The Patriots Schedule

The Patriots Schedule

Sunday 29 December 2013

APA ITU GST?






Tahukah anda bahawa dengan SST barang-barang akan menjadi lebih mahal? Memperkenalkan GST adalah mewujudkan sistem percukaian lebih efektif, efisyen, telus, mesra peniaga dan berkemampuan menjana suatu hasil yang stabi?
Beginilah, kalau saudara masih belum faham mengenai GST, biar saya jelaskan.

Kadar cukai GST terdiri daripada tiga kategori iaitu:

- Brkadar seragam
- Berkadar sifar
- Barangan yang dikecualikan daripada GST

Bagi barangan dan perkhidmatan yang berkadar sifar, peniaga dibenarkan menuntut kembali GST yang dikenakan ke atas input perniagaan, manakala bagi barangan dan perkhidmatan yang dikecualikan daripada GST, peniaga tidak dibenarkan menuntut kembali GST yang dibayar ke atas input perniagaan.
Bagi GST yang berkadar seragam, kaedah pelaksanaannya adalah seperti berikut:

Sebagai contoh, pengilang menjual produk kepada pemborong dengan harga RM100. Jika GST sebanyak 4% dikenakan bermakna kos belianadalah RM104 dengan mengambil kira GST yang dikenakan adalah sebanyak RM4.00. Pemborong pula akan menjual kepada peruncit dengan harga RM125.00 sekiranya meletakkan margin keuntungan sebanyak RM25.00.

Jika GST 4% dikenakan, maka kadar GST adalah sebanyak RM5.00, oleh itu harga jualan oleh pemborong ialah RM130.00. Oleh kerana GST yang dikenakan kepada pemborong sebanyak RM4.00 boleh dituntut kembali manakala GST yang dikenakan di peringkat ini adalah sebanyak RM5.00, maka nilai bersih GST yang diperolehi hanyalah RM1.00. Daripada contoh ini didapati, nilai ditambah yang terbit daripada aktiviti antara pengilang dengan pemborong adalah RM25.00. Berdasarkan kadar GST yang dikenakan sebanyak 4%, maka GST ke atas nilai ditambah ini adalah RM1.00. Oleh sebab itulah kaedah percukaian ini juga dikenali sebagai cukai nilai ditambah (value added tax) iaitu jumlah GST yang dapat dikutip akan bersamaan dengan peratusan cukai ke atas nilai ditambah.

GST juga merupakan cukai yang berkesan kerana ia dikutip disetiap peringkat. Sebagai contoh, diperingkat pengilang GST yang dikutip ialah RM4.00 sekiranya kadar GST yang dikenakan sebanyak 4%. Sekiranya pemborong mengenakan margin keuntungan sebanyak 20%, nilai barangan tersebut ialah RM120.00. Jika GST dikenakan sebanyak 4%, maka jumlah GST ialah RM4.80.

Oleh sebab pemborong akan menuntut kembali GST sebanyak RM4.00, maka nilai bersih GST yang dapat dipungut ialah sebanyak RM0.80 (RM4.80 dan RM4.00). Sekiranya peruncit pula mengenakan margin keuntungan sebanyak 30%, maka nilai barangan tersebut menjadi RM156.00. Jika GST dikenakan sebanyak 4%, maka jumlah GST yang dikenakan ialah sebanyak RM6.24. Oleh sebab GST yang dikenakan kepada peruncit sebanyak RM4.80 akan dituntut, maka nilai bersih GST yang dapat dikutip ialah sebanyak RM1.44 (RM6.24 /RM4.80).

Oleh itu, pada setiap peringkat pengedaran akan terdapat cukai GST yang akan dikutip oleh Kerajaan menjadikan kaedah ini lebih berkesan. Dalam kaedah SST, walaupun peniaga mengenakan cukai jualan namun berlaku masalah ketirisan kerana ia tidak dapat dikutip oleh Kerajaan. Sebagai contoh, pengilang dikenakan cukai jualan sebanyak 10%. Jika kos produk adalah sebanyak RM100.00, maka jumlah cukai yang dikutip ialah sebanyak RM10.00. Di peringkat pemborong, sekiranya dimasukkan margin keuntungan
sebanyak 20%, bermakna kos produk kini ialah RM132.00(RM110.00 + RM22.00).

Oleh itu dalam kes ini terdapat elemen cukai sebanyak RM10.00 yang diambil kira dalam margin keuntungan (20%) iaitu sebanyak RM2.00 namun tidak dapat dikutip oleh Kerajaan. Jika diambil kira peringkat pengedaran seterusnya maka akan bertambah jumlah cukai yang tidak dikutip oleh Kerajan. Ini merupakan antara kelemahan kaedah SST berbanding dengan kaedah GST yang lebih cekap, telus dan berkesan. Oleh itu pelaksanaan GST akan memberikan kesan positif kepada sektor industri dan ekonomi Negara secara keseluruhannya. GST tidak akan memberikan bebanan kepada pengguna kerana ia menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan sedia ada yang kini dikenakan sebanyak antara 5% hingga 10%. GST merupakan langkah kehadapan bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah
negara maju.

GST merupakan cukai kepenggunaan yang dikenakan pada setiap peringkat pengagihan dan pengedaran. Peniaga pula dibenarkan menuntut kembali GST yang dibayar ke atas input.Oleh sebab GST menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan sedia ada, maka pelaksanaan GST dijangka tidak akan menyebabkan berlakunya kenaikan harga barangan dan perkhidmatan, melainkan jika kadar cukai yang dikenakan adalah lebih tinggi daripada kadar cukai jualan dan perkhidmatan yang dikenakan pada masa ini.

Penegasan saya, perlaksanaan GST tak akan menyebabkan kenaikkan harga barang. Harga barang bersubsidi, harga barang terkawal, harga makanan asas, tak akan naik. Kalau sekarang beli gula sekilo RM2.50, ianya tetap 2.50 walaupon GST di laksanakan.

-HE-

[Segmen Economy & Business]

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds