The Patriots Schedule

The Patriots Schedule

Tuesday 14 January 2014

KEAJAIBAN AL-QURAN: TANAH SEBAGAI ELEMEN UTAMA KEHIDUPAN



وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ مِن سُلَالَةٍ مِّن طِينٍ

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah;" - Qur'an 23:12.

Mungkin tajuk ini mengejutkan anda sedikit? Mungkin tajuk ini menarik anda untuk membaca lagi?

Pembentukan hydrogel di dalam air laut bermula oleh kerana tanah, yang mempunyai ruangan hanya boleh dilihat dengan sebuah mikroskop yang akan menyerap cecair seperti span. Berbilion-bilion tahun lamanya, bahan kimia yang “terkurung” di dalam ruangan-ruangan tersebut akan mengendalikan sebuah tindakbalas yang akan membentuk protein, DNA dan kemudiannya, semua bahagian-bahagian yang diperlukan untuk menghidupkan sebuah sel (cell).

Untuk menguji idea ini, seorang profesor Kejuruteraan Alam Sekitar dari Universiti Cornell, Profesor Dan Luo, telah mengendalikan sebuah eksperimen, bersama pasukan penyelidikannya, tentang sintesis protein dalam sebuah hydrogel tanah. Pada asalnya, penyelidik-penyelidik akan menggunakan hydrogel yang sintetik untuk penghasilan protein dengan beberapa cara saintifik seperti pengisian bahan penyerap dengan DNA, asid amino dan sebagainya.

Tetapi untuk menghasilkan protein secara besar-besaran, sebagai contoh dalam pembuatan perubatan, anda akan memerlukan hydrogel yang banyak, jadi cara yang paling mudah untuk mendapatinya adalah daripada tanah sendiri. Tambahan pula, tanah merupakan bahan yang akan meningkatkan lagi kualiti penghasilan protein.

Penemuan saintifik ini mungkin telah membentuk sebuah jawapan kepada soalan yang tidak dijawab: bagaimana biomolekul dicipta? Eksperimen-eksperimen mendiang Carl Sagan menunjukkan bahawa asid amino dan biomolekul yang lain dibentuk di lautan-lautan purba, dengan cara tarikan tenaga kuasa daripada struktur kilat dan gunung berapi.

Tetapi kajian semasa mencetuskan dua tanda tanya besar:

1) Bagaimana molekul-molekul ini boleh bergabung untuk menjadi struktur yang lebih kompleks di dalam lautan yang terbentang luas?

2) Apa yang mempertahankan biomolekul ini daripada persekitaran yang teruk (lautan)?

Saintis-saintis juga mengeluarkan cadangan bahawa lemak atau polymer mungkin memainkan peranan kepada pelopor kepada pembentukan selaput-selaput (membranes) sel. Tanah merupakan elemen yang mempunyai kebarangkalian yang tinggi oleh kerana tindakan biomolekul yang seringkali melekat kepada permukaanya.

Bukti-bukti daripada kajian-kajian seterusnya menandakan bahawa tanah muncul sebagai bahan-bahan silikat daripada batu-batu pada masa yang sama apabila biomolekul-biomolekul mula membentuk dalam protosel (struktur-struktur yang menyerupai sebuah sel tetapi masih lagi belum siap) dan juga dalam sel-sel yang sudahpun diselaputkan. Peristiwa-peristiwa geologi ini sememangnya berpadanan dengan peristiwa-peristiwa biologi dengan cantiknya.

Penemuan yang dibuat baru sahaja membuka fail misteri tentang pembentukan biomolekul. Bagaimana mekanisme biologi ini berubah dan berkembang menurut carta evolusi masih lagi belum diceritakan, tetapi pasukan penyelidikan Profesor Luo kini akan cuba untuk memahami kenapa hydrogel tanah berkesan dengan baiknya.

Menyentuh sedikit tentang ayat daripada Surah Al-Mukminun, “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah”. Manusia telahpun dikurniakan akal fikiran yang mampu mendokumentasikan penyelidikan-penyelidikan tentang penciptaan sehingga ke garisan di mana selebihnya adalah urusan Allah.

Tetapi sayangnya, ilmu Allah yang terselindung ini tidak dikaji oleh Islam, kerana ramai yang lebih terjerumus kepada politik yang tiada penyudahnya.

Sekaligus melahirkan persoalan tentang tanda besar Kiamat dimana “Matahari akan terbit di sebelah Barat”.

Sama ada tanda ini akan berlaku secara realiti atau kiasan, itu kita boleh berserah sahaja, tetapi sekiranya tanda besar itu berlaku secara kiasan, apakah mungkin ianya bermaksud bahawa ilmu-ilmu Allah (Matahari) akan digunakan oleh Barat sahaja?

Memandangkan bahagian Timur, terutamanya di dunia Islam, kini tersekat dengan mentaliti sempit seperti fundamentalisme dan radikalisme agama, dan pergolakan politik sehingga penggunaan istilah seperti "pemberontak" dalam isu Syria pun dijadikan isu seolah-olah mampu membentuk Perang Dunia Ketiga, mungkinkah tanda besar itu berlaku secara kiasan sahaja?


-- AFDS --

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds