The Patriots Schedule

The Patriots Schedule

Saturday 30 November 2013

KAMI PUN BAYAR 20 SEN!!



Kita jangan jadi seperti pengguna tandas awam yang tidak bertanggungjawab.

Bayar 20 sen di kaunter sebelum masuk ke dalam tandas. Masuk pula ke kamar kecil dan melepaskan hajat lalu meninggalkan hasil buangan begitu sahaja tanpa membasuhnya.

Tiba-tiba ada orang tegur ; "Kenapa tak flush?". Jawab orang itu ; "Itu bukan masalah aku,Cleaner-lah bersihkan, aku bayar 20 sen ok!"

Itulah manusia yang kurang akhlaknya. Apa dia ingat dengan membayar 20 sen itu adalah untuk upah pekerja pembersihan membasuh najisnya? Ada juga orang yang bayar 20 sen, tetapi membasuh dan meninggalkan tandas yang digunakan tadi dengan begitu bersih. Oleh itu, bayaran 20 sen itu untuk apa?

Inilah yang menjadi masalah sebuah negara. Apabila sudah ramai yang menganggap apa yang dibayar itu perlu mendatangkan pulangan semula kepada mereka. Kerana itulah kita sering mendengar orang berkata ; "Aku pun bayar cukai."

Setiap cukai yang dikutip daripada rakyat disebut WANG RAKYAT. Walaupun ianya wang rakyat tetapi di mana-mana negara mempunyai satu organisasi yang bertanggungjawab untuk MENGURUSKAN wang rakyat tersebut yang dipanggil sebagai KERAJAAN.

Menguruskan perbelanjaan negara bukan mudah. Ianya meliputi banyak aspek dan kadang kala wang yang dikutip daripada pembayar cukai tidaklah sampai kembali kepada si pembayar cukai tadi. Orang miskin tergolong dalam kalangan yang tidak perlu membayar cukai, jika diambil daripada formula asal kita tadi (Aku bayar cukai, maka aku lebih layak dapat bantuan kerajaan) maka orang miskin/memerlukan TIDAK LAYAK menerima bantuan kerana tidak membayar cukai. Adakah begitu?

Seorang ADUN DAP di Selangor mempertikaikan Kerajaan Pusat di Dewan Negeri Selangor dengan mengatakan bahawa negeri Selangor adalah negeri pembayar cukai terbanyak kepada Kerajaan Pusat, maka negeri Selangor-lah perlu diberi paling banyak peruntukan berbanding Sabah dan Sarawak. Adakah Adun ini juga tergolong dalam golongan bayar 20 sen tetapi tak nak basuh najis tadi?

Negeri Sabah dan Sarawak adalah negeri yang besar. Keluasan negeri Sarawak sahaja sudah hampir sama dengan keluasan semenanjung Malaysia. Maka kedua-dua negeri ini perlu diberi peruntukan yang lebih besar untuk menyediakan kemudahan asas seperti jalan raya, air, elektrik dan sistem pengangkutan bagi memudahkan rakyat di sana hidup dalam keadaan yang lebih baik.

Mudah-mudahan kedua-dua negeri ini akan meningkatkan hasil kutipan cukai kepada Kerajaan Pusat apabila taraf ekonomi semakin baik disebabkan infrastuktur yang disediakan oleh kerajaan. Jika kata Adun DAP tadi menjadi ukuran, maka jalan raya di Selangor perlu diturap setiap hari (sebab bayar cukai banyak) dan membiarkan negeri lain papa kedana sebab bayar cukai yang sedikit berbanding Selangor.

Inilah cara kerajaan menguruskan hasil negara. Mengagihkan kepada yang memerlukan dan menyelenggara apa yang dah ada. Jika ada ketirisan, itu kerja individu yang bermasalah, bukan masalah dasar. Pokok pangkalnya kita harus tahu bagaimana hasil negara diagih-agihkan dan menginsafi prinsip keadilan (meletakkan sesuatu pada tempatnya) dan bukannya "aku bayar aku dapat".

Itu cerita orang yang bayar cukai, bagaimana pula dengan orang yang tak bayar cukai pun tapi macam dia-lah paling banyak bayar cukai. Ibaratnya, sudahlah masuk tandas awam tak bayar, ditinggalkan najis tanpa dibasuh lepas tu arah cleaner suruh basuhkan. INI ORANG GILA.

Setiap rakyat mesti bertanggungjawab. Seperti pengguna tandas awam yang bagus, sudahlah bayar 20 sen, pembersih pula tu. Mereka bertanggungjawab dengan urusan mereka sendiri. Walaupun membayar cukai, tetapi kita masih bertanggungjawab untuk menjaga nama baik negara dan menyumbang kepada pembangunan negara.

Oh ya! Ke mana perginya 20 sen yang kita bayar sebelum masuk tandas awam tadi? Jawabnya bil air siapa yang nak bayar? Gaji pekerja pembersihan tadi siapa yang nak bayar? Itulah jawapannya.

Samalah juga gaji kakitangan awam, mereka dibayar gaji menggunakan wang rakyat. Wang rakyat bukan nak guna untuk APA YANG DIANGAN-ANGANKAN SAHAJA!


Dalam dunia ini bukan semuanya PERCUMA.


-Jamal Rafaie-


[Current Affairs]

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds