The Patriots Schedule

The Patriots Schedule

Tuesday, 14 January 2014

PUISI UNTUK RASULULLAH...



Wahai bukit bukau di sekeliling Makkah,
Apakah boleh jika kamu khabarkan,
Bagaimana keadaan pada waktu subuh,
Saat Khatimul Anbiya' lahir ke dunia?

Wahai Jabal Nur dan Gua Hira',
Bolehkah jika kamu ceritakan?
Bagaimana gelap gelitanya malam itu,
Saat mubashshir kekasih Allah menerima wahyu dari Pencipta?

Wahai bukit bukau di sekeliling Madinah,
Bolehkah jua jika kamu ceritakan?
Betapa sedihnya makhluk seluruh alam,
saat utusan terakhir Tuhanmu pergi meninggalkan kita
untuk selama-lamanya?

Seandainya semua bukit dan tumbuhan
Di Tanah Haram bisa berbicara,
Tentulah mereka akan berceritakan,
Saat indah mereka bersama Rasulullah s.a.w
Agar menjadi peringatan buat umat Muhammad yang lain.
Supaya mereka terus berselawat kepada Muhammad yang dicintai
Supaya senang bagi mereka mendapat syafaat manusia kesayangan Allah...

Salam Maulidur Rasul tahun 1435 H kepada seluruh umat Islam yang masih lagi ada rasa sayang dan masih kukuh mengamalkan syariat dan sunnah Nabi Muhammad s.a.w

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


-RAD-

JIKA RASULULLAH...



Dengan izin Allah tiba-tiba muncul mengetuk pintu rumah kita...

Kekasih ini datang dengan senyum seindah matahari pagi, wajah yang bercahaya seindah purnama..raut wajah Baginda bersih tanpa dosa..

Wajah itu tiba tiba muncul di muka pintu rumah kita..

Apa yang akan kita lakukan?

Tentu kita akan sangat bahagia, memeluk Baginda serat-eratnya, menangis terharu, rindu..lantas mempersilahkan Baginda masuk ke ruang tamu kita.

Kemudian kita tentunya akan meminta, memohon dengan deraian air mata gembira, merayu agar Rasulullah sudi menginap beberapa hari di rumah kita.. Kalau boleh selamanya juga tidak mengapa!!

Beliau tentu tersenyum, bangga?

Tapi,

barangkali kita meminta pula Rasulullah menunggu sebentar di depan pintu

karena,

kita teringat .. Oh!! Video x-rated 18sx!! Alamak!!
Laptop dengan tab Running Man, Karaoke Killer Thailand, American Pie, 18.com..

Laptop, DVD semua masih ada tidak ditutup, masih tertayang di ruang tamu rumah dan kita tergesa-gesa memindahkan dahulu Laptop, clear history!! Simpan DVD masuk dalam kotak simpan dalam stor.. TV buka Astro Oasis Tanah Kubur .. Oh bukan Al Hijrah, ada rancangan Fattabioni, bagus..!!

Rasulullah tentu tetap tersenyum…

Atau barangkali kita teringat akan poster Ketty Perry, half naked!! One Direction, alamak besar pulak poster di ruang tamu kita..!!

Poster YB pula lupa nak bukak depan rumah tadi ada, hijau biru semua ada!! Alahai

kita terpaksa juga memindahkannya ke belakang secara tergesa-gesa (nanti kena bakar, takut nanti ketahuan)

Barangkali kita akan memindahkan lafaz Allah dan Muhammad yang ada di tepi dinding dekat dapur ke ruang tamu... Lega!! Alamak, ayat kursi dan ayat 1000 dinar.. Adus paku tak cukup pula!! (Gelabah!!)

Tapi yang pasti Rasulullah tentu akan masih tersenyum menunggu di depan rumah, kerana itulah Rasulullah ..
Tidak pernah Baginda marah kepada sesiapa, lebih lagi ummatnya yang begitu disayangi..

Tiba tiba,
Rasulullah bersedia menginap di rumah kita?

Barangkali kita teringat bahwa kita lebih hafal lagu-lagu Miley Cyrus, Breaking
Ball, Impossible, Aku yang Tersakiti..

Shalawat kepada Rasulullah SAW.. ya Hanana, erk.. Lepas tu?

Barangkali malam nanti bila Rasulullah ajak bersembang, kita menjadi malu bahwa kita tidak mengetahui sedikit pun sejarah Rasulullah SAW karena kita lupa dan lalai mempelajarinya. Sejarah WWI, Jepun ke Tanah Melayu, Karl Marx, Renaissance di Eropah, Illuminati, Freemason, Hidden Hand, ala tu tahu la.. Ish jangan Rasulullah tanya sapa nama sahabat yang dijamin syurga sudah..erk!!

Tak mengapa Rasulullah tentu tersenyum……..

Barangkali kita menjadi malu bahwa kita tidak mengetahui satu pun nama keluarga Rasulullah dan sahabat Baginda, tetapi cair nama siap dengan biodata lengkap artis AF dari AF 1 sampai AF 6 .. Cair!! Pemain bola? Jangan cakap, club mana siap dengan weakness, one by one boleh sebut..

Atau mungkin kita terpaksa harus mengorbankan satu bilik di rumah untuk ruang solat. Atau barangkali kita teringat adik adik, anak anak, anak saudara, sepupu, kakak perempuan di rumah kita tidak memiliki koleksi pakaian yang sesuai untuk berhadapan Rasulullah.

Baginda tentu tersenyum…….

Belum lagi koleksi buku-buku kita. Majalah, komik..Kemana harus buang semua koleksi kita demi menghormati junjungan kita? Barangkali kita menjadi malu diketahui junjungan kita bahwa kita tidak pernah ke masjid diwaktu azan dilaungkan.

tentu tersenyum, Rasulullah tentu tersenyum

Barangkali kita menjadi malu karena pada saat Maghrib keluarga kita sibuk di depan TV.. Mr Arrogant!

Barangkali kita menjadi malu karena kita menghabiskan hampir seluruh waktu kita untuk mencari kesenangan dunia, lupa pula bila last kita beriktikaf kat masjid, bermuzakarah dengan para ulama..

Barangkali kita menjadi malu karena keluarga kita jarang dan sikit menunaikan solat sunat di rumah..

Barangkali kita menjadi malu karena keluarga kita sangat jarang membaca Qur’an.
Barangkali kita menjadi malu bahwa kita tidak mengenal jiran tetangga kita.

Rasulullah akan tetap tersenyum…….

Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah bertanya kita siapa nama tukang sampah MAJLIS DAERAH yang setiap hari lalu di depan rumah kita? Mak cik cleaner dan attendant yang bekerja di pejabat kita, siapa nama, berapa anak anak.. Cukup tidak makan pakai mereka, malam tadi makan atau tidak mereka?

Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah bertanya tentang nama dan alamat siak, bilal, imam, penggali kubur dan tukang mandi mayat masjid di kampung kita.

Betapa dengan senyumam Baginda masih ada di situ……..

Apakah cerita yang ingin kita bincangkan dengan Baginda? Politik Malaysia? Itu tidak adil ini tidak adil, rakyat tertindas, Malaysia negara mungkar.. Atau Malaysia sudah lengkap negara islam, rakyat yang tidak tahu bersyukur.. Atau mahu mengajak Rasulullah berpiket dan berdemo? ..




Jika Rasulullah tiba-tiba muncul di depan rumah kita.

Apa yang akan kita lakukan?

Masihkah kita memeluk Nabi kita dan mempersilahkan baginda masuk dan menginap di rumah kita?

Ataukah akhirnya dengan berat hati, kita akan memberi alasan kepada Rasulullah, atau menelefon Imam masjid supaya menjemput Rasulullah ke rumahnya.. Takut, malu jika ketahuan perangai kita..

Maafkan kami ya Rasulullah…jika begitu wahai saudara,

Masihkah Rasulullah tersenyum?




Gambar: Pokok yang diyakini suatu ketika dahulu pernah menaungi Rasulullah dari panas dalam pengembaraan Baginda keluar meniaga ke Syam..


-Edruce Neutrino-

AYAT PERTAMA YANG DITURUNKAN KE ATAS RASULULLAH

Assalammualaikum dan selamat pagi,

Sempena hari keputeraan Baginda Rasulullah S.A.W (20 April 571 Masehi) 12 Rabiul Awal, hari penghijrahan Rasulullah S.A.W dari kota Makkah ke Kota Madinah (28 Jun 622 Masehi pada 12 Rabiul Awal) dan hari Kewafatan Rasulullah pada 13 Rabiul Awal ( 8 Mei 633 Masehi).

Marilah kita berkongsi akan sifat peribadi mulia Rasulullah sepanjang baginda diangkat sebagai Rasul Allah pada umur 40 tahun dan wafat pada umur 63 tahun. Selama 23 tahun Rasulullah berdakwah demi mentauhidkan Allah yang satu.

12 Rabiul Awal (14/01/2014) -Selasa

Detik-Detik Jibrail merasmikan Muhammad sebagai Rasul ALLAH

Suasana malam Ramdhan yang sunyi dan dalam keheningan malam sedang Rasulullah berkhalwat di Gua Hira, Malaikat Jibrail datang membawa wahyu Allah kepada Muhammad sepertimana Nabi-Nabi terdahulu Nabi Ibrahim A.S, Nabi Musa A.S dan Nabi Isa A.s. Lalu Malaikat Jibrail berkata kepada Muhammad :

"Iqra" Bacalah
"Ma' Aqra" (aku tidak tahu membaca)

Betapa tulus dan rendah hati Baginda mengatakan tidak tahu membaca (buta huruf). Mendengar jawapan itu JIbrail memeluk baginda sehingga Baginda seakan-akan lemas. Lalu Jibrail berkata lagi:

"Iqra" Bacalah
"Ma' Aqra" (aku tidak tahu membaca)

Kemudian Malaikat Jibrail membacakan ayat-ayat Al-Quran yang pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad diikuti dengan bacaan dari Baginda.

Surah Al-Alaq [96:1-5]

"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk)," [96:1]
"Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;" [96:2]
" Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, " [96:3]
"Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan,"[96:4]
"Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya." [96:5]

Betapa pentingnya membaca, dimana pena dan tulisan adalah salah satu penyampaian ilmu kepada umat manusia. Buku-buku yang dicetak semuanya mengandungi tulisan yang mempunyai ilmu-ilmu Allah yang membolehkan manusia untuk berfikir betapa besarnya kekuasaNya. Ayat pertama yang diwahyukan kepada Rasulullah adalah surah Al-Alaq [96] yang menyeru umat Manusia untuk membaca.

Sepertimana kata-kata Nelson Mandela

“Education is the most powerful weapon which you can use to change the world.” - Nelson Mandela


Begitu juga dengan peribadi Dr.Mahathir Mohamad yang suka membaca walau dimana beliau berada. Kerana membaca adalah satu cara untuk menambah ilmu pengetahuan, kerana ilmu Allah itu adalah luas walau digabungkan lautan didunia tidak mampu menandingi Ilmu-ilmu Allah.

RASULULLAH DALAM AGAMA KRISTIAN



Agama Kristian adalah agama yang dipercayai datangnya daripada Jesus. Dalam tradisi umat Islam, Jesus dikenali sebagai Nabi Isa A.S. Meskipun kisah Jesus seakan-akan sama dikongsikan oleh antara penganut Kristian dan Islam, namun mereka berbeza pendapat mengenai siapakah Jesus, bahkan dalam mazhab Kristian pun berbeza pendapat mengenai Jesus.

Kalau pengganut Kristian mengatakan bahawa Jesus itu adalah anak Tuhan, terdapat juga kepercayaan mereka mengenai Trinity di mana Jesus itu adalah salah satu daripada 3 jelmaan Tuhan, iaitu Roh Kudus, Jesus (son), dan Father. Umat Islam percaya bahawa bukannya Isa yang disalib sebaliknya diangkat ke langit dan bakal turun lagi di akhir zaman kelak.

Mahu memperkatakan tentang perkara ini, kita harus melihat dalam kitab Injil yang paling asal, iaitu yang ditulis di dalam bahasa Hebrew. Kita lihat di sini.

"Lalu berkatalah TUHAN kepadaku: Apa yang dikatakan mereka itu baik. Seorang nabi akan Kubangkitkan bagi mereka dari antara keturunan mereka, seperti engkau ini; Aku akan menaruh firman-Ku dalam mulutnya, dan ia akan mengatakan kepada mereka segala yang Kuperintahkan kepadanya. Orang yang tidak mendengarkan segala firman-Ku yang akan diucapkan nabi itu demi nama-Ku, dari padanya akan Kutuntut pertanggungjawaban."
(Bible: Ulangan 18:18)

Dalam ayat di atas, kita mendapati bahawa Tuhan berbicara kepada Musa bahwa Dia akan mengirimkan seorang nabi, yang mirip seperti Musa, yang taat pada Tuhan. Bagi orang-orang yang tidak mengikutinya, maka Tuhan akan meminta dipertanggungjawabkan dari mereka dan balasan akan dikirimkan kepada mereka semua.

Ada yang mengatakan bahawa Nabi yang diperkatakan dalam ayat di atas adalah merujuk kepada Nabi Isa, namun setelah dibuat kajian, sebenarnya tidak ada langsung persamaan antara Nabi Isa dan Musa, padahal diperkatakan bahawa nabi itu adalah saling tak tumpah dan mempunyai ciri-ciri yang menepati apa yang ada pada Musa. Mari kita buat perbandingan di bawah:

1. Nabi Isa dilahirkan tanpa seorang ayah dan ini merupakan sebuah mukjizat, namun Muhammad dan Musa sama-sama mempunyai ayah.

2. Nabi Isa diasuh oleh ibunya, tapi Musa dan Muhammad adalah dibesarkan tanpa ibu dan ayah kandung.

3. Nabi Isa adalah pengikut dan membawa ajaran yang dibawa Nabi Musa, oleh sebab itu pengganut Kristian turut memegang Old Testament yang merupakan kitab Taurat mereka. Tidak seperti Musa membawa hukum baru dan Muhammad S.A.W. juga membawa hukum yang baru.

4. Musa merupakan pemimpin dari kaumnya dan juga seorang nabi. Muhammad juga pemimpin dari kaumnya dan seorang nabi.

5. Musa merupakan keturunan Nabi Ismail. Begitu juga Muhammad yang merupakan keturunan Nabi Ismail.

Tidak cukup dengan itu, ianya turut dipersetujui oleh Dictionary of the Bible. Mereka menafsirkan bahawa Nabi di dalam ayat tersebut merujuk kepada Muhammad. Selepas memberi ulasan bagaimana Musa memimpin Bani Israel dan Yahudi dengan menjadikan bangsa itu mempunyai undnag-undnag, mampu berdiri setelah lama ditindas di Mesir, maka buku tersebut merumuskan seperti berikut:

“Satu-satunya orang dalam sejarah yang bisa dibandingkan dengan Musa adalah Muhammad.” (Collins Dictionary of the Bible)


-HE-

KISAH RASULLULLAH SAW MEMBELAH BULAN



Diceritakan dan diriwayatkan dalam hadis al-Bukhari dan Muslim, juga dalam kitab-kitab hadith yang terkenal lainnya, bahawa sebelum Rasulullah SAW berhijrah, berkumpullah tokoh-tokoh kafir Quraisy, seperti Abu Jahal, Walid bin Mughirah dan Al ‘Ash bin Qail.

Lalu, mereka meminta kepada Nabi Muhammad SAW untuk membelah bulan. Kata mereka, “Seandainya kamu benar-benar seorang Nabi, maka belahlah bulan menjadi dua.”

Rasulullah SAW berkata kepada mereka, “Apakah kalian akan masuk Islam jika aku sanggup melakukannya?”

Mereka menjawab, “Ya.” Lalu Rasulullah SAW berdoa kepada Allah agar bulan terbelah menjadi dua. Rasulullah saw memberi isyarat dengan jarinya, maka bulan pun terbelah menjadi dua. Sambil menyebut nama setiap orang kafir yang hadir, Rasulullah SAW berkata, “Hai Fulan, bersaksilah kamu. Hai Fulan, bersaksilah kamu.”

Demikian jauh jarak belahan bulan itu sehingga gunung Hira nampak berada di antara keduanya. Akan tetapi orang-orang kafir yang hadir berkata, “Ini sihir !” padahal semua orang yang hadir menyaksikan pembelahan bulan tersebut. Akan tetapi, para ahli mengatakan bahawa sihir, memang benar, baginda boleh “menyihir” orang yang ada di sampingnya akan tetapi tidak boleh menyihir orang yang tidak ada di tempat itu. Lalu mereka pun menunggu orang-orang yang akan pulang dari perjalanan.

Orang-orang Quraisy pun bergegas menuju keluar batas kota Mekkah menanti orang yang baru pulang dari perjalanan. Dan ketika datang rombongan yang pertama kali dari perjalanan menuju Mekkah, orang-orang Musyrik pun bertanya, “Apakah kalian melihat sesuatu yang aneh dengan bulan?” Mereka menjawab, “Ya, benar. Pada suatu malam yang lalu, kami melihat bulan terbelah menjadi dua, saling terpisah dua dan kemudian bercantum kembali…”
Maka sebahagian mereka pun beriman, dan sebagian lainnya lagi tetap kafir ingkar.

Disebabkan peristiwa ini, Allah SWT menurunkan ayat Al Qur’an: “Sungguh, telah dekat hari qiamat, dan telah terbelah bulan, dan ketika melihat tanda-tanda kebesaran Kami, merekapun ingkar lagi berpaling seraya berkata, “Ini adalah sihir yang terus-menerus”, dan mereka mendustakannya, bahkan mengikuti hawa nafsu mereka. Dan setiap urusan benar-benar telah tetap… (QS. Al Qomar 54:1-2)

---------------------

Meskipun mereka sudah mendengar kesaksian para musafir, namun mereka tetap tidak mempercayai mukjizat Nabi Muhammad SAW. Malah mereka mengatakan, “Sihir Muhammad telah mencapai langit,” kata orang-orang kafir itu lagi.

Orang-orang kafir itu telah dikunci mata hatinya, meskipun sudah melihat kebenaran yang nyata, akan tetapi masih tidak mengakuinya, dan ingkar.

Inilah kehebatan Rasullullah SAW, baginda tidak pernah sombong, bahkan selalu bersyukur di atas mukjizat yang terjadi. Baginda tetap penuh dengan kasih sayang mendoakan agar orang-orang kafir itu tidak keras kepala dan bersedia mengikuti ajaran yang baginda sampaikan.

NASA TELAH MEMBUKTIKANNYA

Pihak NASA mengesahkan terdapat kesan jalur di bahagian keliling permukaan bulan. NASA telah mengirimkan 3 orang angkasawannya ke bulan untuk melakukan penelitian yang lebih terperinci. Setelah mereka melakukan penelitian, terbukti bahwa bulan pernah terbelah dua. Setelah hasil penelitian ini didedahkan kepada umum, alangkah terkejutnya mereka, apabila diberitahu bahwa kisah bulan terbelah dua ini telah diceritakan oleh Al-Quran kira-kira 1400 tahun yang lalu. Jika kita halusi, Nabi Muhammad SAW pernah menunjukkan mukjizat bulan terbelah dua kepada orang kafir ketika diminta bukti kenabian beliau.

Salam Maulidur Rasul 1435 Hijrah. Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah.

http://alfina30.blogspot.com/2013/06/kisah-nabi-muhammad-saw-membelah-bulan.html
http://kisahislamiah.blogspot.com/2011/10/rasulullah-membelah-bulan.html


-AH-

RASULULLAH DALAM AGAMA BUDDHA



Agama Buddha adalah sebuah agama yang bersifat falsafah yang berasaskan ajaran yang diajarkan Sidartha Gauthama Buddha. Ajaran ini hari ini menjadi salah satu daripada agama yang paling besar dan banyak pengganut agamanya, kira-kira 370 Juta orang.

Tahukah anda bahawa di dalam agama Buddha, di dalam kitab suci yang dibaca oleh pengganut Buddha turut tidak mahu ketinggalan bercerita mengenai siapakah dia Muhammad? Tidak percaya? Saya bawakan anda contoh-contoh yang boleh membuka mata anda.

Di dalam Chakkavatti Sinhnad Suttanta D. 111, 76 ada menyebut yang seperti berikut:

“Akan lahir ke dunia ini seorang Buddha yang dikenali dengan nama Maitreya (baik dan murah hati). Maitreya ini ialah seorang yang suci, seorang yang tertinggi dalam kuasa, yang dikurniakan dengan kebijaksanaan, yang bertuah dan yang mengenali alam ini dan apa yang Maitreya ini dapat daripada alam ghaib beliau akan sebarkan risalah ini keseluruh alam. Maitreya ini akan dakwahkan agama beliau yang agung ini daripada awal hingga keakhir. Buddha berkata bahawa Maitreya ini akan memperkanalkan satu cara hidup yang sempurna dan suci sebagaimana aku (Buddha) memperkenalkan agama aku. Pengikut Maitreya ini lebih ramai daripada pengikut aku (Buddha)”

Perkataan `Maitreya’ di dalam bahasa Sanskrit atau “Metteyya” di dalam bahasa Pali bererti dia yang memiliki sifat kasih sayang, belas kasihan, baik atau murah hati. Ia juga membawa makna seseorang yang pemurah dan mesra.

Kemudian, saya ajak kalian untuk meneliti ayat ini. Daripada Al-Quran:

“Dan tiadalah Kami (Allah) mengutus kamu (Muhammad),melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam.”

Apakah ‘Maitreya’ ini adalah menceritakan mengenai Muhammad? Wallahualam.


-HE-

RASULULLAH DALAM AGAMA HINDU



Muhammad bin Abdullah, satu nama yang sangat sinonim dengan umat Islam. Seorang rasul akhir zaman yang diutuskan kepada sekelian makhluk manusia, sememangnya bukanlah tugas yang mudah buat baginda.

Dalam kita memperkatakan tentang kisah baginda, tahukah kalian bahawa ratusan tahun sebelum diutusnya Muhammad kepada sekelian manusia, kedatangannya diramal oleh kebanyakan agama di dunia? Hindu, Buddha, malah Kristian sendiri menceritakan mengenai kedatangan Muhammad, sebagai penyelamat umat manusia.

Pertama, dalam kita memperkatakan mengenai di manakah wujudnya kisah Muhammad, ramalan mengenai Muhammad di dalam ajaran Hindu, kita harus membuka kitab-kitab kuno yang dikarang ketika ribuan tahun dahulu dalam ajaran Hindu. Pengkaji-pengkaji telah menemui petunjuk-petunjuk ramalan yang membawa kita kepada bahawa sebenarnya ianya meramalkan mengenai kedatangan seseorang.

1.)        Purana

Purana adalah sebuah kompilasi kisah-kisah yang berkaitan dengan zaman hindu yang menceritakan mengenai apa-ap aperistiwa yang berkait dengan ajaran Hindu. Ianya disusun oleh Mahrishi Vyasa, adalah seorang yang amat dihormati di kalangan penganut Hindu sebagai rishi agung dan seorang yang berilmu.

Di dalam Bhawisyapurana, kita dapat melihat di mana mengenai ramalan-ramalan mengenai kedatangan Muhammad. Ramalan yang menyebut nama Nabi Muhammad ditemui di dalam Prati Sarg Parv III: 3,3, Ayat 5. Mereka merujuk Muhammad dengan gelaran Perkataan Malechha bermaksud seorang lelaki yang berasal dari negara asing dan bertutur bahasa asing.

Lihat di ayat di bawah ini:

"Seorang Malechha (dari negara asing dan bertutur dalam bahasa asing) yang merupakan guru kerohanian akan muncul bersama-sama sahabat-sahabatnya. Namanya adalah Mahamad. Setelah Raja (Bhoj) memandikan Mahadev Arab (dengan keperibadian seperti malaikat) ini, dia mempersembahkan kepadanya hadiah sebagai tanda ketaatannya yang ikhlas dan tanda penghormatannya dan berkata:

'Aku patuh kepadamu'

. 'Wahai engkau, kebanggaan manusia, penghuni Arabia. Kau telah mengumpulkan kekuatan yang besar untuk membunuh Syaitan dan kau sendiri telah dilindungi daripada penentang-penentang malechha (penyembah berhala). Wahai engkau, yang merupakan gambar Tuhan Yang Maha Suci, Tuhan yang terbesar, aku adalah hambamu, terimalah aku yang tunduk di kakimu."

"Malechha telah memijak tanah Arabia yang masyhur. Arya Dharma tidak akan ditemui di negara itu. Sebelum itu telah muncul seorang roh jahat yang terseleweng yang telah kubunuh [nota: contohnya Abrahah Al-Ashram, gabenor Yaman yang menyerang Mekah]; dia kini muncul lagi dan dihantar oleh musuh yang gagah. Untuk menunjukkan musuh-musuh ini ke jalan yang benar dan membimbing mereka kepada Mahamad (Muhammad) yang dikenali, yang telah kuberi nama julukan Brahma dan berusaha keras untuk membawa golongan Pishacha ke jalan yang benar.

Wahai Raja! Kau tidak perlu pergi ke negara Pishacha yang tolol, kau akan disucikan melalui kemurahan hatiku di tempat kau diam. Pada waktu malam, dia yang seperti malaikat, manusia yang licik, yang menyamar sebagai Pishacha berkata kepada Raja Bhoj:

"Wahai Raja! Arya Dharma mu telah menang mengatasi agama-agama lain, tetapi menurut perintah 'Ashwar Parmatma (Tuhan, Roh Yang Tinggi), aku akan melaksanakan rukun yang kuat daripada golongan pemakan daging. Pengikut-pengikutku terdiri daripada lelaki yang telah disunatkan, tanpa ekor (di kepalanya), menyimpan janggut, melancarkan revolusi, mengumumkan panggilan sembahyang dan memakan semua yang halal. Dia akan memakan semua jenis binatang kecuali khinzir. Mereka tidak akan mencari kesucian dari pohon suci, tetapi disucikan melalui peperangan. Kerana mereka menentang bangsa-bangsa yang tidak beragama, mereka akan dikenali sebagai Musalman (Muslim). Aku akan menjadi pengasas agama golongan yang memakan daging ini."

(Prati Sarg Parv III: 3,3, Ayat 5)

2.)        Atharva Veda

Kuntap Sukt adalah bahagian-bahagian di bab kedua puluh Atahrva Veda, Ia dibaca setiap tahun dalam sembahyang semasa perhimpunan-perhimpunan besar, dan bila mana korban dipersembahkan. Setiap tahun, tujuh belas pundit berkumpul untuk membaca mantra-mantra ini dengan penuh khusyuk. Kuntap Sukt disebut di dalam beberapa kitab-kitab purba Hindu seperti Aitreya Brahmana, Kaushitki Brahmana, Gopath Brahmana, Shankhayana Shraut Sutar, Ashvlayana Shraut Sutar dan Vaitan Sutar.

Mantera ketiga dalam Kuntap Sukt ada menyebut:

"Dia memberikan kepada Rishi Mamah seratus keping wang emas, sepuluh kalungan, tiga ratus ekor kuda dan seribu ekor lembu."

Menurut Dr Vidyarthi, perkataan akar kepada perkataan Mamah adalah Mah yang bermakna yang disanjung tinggi, dihormati, disegani, dibesarkan dan bertaraf tinggi. Perkataan "Muhammad" di dalam bahasa Arab bermaksud "yang dipuji". Di dalam bahasa Sanskrit, banyak nama-nama Muslim yang digunakan dengan sedikit pengubahsuaian. Contohnya, 'Mahmud' Ghaznavi yang memerintah sebahagian daripada India, dipanggil dengan nama 'Mamud' Ghaznavi. Oleh itu, Mamah adalah sinonim dengan Muhammad apabila makna keseluruhan ayat tersebut dipertimbangkan.

Seratus keping wang emas merujuk kepada sahabat-sahabat awal Nabi Muhammad, yang mana lapan puluh daripada mereka berhijrah ke Habsyah untuk melepaskan diri daripada penindasan yang tidak tertanggung. Di dalam Shatpath Brahmana yang merupakan ulasan yang diwahyukan ke atas Yajur Veda, emas adalah digunakan sebagai metafora untuk kuasa spiritual manusia yang tinggi.

Sepuluh kalungan merujuk kepada sepuluh sahabat Nabi Muhammad yang paling rapat yang diberikan berita gembira mengenai syurga oleh Nabi. Umat Islam mengenali mereka sebagai 'Ashra-i-Mubbashshara'. Mereka adalah Abu Bakar (r.a.) , 'Umar, 'Uthman, 'Ali, Talha, Zubair, 'Abdul Rahman bin Auf, S'adbin Abi Waqqas, S'ad bin Zaid, dan Abu 'Ubaidah (moga Allah memberkati mereka). Mereka adalah orang-orang yang disebut di dalam Veda sebagai Dash ashrijah - 'sepuluh jambangan bunga dari syurga'.

Tiga ratus ekor kuda yang bagus (dari baka Arab) merujuk kepada sahabat-sahabat Nabi Muhammad yang berjuang di Badar. (Bilangannya yang tepat adalah 313, tetapi dalam kebanyakan ramalan angka ini digenapkan). Perkataan Sanskrit Arvah bermakna kuda Arab yang pantas, terutamanya yang digunakan oleh golongan Asura (bukan Arya).

Sepuluh ribu ekor lembu merujuk kepada sepuluh ribu sahabat yang mengiringi Nabi semasa pembukaan Mekah. Perkataan Sanskrit 'go' diterbitkan daripada gaw yang bermakna pergi berperang, dan digunakan bagi kedua-dua kerbau dan lembu. Di dalam Veda, kerbau atau lembu digambarkan sebagai simbol peperangan, keamanan dan persahabatan. Kita dapati kedua-dua sifat ini pada sahabat-sahabat Nabi Muhammad. Mereka adalah manusia yang beriman dan pemurah seperti lembu, dan kuat serta perkasa dalam memastikan keamanan dan keadilan.

3.)        Sama Veda

Di dalam Sama Veda, II:6, 8 kita dapati:

“Ahmad menerima undang-undang agama (Syariah) daripada Tuhannya. Undang-undang agama ini penuh dengan kebijaksanaan. Aku menerima cahaya daripadanya seperti menerima cahaya dari mentari.”

Seperti mana yang kita tahu, Ahmad adalah nama lain untuk merujuk kepada Muhammad.

4.)        Rig Veda

“Pemilik kereta kuda, yang benar dan mencintai kebenaran, yang amat bijaksana, berkuasa dan pemurah, Mamah [Muhammad] telah memilihku dengan kata-katanya. Anak kepada yang Maha Berkuasa, yang memiliki semua sifat-sifat yang mulia, yang mengasihani dunia telah menjadi masyhur dengan sepuluh ribu [sahabat].”

Ini merujuk kepada sepuluh ribu orang sahabat-sahabat Nabi yang menang semasa pembukaan Mekah dan membersihkan Kaabah daripada berhala dan segala kehinaan.

Antara ramalan-ramalan lain dalam kitab Veda dan skrip Hindu yang lain adalah seperti berikut dan boleh dicari oleh para sahabat kita di luar sana. Antaranya ialah di dalam Atharva Veda: (1) XX: 21, Ayat 6, 7 dan 9; (2) XX:137, Ayat 7 - 9; dan (3) X:2, Ayat 26, 27, 28, 29, 30 dan 32. Begitu juga beberapa lagi ramalan ditemui di dalam Rig Veda: (1) VII: 96, Mantra 13 - 16; dan (2) I: 53, ayat 6 dan 9. Akhir sekali, satu ramalan ditemui di dalam Sama Veda III: 10, Ayat 1.

Kredit: Mistis Files

Rujukan untuk artikel ini yang dilakukan oleh penulis asal sebelum diedit:


1. Dr. Vidyarthi. Mohammed in World Scriptures. (1990)

Newer Posts Older Posts Home

Blogger Template by Blogcrowds