The Patriots Schedule

The Patriots Schedule

Tuesday 14 January 2014

PEPERIKSAAN DAN DIRI





Seperti yang kita sedia maklum. Keputusan PMR sudah keluar, dan kepada sesiapa yg mendapat keputusan yang cemerlang alhamdulillah dan tahniah. Kepada mereka yg kurang markahnya jangan gusar.

Seringkali kita mendambakan anak anak dan adik adik kita agar mendapat keputusan yang cemerlang. Walaubagaimana pun itu tidak menjamin masa depan mereka. Sering saja kita dapat melihat mereka yang mendapat keputusan yang cemerlang tetapi tidak boleh bekerja. Ada yang cemerlang tetapi perangainya kurang enak.

Setiap dari kita mempunyai kelebihan masing masing. Sekiranya setiap dari kita hanya mempunyai kelebihan dalam pelajaran saja mungkin anda hnya dapat melihat sebuah syarikat yang mempunyai ramai pengarah tetapi tiada seorang pun pekerja atau pun sebaliknya kerana semua mempunyai kepakaran yang sama. Tanpa ada kelebihan masing masing.

Apa yang dapat kita lihat sekarang guru guru hanya memberi fokus dalam pembelajaran sahaja kerana masing masing menggelarnya sebagai pembelajaran yang adil. perkara seperti itu seperti menyuruh belbagai jenis binatang untuk memanjat pokok. Kerana ianya perlumbaan yang adil.Bagi yang tiada kemampuan tersebut dia dianggap dan menganggap dirinya bodoh. Begitu juga sebaliknya.

Seharusnya kita mengembangkan kelebihan masing masing. Tidak perlu kejar mengejar dalam satu perkara yang sama sekiranya itu bukan kekuatan kita.

Perbezaan mewarnai dunia. Menjadikan dunia ini dunia. Tanpa perbezaan sudah tentu tiada kemajuan sesebuah negara itu. Setiap orang ada kelebihan masing masing. Disekolah peranan guru haruslah sebagai orang yang mengenal pasti kelebihan murid murid dan bukan lah sebagai penanda aras perlumbaan murid murid.

Kesimpulannya sekira anda beranggapan diri anda kurang bijak mungkin anda berada di tempat yang salah kerana kebijakan anda berada di bahagian yang anda mungkin anda tidak sedari.

Sekian,

-Radin Danial-

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds