The Patriots Schedule

The Patriots Schedule

Friday 29 November 2013

BERTEMPATKAH MALU ITU?



Penulis ingin membawa pembaca kepada beberapa situasi, selepas itu tanya kepada diri sendiri apa yang kalian rasai.

Melangkah ke dalam kenderaan awam,semua berasak-asak mencari tempat duduk. Setelah selesa mendapat tempat,terlihat seorang mak cik tua memasuki bas atau keretapi. Berapa lama kita mengambil masa untuk berfikir untuk memberikan tempat duduk kita kepada orang yang lebih memerlukan?

`Baik sangat ke aku ni?`

`Skemalah.`

`Nasiblah mak cik tu. Ini dunia sekarang. Siapa cepat dia dapat. `

Perkara kecil yang sering dipandang ringan oleh hampir semua orang. Terutama golongan muda! Golongan yang akan menjadi bakal-bakal bapa,ibu, professional ,ahli masyarakat dan yang paling penting berperanan untuk menguruskan negara pada masa akan datang.
Ramai rakyat Malaysia yang `malu memperbetulkan perkara yang biasa dan membiasakan perkara yang betul`.

Bertempatkah rasa malu ini?

Jika semua pembaca penulisan ini berubah selepas ini. Sebelum keluar rumah, meletakkan satu niat dalam diri. Aku mahu menjadi seorang yang bertindak secara betul,pada keadaan dan waktu yang betul.

Menyentuh tentang adab dan kesopanan pastinya tiada sempadan agama. Kita ada perasaan kemanusiaan untuk melakukan semua ini.Maka jangan hilangkan nilai kemanusiaan yang ada dalam diri kita sebaliknya terus menerus suburkannya.

Ayuh remaja, usah lagi malu tidak bertempat! Saya akhiri penulisan ini dengan satu kata-kata yang mungkin boleh menjadi teguran buat kita.

What is stupid? Knowing the truth, seeing the truth , but still believing the lies.


And I believe you are not stupid!


Hanim Norlaila


[General Issues]

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds