The Patriots Schedule

The Patriots Schedule

Tuesday 14 January 2014

SEMUT YANG BERKATA-KATA



Sejak 1400 tahun yang lalu, Al-Quran telah menyatakan bahawa semut-semut mampu berkomunikasi dalam bentuk suara. Ini diperjelaskan dalam Surah An-Naml (Semut) 27 Ayat ke 18 :

"Hingga apabila mereka sampai di lembah semut, berkatalah seekor semut : Wahai semut-semut! Masuklah kedalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak dipijak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari."

Di dalam ayat ni, kita dapat merungkaikan bahawa semut boleh berkata-kata, dan ia menggunakan suara. Hal ini diperlekehkan oleh para saintis dan kafir sebelum ini dengan menyatakan bahawa semut-semut hanya berkomunikasi antara satu sama yang lain dengan menggunakan feromon (bau-bauan) sahaja.

Namun pandangan mereka meleset apabila hasil experimen yang dijalankan Professor Jeremy Thomas dari Oxford membuktikan bahawa semut boleh berkomunikasi dengan menggunakan gelombang bunyi yang dihasilkan melalui 'antenna'nya. Prof. Jeremy Thomas menjalankan experimennya dengan merakamkan bunyi-bunyian yang dihasilkan oleh semut-semut menggunakan sistem Monotonus Audio Technology yang berupaya merakamkan getaran bunyi yang bernada rendah.

Kajiannya disokong oleh Francesca Barbero, dari University of Turin dan Karsten Schönrogge, dari Pusat Ekologi dan Hidrologi Oxfordshire.

Sesungguhnya, Allah S.W.T. itu Maha Mengetahui..

Rujukan :
http://www.answering-christianity.com/ants_do_talk.htm
http://news.sciencemag.org/2013/02/shhh-ants-are-talking
submission.org/QI#/contents
www.alquran-melayu.com

-AC-


[Segmen All About Islam]

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds