The Patriots Schedule

The Patriots Schedule

Sunday 15 December 2013

PENDIDIKAN: DI MANA MALAYSIA?





Sejak daripada dahulu lagi, kita memperhatikan setiap kali bertukar Menteri, acapkali sistem pendidikan dan halatuju negara digubah dan dilaksanakan dan menjadi kalangan guru Malaysia dan pelajar-pelajar sebagai bahan eksperimen. Relaitinya, adakah sistem pendidikan Malaysia menjadi lebih baik?

Terbaru, Malaysia telah berada di kedudukan kedua tercorot dikalangan negara-negara Asia Tenggara yang terlibat tertinggal jauh di belakang Singapore, Thailand dan Vietnam. Vietnam dihadapan Malaysia? Negara Vietnam yang terkenal dengan sejarah hitam mereka kerana melalui tempoh zaman perang yang panjang, dan ekonomi Vietnam pada suatu ketika dahulu jaaaau….uuuuuhhh tertinggal di belakang Malaysia. Sekarang?

Walaubagaimanapun Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah sedia maklum dengan laporan terbaru PISA 2012 ini dan memberikan beberapa alasan dan punca mengapa ranking Malaysia jatuh ketika ini:


i)Sikap murid yang menganggap penilaian itu tidak serius

ii)Format soalan teks panjang yang memerlukan pemahaman

iii)Terjemahan dan refleksi dengan kehidupan sebenar

iv)Guru-guru lebih mengutamakan untuk menghabiskan sukatan pelajaran berbanding menerapkan pemahaman konsep kepada pelajar


Akhirnya apabila ranking sistem pendiidkan di Malaysia jatuh sebegini, pelajar-pelajar dan guru-guru yang dipersalahkan. Patutkah?


-RadinDanial


[General Issues]

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds