The Patriots Schedule

The Patriots Schedule

Sunday 29 December 2013

FENOMENA SELEPAS PRU 13





Sejurus selepas Pilihanraya Umum ke 13, dilihat telah bermula perlumbaan kalangan adun-adun menaikkan gaji dan elaun masing-masing. Bermula dengan negeri Sarawak….

Kenaikan Gaji, Elaun Adun Sarawak?

1.Ketua Menteri naik RM13,000 kepada RM39,000
2.Timbalan Ketua Menteri, RM11,500 kepada RM35,000
3.Menteri kanan dan speaker DUN RM9,000 kepada RM30,000
4.Menteri, RM9,000 kepada RM27,000
5.Pembantu menteri dan timbalan speaker, RM7,000 kepada RM21,000
6.Anggota dewan undangan negeri, RM4,500 kepada RM15,000
7.Setiausaha politik, RM3,000 kepada RM9,000

Kenaikan Gaji, Elaun Adun Pulau Pinang?

Kemudian dijangka negeri Pulau Pinang akan memberikan kenaikangaji kepada 40 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN)

◾ADUN negeri itu kini mendapat gaji pokok RM4,112.79 + elaun tetap RM2,000. Elaun tetap termasuk RM500 (elaun khas), RM500 (hiburan), RM400 (pengangkutan) dan RM600 (pemandu).
◾ADUN akan menikmati gaji baru RM6,000 dan elaun RM5,500, menjadikannya RM11,500 untuk setiap seorang.

Kenaikan Elaun Aduan Perak

◾Kenaikan elaun saraan Adun daripada RM4,112.79 kepada RM6,000 sebulan

Kenaikan Gaji + Elaun Negeri Selangor

1.Gaji Menteri Besar dinaikkan daripada RM14,175.15 kepada RM29,250
2.Anggota Exco kerajaan negeri dari RM6,109.29 kepada RM20,250
3.Speaker DUN dari RM6,109.29 kepada RM22,500
4.Timbalan Speaker dari RM3,327.50 kepada RM15,750
5.ADUN dari RM6,000 kepada RM11,250
6.Anwar Ibrahim? Dicanang di seluruh ceramah politik yang dihadirinya beliau hanya ditawarkan elaun RM1? Tetapi untuk setahun rupanya, perbendaharaan negeri Selangor telah menyalurkan peruntukkan dana kepada pejabat penasihat ekonomi pada tahun 2013 sebanyak RM150,000.

Kenaikan Gaji + Elaun Adun Johor

◾Kenaikan gaji Kerajaan Negeri Johor sedang mempertimbang untuk menaikkan gaji anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Johor selaras dengan beban kerja yang ditanggung

Ada yang bersetuju dan ada juga yang tidak bersetuju, semuanya “meletus” di media arus perdana selepas pengumuman kenaikan gaji dan elaun pemimpin politik di Selangor melibatkan Menteri Besar, Speaker, Exco kerajaan negeri dan juga kalangan Adun di Selangor baik dipihak pembangkang mahupun kerajaan Selangor sendiri.

Bagi pendapat saya sendiri kenaikan yang melibatkan kenaikan gaji dan elaun Adun di Selangor agak mendadak. Naik tiada masalah mengikut realiti kenaikan kos sara hidup di Malaysia ditambah dnegan beban tugas yang digalas mereka. Tetapi biarlah munasabah dan selaras dengan keperluan & akujanji mereka yang lebih mahu membela nasib rakyat sehingga mampu terus menjadi contoh kepada semua. Ini kerana, semua tanggungan belanja kalangan di Adun di Selangor contohnya adalah bersumberkan daripada kerahan tenaga rakyat Selangor amnya selama ini.

Yang lebih menghairankan, mengapa apabila mendapatkan reaksi yang pelbagai, barulah kedengaran mahu membuka ruang kepada kalangan Adun yang tidak bersetuju dengan kenaikan kali ini, untuk menyalurkannya kepada badan kebajikan? Mereka tidak disalurkan terus daripada mula? Adakah hanya menanti reaksi daripada orang ramai baru terfikirkan untuk menyalur kepada badan kebajikan? Ayat orang politik………

Apa pendapat anda pula melihatkan senarai kenaikan elaun dan gaji Adun di beberapa buah negeri, adakah anda bersetuju atau tidak bersetuju? Mengapa?

-Radin Danial-


[Segmen Current Affairs]

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds