The Patriots Schedule

The Patriots Schedule

Sunday 29 December 2013

SYUKURLAH MALAYSIA MASIH AMAN?


Ya, Malaysia masih aman. Lampirkanlah kepada saya seberapa banyak kes atau video sekalipun yang mengatakan bahawa Malaysia itu tidak aman, saya tetap bercakap dan mengatakan Malaysiaku masih aman. Kenapa saya bilang Malaysia masih aman? Kerana beberapa sebab.

1. Satu dua kes jenayah tidak menjadikan keamanan itu tergugat

Satu kebejatan dan kurangnya pemikiran hebat dalam diri rakyat Malaysia boleh dilihat bagaimana BEGITU SENANG rakyat Malaysia menghukum bahawa Malaysia itu tidak aman berdasarkan satu dua kes jenayah yang dipaparkan di dada akhbar.

Mereka mengutuk kerajaan dan mengatakan bahawa lihatlah... Malaysiaku tidak aman. Di mana keamanan yang didendangkan? Saya merasakan satu sahaja kepada manusia-manusia di dalam kumpulan ini. Mereka hilang satu kemahiran yang diberikan oleh TUHAN untuk membezakan manusia dan haiwan, otak yang boleh BERFIKIR.

Kenapa saya bercakap demikian? Kerana saya merasakan mereka tidak melihat isu ini dalam konteks yang lebih luas. Tiada stau pun negara di dunia yang bebas daripada ISU JENAYAH! Selagi ada mereka yang bernama manusia itu masih ada, selagi itu akan wujud jenayah dan salah laku.

Bahkan di Arab Saudi itu sendiri, negara yang rakyat Malaysia idolakan mencatatkan dalam tahun 2012 terdapat 84,599 buah kes jenayah dan kes jenayah yang paling besar adalah 18,717 dalam kes kecurian kereta. Di mana jumlah banduan penjara di Arab Saudi adalah 28,612. Apakah ini menunjukkan bahawa Arab Saudi tidak aman? Statistik yang saya berikan adalah datang daripada negara pengamal Hudud! Bahkan di negara tersebut pun terdapat jumlah yang sedemkian rupa, bagaimana pula di Malaysia? Jenayah berlaku di mana-mana sahaja.

Tak percaya? Pilih sahaja mana-mana negara untuk kita lihat statistik jenayah di negara mereka. Singapura... ya Singapura. Tahukah anda bahawa purata kes pembunuhan di Singapura mencatatkan dalam 3.87 per 1 juta rakyat mereka dan mereka tercalon dalam 40 buah negara yang paling banyak kes pembunuhan di dunia dan tahukah anda bahawa Malaysia tidak tercalon di dalamnya? Bahkan tahukah anda sebuah negara Islam mengungguli tempat negara paling banyak kes pembunuhan di dunia iaitu Turkey dengan purata 184.053 per 1juta orang? Mari kita pergi ke sana, dan bilang...

"Syukurlah Turkey dengan Singapura masih aman."

Orang Malaysia terlalu cepat menghukum ketika mereka belum tahu.

2. Malaysia Negara Islam Kedua Paling Aman

Kita sering mengatakan bahawa ambilah contoh Arab Saudi, dan beberapa negara Islam yang lain sebagai contoh untuk kita adili hal ini. Sayatelah mengambil contoh negara seperti Arab Saudi pun mempunyai kes jenayah sebanyak 80K ke atas, jangan lah untuk salahkan Malaysia kerana selagi wujud manusia, selagi itulah akan wujud jenayah.

Bagaimana pula dengan ukuran keamanan sesebuah negara itu terukur? Senang sahaja. Menurut laman web http://www.theguardian.com/, pada tahun 2012, kita mendapati bahawa Malaysia menduduki tangga ke-20, meninggalkan Australia (22), Singapura (23), Korea Selatan (42), Indonesia (63) bahkan Arab Saudi, negara yang kalian agung-agungkan itu sebenarnya menduduki tangga KE 106 DUNIA!!!

Negara Islam yang mendahului Malaysia dalam takhta ini cumalah Qatar yang menduduki ranking ke-12 dunia. Kalau ikut logik mereka yang mengatakan bahawa Malaysia ini tidak aman berdasarkan satu dua kes jenayah di Malaysia, maka saya merasakan bahawa terdapat lebih 130 buah negara di dunia yang TIDAK AMAN kerana Malaysia yang menduduki tangga ke-20 ini pun, kalian sudah merengek seperti bayi yang mahukan susu ibunya, saya merasakan bahawa kalian akan meraung di negara-negara yang berada di bawah Malaysia.

3. Kalian adalah bangsa paling manja di dunia

Saya lihat kehidupan di Malaysia misalnya, menyaksikan bahawa sehingga waktu 4 pagi pun, masih ada yang berada di kedai mamak, baik lelaki ataupun perempuan untuk berbual, melayan teh tarik, menonton perlawanan EPL, terutama para pelajar.

Saya tahu kebanyakan antara anda bila berjalan di tepi jalan, baik pagi atau malam, tidaklah terlalu takut atau dibayangi rasa tidak senang. Bahkan, saya merasakan kaum perempuan di Malaysia tidak merasakan perkara yang sama seperti di negara lain.

Saya ambil contoh. Sila ke negara India dan akan merasakan bahawa lelaki-lelaki di sana akan merenung anda seperti biji mata akan terbeliak. Ini adlaha pengalaman mereka yang pernah ke sana.

Anda cuba membawa definisi tidak aman yang anda cuba di Malaysia, tetapi dalam masa yang sama, anda tidur di rumah anda dengan nyenyak dan lena, maka saya akan labelkan anda sebagai orang yang paling manja.

Kalian tidak tahu erti bersyukur, kalian sentiasa merasakan kekurangan padahal orang lain mahukan kehidupan di tempat kalian. Kalaulah Malaysia ini tidak aman seperti kalian dendangkan, saya rasa tidak akan wujud kedai 24 jam seperti kedai mamak di Malaysia.

Malaysia tidak aman... orang tidak akan keluar pukul 2 -3 pagi, dan orang bodoh aje bukak kedai waktu tak ada orang nak datang kedainya dan pastinya perniagaannya akan rugi bila berlaku ketidakamanan di Malaysia, pastinya dia akan berdepan risiko rompakan dan sebagainya.

Fikir... tuhan beri otak bukan untuk kalian menjadi mangsa POLITIKUS di luar sana.

-HE-

[Segmen Current Affairs]

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds