The Patriots Schedule

The Patriots Schedule

Friday 29 November 2013

CUKAI : ADAKAH SUMBER LAIN PENDAPATAN NEGARA

Memetik dari ucapan Y.Bhg Perdana Menteri kita

"Jika anda tidak membayar cukai, anda adalah pengkianat negara sebenarnya"

Mari kita perhalusi ucapan beliau, apa yang hendak disampaikan ialah untuk menggalakkan rakyat untuk membayar cukai agar pelan pelan kerajaan dapat dijalankan menggunakan duit tersebut

tidak dinafikan sumber kewangan kerajaan bukan sahaja dari pembayaran cukai, sumber kewangan juga datang kerajaan tempatan iaitu:


1. Hasil yang dikutip oleh Perbandaran yang ditubuhkan di bawah Ordinan
Perbandaran

2. Hasil daripada Majlis-majlis Bandaran, majlis tempatan dan Pihak
Berkuasa Tempatan

3. Terimaan-terimaan mengenai bekalan air

4. Sewa-sewa harta negeri

5. Faedah ke atas baki wang negeri

6. Hasil jualan tanah dan harta negeri


Segala hasil atau wang yang didapatkan atau diterima dengan apa cara pun oleh Persekutuan atau sesuatu negeri yang dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan

i- Kumpulan Wang Disatukan (Persekutuan)
ii- Kumpulan Wang Disatukan (Negeri)

dan ini menjadi sumber kewangan terhadap sesuatu kerajaan.

Kita bayangkan kerajaan itu sebagai satu syarikat, cukai itu adalah saham, rakyat adalah pemegang saham dan menteri merupakan CEO yang bertanggungjawab menguruskan saham-saham terbabit.

Seharusnya CEO yang bertanggungjawab dalam menguruskan perbelanjaan dengan cermat agar syarikat yang dibawa boleh maju. tetapi apa yang berlaku ialah CEO tersebut boros dan pemegang saham ditekankan agar memberikan lagi saham baru.

Rasanya tiada rakyat Malaysia merupakan pengkianat negara kerana anda telah membayar cukai melalui pelbagai cara. Makanan, kereta, barangan dan sebagainya (anda boleh tambah) tetapi apa yang perlu di tegur ialah para pemimpin kini yang menghabiskan wang negara demi kepentingan diri.

Para menteri haruslah bijak bukan sahaja menguturkata tetapi bijak dalam membuat segala keputusan.



Majulah Rakyat Untuk Negara.


Radin Danial


[Economy and Business]

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds