The Patriots Schedule

The Patriots Schedule

Friday 29 November 2013

PERJUANGAN NASIONALIS PRA MERDEKA



Mungkin ramai generasi muda hari ini kurang mengetahui bagaimana perjuangan nasionalis di kalangan orang Melayu di zaman pra merdeka bermula.

Percayakah anda ia bermula dari persatuan sahabat pena (seperti berfacebook sekarang), kemudian ia berkembang membentuk persatuan-persatuan Melayu di negeri-negeri di dalam Malaya ketika itu. Kemudian sekumpulan penulis yang berpusat di Maktab Perguruan Tanjung Malim menggerakkan usaha hingga membentuk Angkatan Sasterawan 50, yang menghasilkan karya penulisan dan meniupkan semangat nasionalis dikalangan rakyat. Antara nama-nama besar yang terlibat ketika itu antaranya A.Samad Ismail, Ishak Hj Muhamad, Syed Sheikh Al Hadi dan ramai lagi .

Berasal dari persatuan sahabat pena terbentuklah persatuan-persatuan Melayu di negeri-negeri antaranya :

Kesatuan Melayu Singapura (1926)
Peneraju: Muhamad Eunos Abdullah, Tengku Abdul Kadir, Bumbuk Suluh.

Persatuan Melayu Pulau Pinang (1927).

Persatuan sahabat pena Malaya (1934)

Persatuan Melayu Miri (1936)

Persatuan Melayu Perak (1937)

Persatuan Melayu Selangor (1938)

Persatuan Melayu N.Sembilan (1938)

Persatuan Melayu Pahang (1938)

Akhirnya persatuan-persatuan Melayu ini bermesyuarat di istana Johor dan terbentuklah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), yang diterajui oleh Dato Onn Jaafar ketika itu.

Penubuhan The Patriots mengingatkan saya kepada apa yang berlaku di zaman silam ketika itu. Mungkinkah The Patriots akan menjadi peneraju kebangkitan minda generasi muda hari ini? Sama-sama kita nantikan.




Gambar: salah satu mesyuarat Persatuan Melayu Pulau Pinang yang diadakan di Bukit Mertajam Pulau Pinang pada tahun 1930an.


Mohd Salleh Mazhuki


[Chronicles of Malaysia]

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds