The Patriots Schedule

The Patriots Schedule

Tuesday, 25 February 2014

10 TABIAT YANG MEROSAKKAN OTAK



1. Tidak mengambil sarapan pagi
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ‘Alzheimer’.

4. Penggunaan gula yang berlebihan
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.


-Radin Danial-

RAHSIA AL-QURAN MENGENAI KEAJAIBAN SAINTIFIK MATAHARI


Dipetik dari surah yang sama dalam Al-Quran, Surah Ar-Rahman (55:5) :

" Matahari dan bulan beredar dengan perhitungan yang tertentu "

Ayat ini berkisarkan tentang PERGERAKAN BULAN DAN MATAHARI SERTA KIRAANNYA. Jadi tidak adil jika saya hanya menerangkan tentang Bulan tetapi tidak menerangkan tentang Matahari kerana kedua-duanya merupakan jasad yang berbeza.

So, let us begin !

Jelas dalam Al-Quran Ayat 5 Surah 55 (Ar-Rahman), Allah menerangkan tentang pergerakan Matahari dan Bulan serta perkiraan tertentu pergerakannya.

Nicolaus Copenicus, seorang ahli astrofizik telah menerangkan tentang kedudukan Matahari sebagai pusat titik lokus Sistem Suria dalam teorinya, Heliocentric Theory. Beliau mendakwa bahawa Matahari adalah STATIK dan tidak bergerak atau berputar.

Namun jangkaannya salah apabila saintis dari NASA mendapati bahawa Matahari juga mempunyai paksi putaran sama seperti Bumi, Bulan dan planet-planet lain. Apabila saintis mengkaji tentang sunspot (titik hitam di permukaan Matahari), mereka mendapati bahawa sunspot tersebut bergerak ke satu arah yang sama. Apabila diperhatikan dalam jangkamasa panjang, saintis tersebut mendapati bahawa permukaan Matahari juga berputar sama seperti permukaan Bumi. Dan setelah dikaji, didapati bahawa paksi putaran Matahari adalah sedikit serong (tilted) sebanyak 7.25° dari paksi tengahnya. Maka teori ini dikenali sebagai Solar Rotation.

Apa yang unik disini adalah, seperti yang diketahui umum, Matahari adalah sebuah bebola GAS yang sangat panas. Matahari terdiri daripada gas Helium dan gas Hydrogen, (dan sedikit gas-gas lain). Jadi mana mungkin Matahari yang bercirikan gas mempunyai kadar putaran yang sama, kerana gas merupakan jasad yang ringan dan mudah dimanipulasikan.

Pendek kata, pergerakan permukaan gas Matahari adalah sama seperti awan di permukaan Bumi, adakah KESEMUA awan bergerak ke satu arah yang sama pada masa yang sama? Sudah tentu tidak. Terdapat awan yang bergerak secara perlahan, ada yang pantas. Dan ada yang kekal, tidak bergerak. Bukan?

Jadi adakah terdapat satu persamaan yang boleh digunakan dalam mengira kadar putaran Matahari yang berubah-ubah? Jawapannya adalah, ya.

Untuk mengira kadar putaran Matahari, saintis perlu mendapatkan data ANGULAR VELOCITY (kelajuan putaran sesuatu dalam bentuk sfera) terlebih dahulu. Setelah mendapat data tersebut, barulah kadar putaran Matahari dapat dihitung.

Berikut adalah persamaan (equation) yang digunapakai dalam mengira kadar putaran Matahari.

ω = A + B sin² (φ) + C sin⁴ (φ)
dimana ω = angular velocity
dan φ = solar latitude

Jadi dengan ini kita boleh simpulkan bahawa Matahari dan Bulan bergerak menggunakan sistem perhitungan yang kompleks. Berbalik kepada Surah Ar-Rahman (55:5), maka benarlah bahawa Matahari dan Bulan bergerak mengikut PERHITUNGAN YANG TERTENTU DAN BERBEZA..

Subhanallah, Sesungguhnya segala Ilmu adalah milik Allah S.W.T..



RUJUKAN :
- Heliocentric Theory
- Sun pathway
- Solar rotation
- Angular velocity
- Solar latitude
- Sun's compositions
- Sunspot



-AC-

CUKUP-CUKUPLAH...



Landskap politik Malaysia yang tidak akan mempunyai titik kesudahan kini digelumangi dengan gerakan-gerakan sosial untuk memboikot barangan Jepun oleh kerana Anwar Ibrahim dihalang kemasukan ke Jepun atas kesalahan korupsi dan liwat beliau.

Perkara ini diterima secara positif oleh golongan-golongan UMNO yang mengatakan “what you give, you get back” selepas Najib Razak dimalukan dengan kenyataan “kangkung” yang pendapat saya tidak sesuai atas kapasiti beliau sebagai perdana menteri.

Apabila kita melihat dengan gelagat Pakatan Rakyat dan kangkung mereka, adakah gelagat sendiri dengan “ultraman” merupakan perkara yang sesuai untuk membezakan mentaliti sendiri dan mereka? Jadi, dimanakah titik perbezaannya? Kalau tiada, ertinya perjuangan kita selama ini adalah TIDAK RELEVAN, kerana mereka dan kita adalah sama.

Akan tetapi, apa yang saya tidak mampu faham adalah bagaimana pihak pembangkang mampu berpendapat bahawa pengaruh kerajaan Malaysia mampu menghalang kemasukan Anwar Ibrahim.

Rasanya cukup-cukuplah dengan politik kepartian yang terlalu teruk dari segi hak asasi manusia berpaksikan kepandaian seseorang. Cukup-cukuplah perjuangan anda untuk meletakkan beliau sebagai perdana menteri, kerana atas kapasiti beliau sebagai pemangku ketua kerajaan ketika Dr Mahathir mengambil cuti dua bulan pun telah digelumangi dengan krisis ekonomi.


-- AFDS --

ORANG JEPUN TERKEJUT DENGAN PENEMUAN TERBARU SEJARAH MELAYU!



[LIKE & SHARE BAGI MENYEBARKAN BERITA GEMBIRA UNTUK BANGSA MELAYU]

Apakah agaknya yang menyebabkan orang Jepun ini terkejut? Yuji Hamada iaitu seorang pengkaji dari Jepun merangkap Konsulat Jeneral kerajaan Jepun di Sumatera berasa sangat terkejut dengan penemuan artifak dan ekofak manusia prasejarah di Tanoh Gayo oleh ahli arkeologi Medan.

Beliau sebenarnya berasa terkejut apabila melawat ke tapak penggalian arkeologi loyang Ujung Karang, daerah Kebayakan, Aceh Tengah. Menurut beliau “Saya baru pertama kali datang ke sini, dan saya sangat terharu melihat bukti kehidupan prasejarah manusia Asia ditemukan di sini,”

Dia lebih takjub apabila mengetahui bahawa kebudayaan prasejarah di Gayo adalah lebih kuno daripada orang Batak, di Sumatera Utara.“Di kawasan Takengon ini ternyata ada bukti kehidupan orang Melayu kuno yang amat luar biasa,” kata beliau yang sebenarnya mempunyai kelulusan akademik dalam bidang antropologi.

Bukti sejarah tersebut, kata dia, harus diketahui dunia. Penemuan Ini bukan sahaja memperkayakan sejarah Indonesia, tetapi dunia khususnya Asia pasifik atau Nusantara, sebab kebanyakan orang Austronesia tersebar di Asia Pasifik termasuk juga Amerika dan Madagaskar.

Tamadun Jepun baru berusia 2.000 tahun sahaja, tetapi kebudayaan prasejarah di tapak tersebut sudah berusia 7.000! Kalau orang JePun sendiri kagum, terharu malah takjub dengan sejarah bangsa kita, mengapa pulak kita terhegeh-hegeh membanggakan diri dengan tamadun barat dan memperlekeh tamadun sendiri?

Ternyata penemuan ini mengukuhkan lagi hujah bahawa masyarakat rumpun Melayu itu berasal dari dataran Sunda atau Asia Tenggara dan bukan bergerak dari Yunnan, Asia Tengah mahupun Taiwan. Bukti penemuan ini juga dapat menangkis tohmahan segelintir pihak yang ‘takut tak bertempat’ yang mengatakan bahawa orang Melayu itu adalah pendatang atau bangsa Melayu itu sebenarnya tidak wujud kerana umum diketahui bahawa masyarakat Gayo yang ada sekarang adalah masyaralat Melayu Proto dan berada dalam rumpun Melayu yang sangat rapat.

Golongan yang sentiasa mahu menggugat sejarah dan ketamadunan Melayu ini harus sedar bahawa betapa banyak pun tohmahan serta kepalsuan yang cuba disebarkan mereka, bukti-bukti saintifik serta arkeologi tidak dapat disanggah mahupun ditolak dengan mudah. Mereka mengatakan bahawa orang Melayu sengaja menyorokkan sejarah sebenar, namun sebaliknya merekalah yang mahu membenamkan sejarah realiti orang Melayu. Sepatutnya mereka menerima kenyataan dan cuba hidup dengan harmoni dan bukan mencari masalah atau mengganggu gugat keharmonian hubungan kaum yang telah diperjuangkan oleh kerajaan sejak merdeka lagi. Sekian.


-Al Semantani-

GELAGAT SANG PENCINTA MEDIA



1. Buka FB scroll down, sedih melihat gelagat rakan-rakan tidak kira tua dan muda yang memberi komen dengan perkataan yang tidak sopan atau tidak rasional keluar dari kotak gelaran makhluk yang diberi nama Manusia

2. Sindir-menyindir dan caci-maki menjadi habit sesetengah masyarakat tidak kira umur, taraf pendidikan, agama dan bangsa. Dahulunya, saya merasakan warga SEBERANG itu kurang sopan kerana selalu menTROLL pemimpin mereka, artis-artis dan rakyat yang tidak bersalah. Kini virus TROLL tersebut merebak dengan cepat melalui media tidak kira dalam bentuk status, komen, gambar, video dsb.

3. Perkataan BABI, BODOH, GILA, BAPAK HANG, KEPALA HOTAK, SIAL, dsb kini menjadi perkataan biasa yang dituturkan warga muda. Mereka menilai perkataan itu sebagai bentuk ucapan yang bersahaja. Sedangkan mereka sendiri menyedari perkataan itu bukan sahaja kasar tapi boleh mendatangkan kemarahan individu yang dituju. Persoalannya inikah golongan yang akan menjadi pelapis pemimpin Negara pada satu ketika nanti. Jika perkataan pun sudah kasar, perlakuan sudah tentu hilang pertimbangan dan sewaktu dengannya.

4. Isu remeh akan dijadikan bahan lawak dan internet bergerak mak jemah akan menjadi agen penyebar berita sensasi membawa berita remeh rather than menyebarkan nota ilmu-ilmu dan Tafsiran Kalam Allah. Jika dibuka video-video klip dan sebagainya, mesti akan ada golongan yang menyebarkan gambar-gambar edit dengan niat meraih sokongan dan memalukan seseorang.

5. Jika ingin memberi komen pilihlah jalan yang sederhana dan rasional untuk dibaca. Jika golongan tua pun memberi komen yang tidak sopan, golongan muda pun akan turut sama menjadi seperti si tua yang rakus menyebarkan ilmu rapuh jika dipijak hancur luluh.

6. Jika melihat golongan yang menyebarkan info salah, perkara yang perlu dilakukan ialah betulkan perkara tersebut dan jangan biarkan sang penulis status hanyut ke laut menyebarkan info salah kepada pembaca. Hanya kerana kita perlu merasakan tanggungjawap untuk melatih masyarakat bukan terletak pada guru-guru, pelatih, pensyarah dan tok guru. Tetapi ianya adalah tanggungjawap bersama untuk mendidik bangsa kita agar menjadi Masyarakat yang berguna.

7. Perbanyakkan bahan bacaan dan carilah info yang sahih ketika berkongsi status, kerana terdapat segelintir golongan yang berpendidikan berkongsi info yang salah/tidak benar. Bagaimana hendak dilabel sebagai orang berpendidikan jika info yang sering diberikan salah. Hanya kerana internet hanya dihujung jari.

Firman Allah Ta'ala,

"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan." (QS. At-Tahrim: 6)

Imam Ath-Thabari dalam tafsirnya tentang ayat ini berkata,

"Wahai orang yang benar keimanannya terhadap Allah dan Rasul-Nya, 'Peliharalah diri kalian,' Hendaklah satu sama lain saling mengajarkan sesuatu yang membuat kalian dapat berlindung dan terhindar dari neraka, yaitu apabila mereka beramal dalam ketaatan kepada Allah. Sedangkan firman-Nya 'Dan (lindungi) keluarga kalian dari neraka.' Maksudnya adalah ajarkan keluarga kalian amal ketaatan kepada Allah yang dapat melindungi mereka dari api neraka.

(Tafsir Ath-Thabari, 28/165)

Wallahualam semoga apa yang ingin saya sampaikan, terdetik dihati sang pembaca.


-Bahynorerama Dp-

ALI DAN ZAMAN FITNAH PERTAMA UMAT ISLAM



Mahu menceritakan mengenai zaman ketika Saidina Ali R.A memimpin empayar Islam sebenarnya agak sukar kerana saya perlu membezakan sumber daripada syiah dan sunnah sebelum menulis mengenai sejarah Ali untuk melengkapkan siri Khulafa Ar-Rashidin sebelum saya sendiri menulis sebuah artikel khas mengenai Khalid Al-Walid.

Bercerita mengenai Ali dalam siri Khulafa Ar-SRashidin agak mencabar kerana sepanjang pemerintahan beliau, beliau terpaksa berdepan dengan konflik yang maha hebat melibatkan konflik terbesar dalam sejarah umat Islam sehingga mengakibatkan Perang Siffin.

Kalau dalam siri yang lepas, kita mempelajari sesuatu terjadi pada pemerintahan Uthman di mana Saidina Uthman telah difitnah dan khabar angin itu mengakibatkan rumah Uthman telah dikepung oleh mereka yang termakan hasutan seorang yang kemudiannya diangkat sebagai hero dalam agama Syiah.

Namun, berita pembunuhan Uthman inilah yang menjadi batu loncatan kepada satu krisis yang kemudian akan diingati oleh kita sebagai perang saudara pertama dalam sejarah umat Islam.

ALI MENJADI KHALIFAH

Ketika kewatafan Uthman, maka pemilihan untuk menjadi pewaris kepada empayar Islam mula dilakukan oleh umat Islam ketika itu. Antara nama yang menjadi sebutan adalah Ali sendiri, diikuti oleh Talhah dan Zubair. Pemberontak yang menyeru Uthman turun draipada takhta adalah orang pertama yang menghampiri Ali lalu menyuruh beliau menjadi pengganti khalifah.

Namun, Ali menolak tawaran tersebut kerana ianya datang daripada pemberontak Uthman sedangkan Ali antara orang yang mempertahankan Uthman. Talhah dan Zubair juga antara orang yang menolak tawaran pemberontak untuk menjadi khalifah.

Maka, para pemberontak pun memberi amaran kepada penduduk Madinah utnuk melantik pengganti Uthman ataupun tindakan drastic akan diambil oleh mereka. Maka, berkumpulah penduduk Islam Madinah di Masjid Nabawi untuk membincangkan mengenai perlantikan khalifah seterusnya. Nama Ali sekai lagi dibangkitkan namun Ali menolak atas alasan yang sama namun atas kerana ada antara mereka kaum kerbaat terdekat nabi Muhammad S.A.W yang menyurh Ali melantik jawatan khalifah, maka Ali akhirnya terpaksa akur.

PERANG JAMAL

Pada 657, setahun selepas perlantikan Ali sebagai khalifah, bait-bait ketidakpuasan hati mula lahir di kalangan umat Islam apabila Ali dilihat tidak mengambil tindakan ke atas pembunuh Uthman menyebabkan ramai umat Islam ketika itu yang mula merasakan ada ketidakadilan yang berlaku pada pemerintahan Ali.

Maka, diceritakan dalam sejarah di mana ketidakpuasan hati terutama Bani Umaiyyah dan juga beberapa orang tokoh besar seperti, Talhah, Zubair dan Aisyah R.A terhadapa apa yang dilakukan Ali. Maka dikumpulkan pasukan askar untuk yang sangat besar di Basrah untuk bertempur dengan Khalifah Ali.

Maka akibat daripada hsutan daripada pihak ketiga, maka timbulah salah faham dari kedua-dua belah pihak di mana barisan askar dikumpulkan oleh pihak masing-masing. Pihak Talhah, Zubair dan Aisyah mempunyai 20, 000 orang askar manakala di pihak Ali pula mempunyai 30, 000 orang.

Apabila berada di medan tempur, Ali merasakan bahawa apa yang berlaku sudah melebihi sempadan seperti yang diajarkan oleh Rasulullah maka Ali yang mahu menghentikan apa yang berlaku lantas berteriak kepada lawannya.

“Tidakkah kalian ingat waktu kita bersama dahulu dengan Rasulullah melawan tentera kafir?”

Diceritakan bahawa Zubair dan Talhah menarik diri daripada medan perang tersebut sebaik sahaja mendengarkan ingatana Ali itu namun perang dikatakan tetap berlaku kerana masih ada beberapa pihak yang tidak puas hati dengan Ali. Diceritakan bahawa perang itu tamat hanya apabila unta yang dinaiki oleh Saiditina Aishah terkena tusukan lembing.

PERANG SIFIIN

Perang Sifiin dikatakan berlaku apabila Muawiyah , gabenor Syria ketika itu tidak mahu berbaiah kepada Ali atas beberapa sebab antaranya ialah lambat tindakan dari Ali ke atas pembunuhan Uthman.

Namun, hakikatnya bukan begitu. Saidina Ali bukanlah tidak mahu bertindak, tetapi beliau membuat keputusan dengan fikiran bahawa tindakan yang akan diambil tidak boleh dilakukan dengan tergesa-gesa dan ijtihadnya ini bersandarkan kepada sabda Rasulullah SAW yang berbunyi :

“Gopoh-gapah (tergesa-gesa) itu dari syaitan, dan tenang itu dari Allah”.

Dalam situasi yang sama, terdapat pihak yang berjumpa dengan Muawyiah di Syiria. Mereka bertanyakan kenapa Muawiyah tidka mahu berbaiah kepada Ali. Maka jawabnya Muawiyah di mana dia berpegang kepada ihtijad di mana apa yang berlaku kepada Uthman haruslah diselesaikan melalui Qisas.

Kemudian, khabar angin Muawiyah tidka mahu berbaiah kepada Ali pun tersebar ke pengetahuan Ali membuatkan Ali membawa 150 000 orang askar untuk memerangi Muwaiyah. Mendengarkan bala askar daripada Ali, maka Muawiyah pun mengerahkan askarnya.

Perang pun meletuslah sehinggalah pihak Muawiyah mengangkat Al-Quran sebagai lambang kepada agar kedua-dua pihak menarik tentera mereka kerana perang sudha meletus namun pengakhirannya tidak langsung kelihatan.

"Undang-undang Tuhan! Ini akan memutuskan di antara kita!" Dengan ini ia bermaksud kedua-dua pihak hendaklah berhenti bertempur dan menyelesaikan pertelingkahan dengan perundingan aman di bawah tatatertib Islam.

MAJLIS TAHKIM

Diceritakan apabila masing-masing sudha mengangkat senjata, maka peperangan pun berhenti di situ dan pihak masing-masing mengutuskan wakil mereka untuk proses rundingan dan daripada pihak Ali, diutuskannya Abu Musa Al-Ansyari dan daripada pihak Muawiyah pula dihantarnya Amru bin Ash.

Proses rundingamn Majlid Tahkim ini dijelaskan dengan ringkas dan terperinci dalam sahih Bukhari di mana dicatatkan seperti berikut:

“Setelah Muawiyah r.a (yakni setelah Muawiyah r.a menjadi Khalifah) memecat Amru bin al-As r.a daripada jawatan gabenor Mesir, Amru bin al-As r.a telah membina fustat (khemah tempat tinggal) beliau berdekatan dengan fustat Muawiyah r.a dan selalu duduk di khemahnya itu, lalu Muawiyah r.a telah mengutusku kepadanya dan berkata:

‘Pergilah kamu kepadanya dan beritahu kepadanya telah sampai kepadaku sesuatu yang aku tidak suka berkenaannya, tanya kepadanya berkenaan peristiwa ketika dia berkumpul dengan Abu Musa al-Asy’ari (Tahkim) bagaimana mereka lakukan?’

Maka aku pergi kepadanya dan berkata: ‘Ceritakanlah kepadaku bagaimana sebenarnya yang berlaku pada hari kamu berjumpa dengan Abu Musa al-Asy’ari?’

Kata beliau: ‘Manusia telah bercerita dengan pelbagai cerita tetapi apa yang mereka ceritakan itu bukanlah yang sebenarnya demi Allah, tetapi apabila aku telah bertemu dengan Abu Musa aku berkata kepada beliau: Apakah pendapat kamu berkenaan perkara ini?

Kata Abu Musa: Aku lihat perkara ini (pertlingkahan) berlaku antara kaum yang telah diredai Rasulullah s.a.w ketika baginda wafat. Kataku: Bagaimana pendapat kamu mengenai aku dan Muawiyah?

Kata Abu Musa: Jika dia (Ali r.a) meminta bantuan kamu berdua maka kamu berdua perlu menolongnya namun jika dia tidak meminta bantuan kamu maka demikianlah urusan Allah pada kamu berdua”.

KESIMPULAN

Prsoes rundingan itu walaupun berjalan seperti tidak diharapkan, tetapi ianya jelas membuktikan di sini perbalahan yang berlaku bukanlah kerana Muawiyah mahukan kuasa tetapi sesungguhnya ianya berlaku kerana perbalahan ke atas ihtijad yang digunakan oleh kedua-dua orang sahabat nabi ITU.

Muawiyah mahukan keadilan ke atas kewafatan Uthman manakala Ali pula mengatakan bahawa proses pengadilan harus diadili secermat mungkin agar tidak timbul kesilapan dalam pengadilan.

Hasil daripada perundingan ini juga, Muawiyah kekal dengan memerintah Syria dan Mesir manakala Ali memerintah empayar Islam yang selebihnya. Walaupun pemerintahaan Ali tidak lama kemudiannya akibat di bunuh oleh pihak khawarij, namun persengkataan itu tamat apabila bangkitnya dinasti Umayyah.


-HE-

KAPAL-KAPAL MELAYU


Lukisan di bawah adalah lukisan yang dilukiskan oleh Godinho di Eredia yang menggambarkan bagaimana kapal-kapal Melayu Achech sedang berperang dengan Portugis.

Lukisan di bawah menggambarkan bagaimana kapal-kapal Galleon Melayu yang berjumlah 5 buah melancarkan tembakan meriam melawan kapal Luis Monteiro Coutinho.

Untuk mengalahkan armada Portugis di Selat Melaka, orang Melayu mendapati jong besar mereka bukanlah lawan untuk melawan Galleon yang dibawa oleh Portugis.

Lantas, orang Melayu telah membina galleon yang lebih kecil daripada galleon Portugis, tetapi lebih pantas dan ini menyebabkan penguasaan Portugis di Selat Melaka terbatas apabila mereka tidak lagi mampu berbuat sesuka hati di Selat Melaka sebaliknya hanya mampu bertahan dan melihat dari jauh bagaimana Johor dan Acheh untuk berkongsi laluan terhangat dang paling sibuk di dunia itu.

Bayangkan situasi pertempuran kapal Melayu dan Portugis itu laksana dalam filem Pirate Of The Carribean dan anda akan dapat merasakan betapa hebatnya kita dulu.

Terus, kenapa kita digambarkan sehina-hina ciptaan oleh buku teks sejarah? Melayu dulu hebat...


-HE-

Newer Posts Older Posts Home

Blogger Template by Blogcrowds