The Patriots Schedule

The Patriots Schedule

Tuesday 14 January 2014

PANDANGAN KAMI MENGENAI DAKWAAN "SULTAN MELAKA"



Mengenai kes Sultan Melaka Raja Nor Jan yang baru tu, saya dah buat sedikit penyelidikan. Dakwaannya bahawa mahkamah dunia dah sahkan bahawa dia sebagai Sultan Melaka.

Setahu saya, saya tak pernah dengar kes tuntutan takhta raja dibuat di mahkamah dunia. Tetapi untuk bersangka baik, saya tetap mencari apakah benar terdapat pengumuman di lama web Mahkamah Dunia, iaitu International Court Of Justice.

Di mana menurut laman web tersebut, kes terbaru diselesaikan oleh mereka adalah kes antara Nicaragua dan Costa Rica pada 13/12.2013.

Kalau benar bahawa dirinya sudah diiktiraf sebagai Sultan Melaka, kenapa tiada pengesahan daripada media? Senarai kes yang sedang berlangsung dan sudah berlangsung ada di sini: http://www.icj-cij.org/docket/index.php?p1=3&p2=2

Manakala senarai kes yang sudah diselesaikan: http://www.icj-cij.org/homepage/index.php dan untuk pengetahuan kalian, tiada update langsung daripada ICJ mengenai kes perbicaraan melibatkan Raja Nor Jaan Shah.

Selain itu, tedapat pelbagai persoalan yang boleh kita bangkitkan. Sebagai contoh, kalau dirujuk di sini:

Link: https://fbcdn-sphotos-h-a.akamaihd.net/.../1157554...

Konon itu surat pengesahan daripada ICJ. Tetapi bila dirujuk dokumen rasmi daripada ICJ, lari format terus.

Lepas tu perhatikan lagi pada surat dakwaan daripada ICJ tu, ada nama Swiss Limited Company. Bila dicari siapakah Swiss Limited Company ni,ianya merupakan sebuah syarikat di Hong Kong, diasaskan pada 20-JUN-2007 dan sekarnag dah dibubarkan pun.

Rujuk:

1. http://companycheck.co.uk/company/06805247

Mengenai soal 5 Trillion yang diberikan kepada Raja Nor Jaan Shah ini, saya ingin menyoal. Bagaimana duit yang sebanyak itu diberikan oleh ICJ kepada Raja Nor Jaan Shah ni?

Mari kita buat analisis di sini. Perhatikan GDP negara-negara di Asia Tenggara.

1. Indonesia = $878.043 Billion
2. Thailand = $365.5644 Billion
3. Malaysia = $303.5262 Billion
4. Singapura = $274.7013 Billion
5. Brunei = $16.954 Billion

Kemudian, kirakan jumlahnya. Tak sampai dan tak cecahpun 5 trillion tau. Bagaimana Raja Nor Jaan boleh mengatakan bahawa ICJ memberikan wang sebanyak tu? ICJ bukannya sebuah badan kewangan dunia, bahkan ICJ sekadar sebuah organisasi.

Kalau benar 5 Trillion, boleh saya tahu dari mana sumber ekonomi sebenar IC ini? Minyak? Sumber hutan? Sumber laut? Perdagangan?


-HE- 

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds