The Patriots Schedule

The Patriots Schedule

Tuesday 14 January 2014

TULISAN ASLI BANGSA MELAYU



Acap kali perdebatan dengan mereka yang mencabar The Patriots untuk membuktikan bahawa tamadun itu milik bangsa Melayu, bertanyakan apakah aksara atau sistem tulisan bangsa Melayu?

Sindir mereka, bangsa Melayu ini hanya tahu mencuri tulisan Tamadun lain dan menggunakan untuk diri mereka. Kata mereka lagi, lihatlah tulisan Pallavi dan tulisan Jawi, apakah tamadun bangsa Melayu ini tidak mampu mencipta tulisan mereka sendiri?

Kata saya, anda kena mengkaji lagi. Mengkaji sejarah bukanlah tertumpu kepada bangsa anda sahaja, tetapi kajilah sejarah bangsa lain untuk menetapkan nilai keterbukaan dalam diri kita.

Likers yang dikasihi sekalian, mohon sebarkan AKSARA RENCONG. Ianya dicipta oleh orang Melayu dengan meniru bentuk-bentuk cabang, ranting, potongan kayu dan bentuk aliran sungai.

Ianya digunakan oleh Empayar Melayu Srivijaya dan pernah dipahat di Batu Bersurat Kota Kapur di Kota Kapur, Bangka Barat, Sumatera, Indonesia.

Kawan-kawan, sebarkan mengenai tulisan Melayu ini kepada mereka yang "bajet" tahu mengenai Tamadun Melayu padahal sistem tulisan Melayu pun mereka tak tahu.


-HE-

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds