The Patriots Schedule

The Patriots Schedule

Friday, 29 November 2013

HUKUMAN YANG MENDIDIK

Ingatkah lagi semasa kita bersekolah dahulu? Kita dirotan di ketuk oleh guru bukan kerana tidak bijak. Tetapi malas dan kadang kala degil dalam membuat sesuatu perkara.

Sekiranya diulang kembali waktu ini mungkin kita akan marah dengan tindakan seseorang itu. Hak asasi akan terpacul dalam minda dan hukuman setimpal atau lebih teruk mahu kita kerjakan kepada mereka yang berbuat demikian.

Begitulah mentaliti masyarakat zaman sekarang tiada hukuman yang boleh dikenakan kepada anak mereka. Hak menghukum katanya biarlah ibu bapa yang membuatnya. Akan tetapi apa bila sesuatu berlaku guru juga menjadi mangsa amarah ibu bapa yang berfikiran sempit ini.

Pernah tak anda terfikir tanpa hukuman yang diberikan dahulu adakah anda berjaya seperti sekarang? Kemarahan yang dipendam kepada guru bertukar menjadi semangat untuk menunjukkan diri anda bijak. Ketakutan terhadap guru menjadikan anda seorang yang lebih berdisiplin.

Kini perkara ini hilang sama sekali. Guru tidak dibenarkan menghukum anak mereka. Apabila anak anak mereka sudah naik taringnya kemudian berlakulah permasalah sosial dan kes kes yang tak dapat masuk dek akal fikirannya.

Masalah sosial yang berlaku akibat kesyumulan anak anak yang tidak dapat dibendung ini diletakkan di atas bahu guru dan kerajaan. Katanya guru tidak pandai mendidik, kerajaan tidak menguatkuasakan undang undang.

Perdebatan demi perdebatan berlaku demi meletakkan kesalahan kepada mereka yang difikirkan bersalah. Walhal mereka yang bertanggungjawab melepaskan tangan dan mengeji mereka yang tidak bersalah.

Seharusnya kita haruslah berganding bahu dalam mengekang masalah ini. Pendidikan yang pertama bermula dari rumah. Sekiranya anda merasakan tugas mendidik itu hanya untuk guru anda akan merasa perit getir tuanya nanti.

Jangan kerana sayangkan anak, kain putih yang suci dicorengkan arang keatasnya. Apa yang dapat hanyalah debu dan kotoran dan bukan warnanya yang indah.


Sekian.


Radin Danial


[General Issues]

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds