KAMI PUN BAYAR 20 SEN!!
Kita jangan jadi seperti pengguna tandas awam yang
tidak bertanggungjawab.
Bayar 20 sen di kaunter sebelum masuk ke dalam
tandas. Masuk pula ke kamar kecil dan melepaskan hajat lalu meninggalkan hasil
buangan begitu sahaja tanpa membasuhnya.
Tiba-tiba ada orang tegur ; "Kenapa tak
flush?". Jawab orang itu ; "Itu bukan masalah aku,Cleaner-lah
bersihkan, aku bayar 20 sen ok!"
Itulah manusia yang kurang akhlaknya. Apa dia ingat
dengan membayar 20 sen itu adalah untuk upah pekerja pembersihan membasuh
najisnya? Ada juga orang yang bayar 20 sen, tetapi membasuh dan meninggalkan
tandas yang digunakan tadi dengan begitu bersih. Oleh itu, bayaran 20 sen itu
untuk apa?
Inilah yang menjadi masalah sebuah negara. Apabila
sudah ramai yang menganggap apa yang dibayar itu perlu mendatangkan pulangan
semula kepada mereka. Kerana itulah kita sering mendengar orang berkata ;
"Aku pun bayar cukai."
Setiap cukai yang dikutip daripada rakyat disebut
WANG RAKYAT. Walaupun ianya wang rakyat tetapi di mana-mana negara mempunyai
satu organisasi yang bertanggungjawab untuk MENGURUSKAN wang rakyat tersebut
yang dipanggil sebagai KERAJAAN.
Menguruskan perbelanjaan negara bukan mudah. Ianya
meliputi banyak aspek dan kadang kala wang yang dikutip daripada pembayar cukai
tidaklah sampai kembali kepada si pembayar cukai tadi. Orang miskin tergolong
dalam kalangan yang tidak perlu membayar cukai, jika diambil daripada formula
asal kita tadi (Aku bayar cukai, maka aku lebih layak dapat bantuan kerajaan)
maka orang miskin/memerlukan TIDAK LAYAK menerima bantuan kerana tidak membayar
cukai. Adakah begitu?
Seorang ADUN DAP di Selangor mempertikaikan Kerajaan
Pusat di Dewan Negeri Selangor dengan mengatakan bahawa negeri Selangor adalah
negeri pembayar cukai terbanyak kepada Kerajaan Pusat, maka negeri Selangor-lah
perlu diberi paling banyak peruntukan berbanding Sabah dan Sarawak. Adakah Adun
ini juga tergolong dalam golongan bayar 20 sen tetapi tak nak basuh najis tadi?
Negeri Sabah dan Sarawak adalah negeri yang besar.
Keluasan negeri Sarawak sahaja sudah hampir sama dengan keluasan semenanjung
Malaysia. Maka kedua-dua negeri ini perlu diberi peruntukan yang lebih besar
untuk menyediakan kemudahan asas seperti jalan raya, air, elektrik dan sistem
pengangkutan bagi memudahkan rakyat di sana hidup dalam keadaan yang lebih
baik.
Mudah-mudahan kedua-dua negeri ini akan meningkatkan
hasil kutipan cukai kepada Kerajaan Pusat apabila taraf ekonomi semakin baik
disebabkan infrastuktur yang disediakan oleh kerajaan. Jika kata Adun DAP tadi
menjadi ukuran, maka jalan raya di Selangor perlu diturap setiap hari (sebab
bayar cukai banyak) dan membiarkan negeri lain papa kedana sebab bayar cukai
yang sedikit berbanding Selangor.
Inilah cara kerajaan menguruskan hasil negara.
Mengagihkan kepada yang memerlukan dan menyelenggara apa yang dah ada. Jika ada
ketirisan, itu kerja individu yang bermasalah, bukan masalah dasar. Pokok
pangkalnya kita harus tahu bagaimana hasil negara diagih-agihkan dan menginsafi
prinsip keadilan (meletakkan sesuatu pada tempatnya) dan bukannya "aku
bayar aku dapat".
Itu cerita orang yang bayar cukai, bagaimana pula
dengan orang yang tak bayar cukai pun tapi macam dia-lah paling banyak bayar
cukai. Ibaratnya, sudahlah masuk tandas awam tak bayar, ditinggalkan najis
tanpa dibasuh lepas tu arah cleaner suruh basuhkan. INI ORANG GILA.
Setiap rakyat mesti bertanggungjawab. Seperti
pengguna tandas awam yang bagus, sudahlah bayar 20 sen, pembersih pula tu.
Mereka bertanggungjawab dengan urusan mereka sendiri. Walaupun membayar cukai,
tetapi kita masih bertanggungjawab untuk menjaga nama baik negara dan
menyumbang kepada pembangunan negara.
Oh ya! Ke mana perginya 20 sen yang kita bayar
sebelum masuk tandas awam tadi? Jawabnya bil air siapa yang nak bayar? Gaji
pekerja pembersihan tadi siapa yang nak bayar? Itulah jawapannya.
Samalah juga gaji kakitangan awam, mereka dibayar
gaji menggunakan wang rakyat. Wang rakyat bukan nak guna untuk APA YANG
DIANGAN-ANGANKAN SAHAJA!
Dalam dunia ini bukan semuanya PERCUMA.
-Jamal Rafaie-
[Current Affairs]
-Jamal Rafaie-
[Current Affairs]
Post a Comment