The Patriots Schedule

The Patriots Schedule

Tuesday 14 January 2014

USA, TIMUR TENGAH DAN IRAQ



Berdekad lamanya Iraq berada dalam kepimpinan Saddam Hussein. Selepas satu peperangan dengan Iraq pada 1980-an yang dimulakan oleh Iraq, ekonomi Iraq mula menghadapi beberapa masalah. Hubungan dengan Kuwait mula rosak yang akhirnya membawa kepada pencerobohan pada Ogos 1991.

Selepas Perang Teluk di Iran yang merupakan usaha Amerika Syarikat untuk menghapuskan tentera Saddam dari Kuwait, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pula meletakkan beberapa sekatan ekonomi ke atas Iraq. Amerika Syarikat dan United Kingdom pun mengukuhkan sekatan tersebut, walaupun negara-negara lain bertindak untuk menarikbalik sekatan tersebut kerana ianya hanya menguatkan kepimpinan Saddam dan menyusahkan rakyat Iraq.

Serangan 11 September membenarkan Amerika Syarikat untuk memulakan “War on Terror”, dan kita juga menyaksikan percubaan George Bush untuk mengaitkan Saddam Hussein hingga Osama Bin Laden dan al-Qaeda sebagai pelaku tragedi tersebut. Walaupun dengan mudah kita mampu menggunakan logik akal untuk mengetahui siapa pelaku sebenarnya, namun ini merupakan satu tragedi kepada kita semua oleh kerana wujud segelintir daripada kita yang bangga dengan tragedi sebegini.

Perkaitan ini tidak pernah dibuktikan. Tetapi, Amerika Syarikat tetap menekankan sebab-sebab kenapa kepimpinan Saddam perlu dimusnahkan.

Pada tahun 2003, pencerobohan Iraq yang dikendalikan oleh Amerika Syarikat dan United Kingdom telah dikutuk sebagai serangan tanpa sebab yang munasabah (Iraq mempunyai WMD yang sudahpun sedia untuk pelancaran dalam beberapa minit sekaligus meletakkan dunia dalam bahaya) tanpa sokongan komuniti antarabangsa, termasuk juga dengan ramai pihak dalam negara tersebut yang tidak bersetuju dengan pencerobohan.

Apabila operasi di Iraq tamat dan Saddam Hussein telah digulingkan, perubahan Iraq ke arah demokrasi yang cepat dan perdamaian kepada Amerika Syarikat telah berubah menjadi mimpi yang buruk apabila pelbagai pecahan etnik dan agama mula berperang antara satu sama lain dan pihak Amerika Syarikat dan United Kingdom juga. Kematian orang awam telah bertambah buruk, hampir-hampir 100 kematian sehari.

Sudah tentunya, punca utama adalah minyak. Sumber alam inilah yang sentiasa menghiasi geopolitik Timur Tengah. Memandangkan kandungan minyak di Timur Tengah yang digunakan sebagai tulang belakang ekonomi-ekonomi Barat, pengaruh di Timur Tengah telah menjadi satu perkara yang paling diperlukan oleh kuasa-kuasa besar, termasuk Perancis, Britain dan Amerika Syarikat.

Sebelum minyak ditemui, kawasan ini hanyalah satu kawasan untuk konflik keagamaan dan peperangan untuk tanah dan sumber-sumber yang menguntungkan. Kejatuhan Empayar Uthmaniyah telah membuka peluang untuk kuasa-kuasa kolonial dan imperalis Eropah untuk menakluki kawasan-kawasan mustahak, dan juga mengawasi kemasukan kapal ke Asia. Tetapi dalam era ini, segala keinginan kawasan ini hanyalah kerana sumber alam.

Hasilnya, golongan-golongan Barat telah disemai dengan budaya pembentukan propaganda dan kebencian kepada orang-orang Arab dan semua etnik di Timur Tengah, dan sudah tentunya, agama Islam secara keseluruhan. Anda boleh mendapatkan bukti kenyataan ini dalam buku Orientalism, Edward Said. Fahaman negatif ini telah membuka peluang untuk menyemai ‘keadilan’ untuk menghalalkan apa-apa jua campurtangan ke kawasan ini.

Budaya rasisme ini telah berterusan sehingga era moden juga. Contohnya, ketika Perang Dingin antara kuasa-kuasa kapitalis dan republik-republik komunis, anda boleh lihat segala lakonan tentang Rusia dan warga Rusia semestinya diletakkan dalam konteks yang negatif. Warga Rusia akan ditunjuk dengan rupa paras yang sangat serius, seolah-olah mereka hanya mahu menghancurkan dunia.

Sama juga ketika keinginan kuasa-kuasa kapitalis ini untuk memasuki Timur Tengah telah memuncak, dimana orang Arab dan Islam ditunjukkan sebagai golongan-golongan yang jahat dan primitif, dan meletakkan Amerika sebagai hero. Tetapi apabila siri Call of Duty: Modern Warfare membuka perkara baru dimana Amerika Syarikat dijadikan antagonis apabila Jeneral Hershel Von Shepherd mengkhianati Task Force 101 dengan menembak dan membakar Gary "Roach" Sanderson dan Simon "Ghost" Riley, perkara ini dikritik pula.

Anda boleh lihat pada 1990-an, idea-idea dimana orang Arab adalah pengganas dan orang Amerika adalah penyelamat disemai dalam industri mereka. Sehinggalah September 11, yang membentuk War on Terror telahpun dihalalkan walaupun segalanya dibentuk secara haram dalam konteks undang-undang antarabangsa pun.

Segala penentangan kepada idea-idea ini telahpun disekat secara rapi. Melangkaui sekatan ini (menentang serangan) akan dilabel sebagai anti-Semitik, anti-Barat, neo-Nazi dan sebagainya. Kita juga boleh lihat bagaimana Dr. Mahathir Mohamad dilabel dengan beberapa istilah sedemikian, sedangkan beliau hanya bertindak untuk membela manusia yang dizalimi mengikut undang-undang antarabangsa.

Untuk mengekalkan penguasaan dan pengaruh di Timur Tengah, pihak Barat telah meletakkan pemimpin-pemimpin yang korup. Ini hanyalah propaganda untuk mengelakkan masalah daripada kaum dalam populasi, tetapi membuka luas untuk proses ketenteraan, kuasa dan kekayaan kepada golongan elit. Ada juga yang menamakan operasi-operasi ini sebagai penentangan komunisme. Tetapi tidak dapat dinafikan bahawa temanya hanyalah untuk menguasai minyak.

Timur Tengah merupakan kawasan yang sibuk dengan aktiviti ketenteraan dan penjualan senjata. Golongan-golongan yang melihat pengaruh Amerika Syarikat sebagai dasar yang meledakkan isu-isu semasa telahpun membentuk separa-militari Islamis, tindakan-tindakan yang berunsurkan keganasan dan sentiment anti-Barat.
Tetapi kalau kita lihat tindakan-tindakan Amerika Syarikat, memang boleh dilihat kenapa segala masalah sebegini bermula.


-- AFDS --

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds