The Patriots Schedule

The Patriots Schedule

Tuesday 14 January 2014

PENDIDIKAN



Sejak daripada dahulu lagi, kita memperhatikan setiap kali bertukar Menteri, acapkali sistem pendidikan dan halatuju negara digubah dan dilaksanakan dan menjadi kalangan guru Malaysia dan pelajar-pelajar sebagai bahan eksperimen. Relaitinya, adakah sistem pendidikan Malaysia menjadi lebih baik?

Terbaru, Malaysia telah berada di kedudukan kedua tercorot dikalangan negara-negara Asia Tenggara yang terlibat tertinggal jauh di belakang Singapore, Thailand dan Vietnam. Vietnam dihadapan Malaysia? Negara Vietnam yang terkenal dengan sejarah hitam mereka kerana melalui tempoh zaman perang yang panjang, dan ekonomi Vietnam pada suatu ketika dahulu jaaaau….uuuuuhhh tertinggal di belakang Malaysia. Sekarang?

Walaubagaimanapun Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah sedia maklum dengan laporan terbaru PISA 2012 ini dan memberikan beberapa alasan dan punca mengapa ranking Malaysia jatuh ketika ini :

i)Sikap murid yang menganggap penilaian itu tidak serius
ii)Format soalan teks panjang yang memerlukan pemahaman
iii)Terjemahan dan refleksi dengan kehidupan sebenar
iv)Guru-guru lebih mengutamakan untuk menghabiskan sukatan pelajaran berbanding menerapkan pemahaman konsep kepada pelajar.

Akhirnya apabila ranking sistem pendiidkan di Malaysia jatuh sebegini, pelajar-pelajar dan guru-guru yang dipersalahkan. Patutkah?

*Malaysia di bawah Chile di dalam gambar

-Radin Danial-


(General Issues)


0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds