The Patriots Schedule

The Patriots Schedule

Tuesday 14 January 2014

BESI (IRON) TIDAK BERASAL DARI SISTEM SOLAR



Berdasarkan sebahagian daripada Surah Al-Hadid (57) Ayat ke 25 :

...Dan Kami (Allah) TURUNKAN BESI yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia, dan supaya dibuktikan Allah siapa yang menolongNya dan para rasul-Nya dengan ghaib...

Disini kita dapat lihat Allah menyebut bahawa besi (iron) adalah satu benda atau elemen yang DITURUNKAN ke Bumi. Benarkah sebegitu?

Besi (iron or ferrate) sebenarnya dihasilkan di luar angkasa, malahan diluar kawasan Sistem Solar. Besi terbentuk apabila sesuatu bintang mencapai tahap supernova atau nova dan mencapai ke tahap suhu yang sangat-sangat-sangat tinggi. Apabila ini berlaku, ia menyebabkan elemen-elemen pada bintang tersebut melalui proses fusion (bergabung) dan membentuk besi. Untuk pengetahuan anda, besi dihasilkan melalui proses fusion (gabungan) beberapa elemen dengan persekitaran suhu yang mencapai sehingga lebih dari 100 juta darjah celcius. Sesudah bintang ini melalui fasa supernova, ia akan meletup menyebabkan serpihan besi ini menjadi sesuatu yang kita kenali sebagai METEORIT. Dan seperti yang kita sedia maklum, Bumi telahpun menerima banyak kejadian kejatuhan meteorit sejak dari pembentukan awal bumi lagi. Inilah yang menyebabkan Bumi mempunyai elemen yang kita kenali sebagai Besi (Iron/Ferrate).

Adakah Matahari mampu membentuk besi? Jawapannya tidak. Ini kerana Matahari kita merupakan bintang yang jatuh dalam kategori 'bintang muda/baru', ini bermakna Matahari masih jauh lagi dalam mencapai fasa Nova atau Supernova. Matahari juga mempunyai suhu permukaan setinggi 15 juta darjah celcius dan 6000 darjah celcius pada pusatnya. Persekitaran ini tidak sesuai bagi Matahari untuk menghasilkan besi sendiri.

Fakta tambahan, meteorit mengandungi komposisi sebanyak 90% besi, dan sedikit kesan nickel.

-AC-

RUJUKAN :
http://quran.com/57
http://submission.org/QI#57%3A25
http://prophetrejectors.wordpress.com/61-proving-that-quran-is-word-of-god-life-from-water62/66-iron-from-outer-space-in-the-quran/
http://www.astrophysicsspectator.com/topics/stars/RedGiants.html


Sorry about the Iron Man.

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds