM dan terpaksa memilih F-15SG sebagai kuda melawan SU-30MKM.
22.Jika benar TUDM merupakan sebuah kuasa yang boleh
diremehkan, tentera udara Singapura (RSAF) tidak akan mengambil langkah drastik
seperti ini. Tidak cukup hebatkah jumlah pesawat F-16 mereka untuk berhadapan
dengan susunan MIG 29, F-18 dan sekumpulan 18 buah Sukhoi.
23.Sedihnya jika sebuah kuasa besar seperti RSAF
menghormati keupayaan milik negara, masih ada juga rakyat Malaysia yang
memperolok-olok kekuatan TUDM dan terlalu yakin akan kemenangan negara lawan
yang terkenal melalui serangan pre emptive strikenya.
KEUPAYAAN PESAWAT
24.Sesiapa pun tidak menolak bahawa jumlah pesawat
yang banyak merupakan satu kelebihan tetapi umum jangan lupa, zaman ini bukan
seperti era Perang Dunia Kedua di mana kita melihat kelebihan sesebuah negara
dari sudut 1 versus 1 pesawat
25.Ada banyak kisah pada zaman ini terutama sejak
dari Perang Korea, sebuah pesawat tunggal berupaya menumpaskan dua atau tiga
pesawat lawannya.
26.Adakah anda tahu, pesawat SU-30 MKM milik TUDM
merupakan versi yang paling canggih dan moden berbanding Sukhoi yang digunakan
oleh negara pengeluarnya iaitu Russia sendiri
27.Komputer radar sebuah SU-30MKM boleh menanda
sasaran 15 ke 20 pesawat musuh (Bogey) dan akan memilih empat yang paling
merbahaya untuk dimusnahkan dengan misil Beyond Visual Range (BVR).
28.SU-30 MKM juga memiliki keupayaan radar dan
kelebihan enjin “Thrust Vector” yang tidak dipersiapkan pada pesawat F-16
Singapura dan yang terkini, F-15G.
29.Enjin ini dengan dibantu oleh sirip kecil di
kawasan “intake engine” banyak membantu Sukhoi melaksanakan gerakan yang sukar,
memberikan kelebihan semasa pertempuran dogfight dan mengelirukan misil musuh.
30.Kalau kita lihat F-16 hanya menggunakan satu
enjin sahaja berbanding dua pada SU-30MKM dan keupayaan enjinn ini memberikan
impak yang besar.
31.Dua enjin beerti beban yang boleh dibawa adalah
lebih besar dan senjata serta peluru berpandu yang lebih banyak.
32.Adakah anda masih ingat bagaimana seorang
juruterbang F-15 Eagle milik Arab Saudi berjaya menembak jatuh dua buah jet MIG
milik Iraq ketika operasi untuk membebaskan Kuwait, 1990 dahulu (satu lawan
dua).
33.Saya difahamkan SU-30 MKM berkeupayaan membawa
sekurang-kurangnya 4 misil BVR dan pesawat itu mempunyai 12 hardpoint atau
pylon untuk dipasang dengan 12 misil yang boleh dikonfigurasikan untuk misi
pertempuran udara atau maritim.
34.Dalam bahasa yang amat mudah, sekurang-kurangnya
10 buah pesawat musuh boleh ditembak jatuh oleh satu SU-30MKM (Correct me if Im
wrong).
PERTEMPURAN UDARA DAN KUALITI PESAWAT SERTA
JURUTERBANG
35.Senario satu pesawat mengatasi lawan yang lebih
banyak sudah wujud sejak dari Perang Dunia Kedua sehingga kepada Perang Vietnam
dengan menggunakan skil juruterbang tetapi
memasuki era 80an, teknologi dan jaringan maklumat
yang baik digunakan seperti mana yang pernah dinampakkan semasa Perang Udara di
Beka Valley.
36.Dalam perang itu, Syria kehilangan 80 pesawat
terbang dan sifar pada pihak Israel
37.Malah acapkali Israel yang kurang jumlah
pesawatnya berbanding gabungan udara Mesir, Jordan dan Syria berjaya menang
dalam pertempuran udara kerana kualiti yang dimiliki oleh pesawat dan
juruterbang mereka, ia juga disokong dengan kecekapan dan kecepatan ground crew
mempersiapkan pesawat.
38.F-16 Singapura bukanlah tandingan kepada SU-30
malahan sejak dari awal 90an lagi,
F-16 masih gagal mengatasi keupayaan MIG-29 yang
diterbangkan oleh juruterbang Jerman dalam latihan perang anjuran NATO (Tolong
jangan samakan MIG-29 yang diterbangkan oleh Iraq, banyak bezanya)
39.Anda juga harus ingat, juruterbang TUDM dilatih
dengan doktrin perang Amerika Syarikat dan kita tidak sama sekali serupa dengan
juruterbang Arab yang menggunakan manual pertempuran udara Soviet Union yang
mengakibatkan mereka tersungkur di tangan juruterbang Israel atau AS.
40.Bukan saya hendak megah dengan AS tetapi kita
lihat semasa Perang Iran-Iraq, juruterbang Iran yang dilatih AS ternyata unggul
dan mampu melakukan operasi yang paling hebat dalam sejarah (serangan ke atas
kompleks H3 pada Mac 1981) sedangkan tentera udara republik itu sudah nazak
akibat revoulusi Iran dan bantaian tentera Saddam Hussein yang menyerang secara
tiba-tiba.
41.Dahulu saya sendiri tidak yakin dengan keupayaan
juruterbang TUDM tetapi dengan adanya kelengkapan Human Centrifudge Chamber
yang terletak di Subang dan latihan menggunakan sistem ACMI di Korat, pandangan
saya terhadap keupayaan juruterbang TUDM sudah berubah ke tahap yang tinggi.
42.Kedua-dua sistem ini membolehkan juruterbang TUDM
mengatasi masalah-masalah yang terjadi semasa pertempuran di udara dan membantu
mental serta fizikal mereka bersemi dalam keupayaan pesawat canggih yang
diterbangkan mereka
43.Sebagai contoh, badan manusia boleh tahan tekanan
G sehingga ke tahap 4. Apabila disarung dengan jaket anti G yang dipakai oleh
juruterbang, ia mampu menahan tekanan G di antara 6 hingga ke tahap 9 yang
berlaku disebabkan pergerakan melampau jet pejuang.
44.Kemampuan seseorang juruterbang untuk menahan
tekanan G dalam pergerakan dogfight ini sangat bergantung kepada latihan yang
diterima dalam Human Centrifuge Chamber yang terletak di pengkalan TUDM Subang.
45.Jadi tidaklah pengsan atau pitam juruterbang kita
ketika melakukan manuever-manuever yang ketat semasa “Dogfight”, saya tidak
mahulah mereka terhempas akibat tekanan G
yang melampau kerana saya tahu juruterbang Singapura
mampu menahan sehingga 9G.
46.Saya tidak kata RSAF akan tewas dalam pertempuran
udara dengan TUDM, mereka mempunyai juruterbang yang terhebat, itu sahaja yang
saya boleh saya katakan, The Best in South East Asia jika kita hendak
bandingkan jam penerbangan yang diterima oleh juruterbang RSAF dengan TUDM dan
TNI-AU.
PRE EMPTIVE STRIKE
47.Andai kata berlaku peperangan di antara Malaysia
dengan Singapura, kita akan melihat Singapura menguasai medan tempur termasuk
darat dan udara dalam tempoh 24 jam sebelum ATM mengumpul kekuatan dan meledakkan
pengkalan tentera udara RSAF serta jalan-jalan raya yang boleh menjadi tempat
pesawat mereka mendarat melalui operasi Offensive Counter Air (OCA).
48.Ingat, setiap pesawat harus kembali ke pengkalan,
minyaknya harus diisi semula, senjatanya harus dipasang kembali dan juruterbang
perlu berehat tetapi jika kesemua kemampuan ini diledakkan oleh sistem roket
Astros milik ATM, bagaimana?
49.Soal moral juruterbang juga perlu diambil kira,
jika juruterbang RSAF ditembak jatuh, mereka akan mendarat di bumi musuh dan
kerana itu Singapura memberi tekanan kepada keupayaan Combat Search and Rescue
(CSAR) dan keupayaan ini pernah terbukti apabila hanya tidak sampai beberapa
minit, juruterbang pesawat pengintip RF-5E mereka diselamatkan semasa pesawat
itu jatuh di Johor sekitar tahun 80an dahulu (Bukan setakat juruterbang, filem
dari kamera pesawat itu turut berjaya dibawa lari).
50.Jika kita lihat senario perang Iran-Iraq, pesawat
udara Iran tidak terbang pada hari pertama serangan.
51.Saya yakin atas sebab sebab strategik, TUDM
mungkin tidak mengeluarkan kesemua keupayaanya pada hari pertama memandangkan
jumlah pesawat kita yang sedikit tetapi memadai dengan keperluan pertahanan
negara ini
52.Itu pun boleh ditolak ke tepi kerana jumlah
pesawat TUDM pada hari ini sudah hampir kepada jumlah yang bersesuaian iaitu
lebih kurang 40 buah yang terdiri dari SU30, MIG 29
dan F-18D
53.Malahan terdapat rancangan untuk menambah lagi
jumlah pesawat perang dalam Rancangan Malaysia ke 10 (bermula dari tahun 2011
hingga 2015).
54.Singapura buat masa sekarang mempunyai 400
pesawat, daripada jumlah itu 45 buah pesawat termasuk F-5E dan F-16
dikonfigurasikan untuk tujuan memintas (interceptor) dan lebih kurang 40
pesawat yang terdiri dari F-15 dan F-16D dikonfigurasikan sebagai pesawat
penyerang/pengebom (attack/strike).
55.TUDM tidaklah memandang sepi dengan kekuatan
udara Singapura dan kerana itu, sebahagian pesawat TUDM diletak dalam “hardened
shelter” dan di tempat-tempat yang sulit (kalau ada sesiapa yang tahu, tak yah
lah dok bagitahu dalam ruang komen, kerana ia hanya akan di delete sahaja).
-Shah Paskal-
[Special Articles]
Post a Comment