The Patriots Schedule

The Patriots Schedule

Tuesday 14 January 2014

TOL DAN DASAR PENSWASTAAN DI MALAYSIA



1. Dalam artikel sebelum ni, aku menceritakan dasar Rasionalisasi tol oleh kerajaan. Tapi pada entri kali ini, aku ingin ajak kalian melihat dari sudut berbeza, iaitu dasar penswastaan lebuh raya.

2. Dasar penswastaan lebuh raya ni bermula pada tahun 1995. Sebelum ini Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) lah yg memainkan peranan sebagai agensi perlaksana.

3. Namun di sebabkan kekangan kewangan dan mempercepatkan perlaksanaan lebuh raya. Maka lebuh raya ini telah diswastakn. Dengan kata lain, konsesi2 syarikat lebuh raya pula yg mengambil peranan sebagai agensi perlaksana. Oleh yg demikian, apa tugas LLM?

4. LLM pula mengambil peranan sbg agensi pemantauan dan kawal selia konsensi2 syarikat lebuhraya agar mencapai KPI dan memastikn kadar bayaran tol yg seimbang.

5. Dasar Penswastaan ini menampakkn kejayaan apabila peruntukkn bantuan kewangan berkurang pada sektor swasta dan meningkatnya peruntukkan kepada lebuh raya kerajaan (public). ** sila rujuk graf di bawah.

6. Dalam model baru penswataan, berikut adalah beberapa aspek telah di terapkan iaitu:

Tidak membebankan rakyat serta tidak merugikan syarikat konsesi.
Pemanjangan tempoh bayaran balik pinjaman daripada 7-12 tahun kepada 22 – 30 tahun.
Pemanjangan tempoh perjanjian konsesi kepada 60-80 tahun.

Lebuhraya yang mempunyai laluan alternatif.

Pelaksanaan ‘Public Participation’ di peringkat perancangan.

Bon Awam – Alternatif kepada pampasan dan ditawarkan kepada pihak yang telibat dengan pembinaan lebuhraya.

Berdasarkan tahap servis dan keberhasilan (Outcome Based).

Lebuhraya Lestari yang mengaplikasi teknologi hijau, kitaran hayat kos (LCA) dan pengurusan nilai (Value Management).

Mengeksport kepakaran penswastaan ke luar negara – tawaran kerajaan India bagi membina lebuhraya sepanjang 1000 km di India.
Pelaksanaan tender terbuka/RFP bagi lebuhraya-lebuhraya baru untuk mendapatkan harga yang benar -benar telus dan kompetatif.

#KESIMPULAN

🔺Dasar penswastan lebuh raya di perkenalkan pada tahun 1995 yg pada ketika itu, Menteri Kewangan yg terbabit telah bersetuju demi mengurangkan kos perbelanjaan negara. Dan Menteri Kewangan terbabit, kini mantan, pula mengkritik dasar yg dia persetujui.

🔺Harus di ingat, kos penyelengaraan lebuh raya memerlukn kos yg tinggi. Atas sebab itu, England, Britain dan Australia juga tak sanggup mengambil alih peranan konsensi syarikat lebuh raya.

🔺Dasar penswastaan ini, menyebabkan infrakstruktur lebuh raya yg diswastakan berkembang dgn baik dan lebih selesa.

🔺Saban tahun, perbelanjaan terhadap pembiayaan kpd syarikat swasta berkurangan. Maka lebih byk lebuh raya awan tanpa tol di bina seperti lebuh raya AMT yg menghubungkan antara Muar - Melaka ( telah beroperasi).

🔺Dalam budget tahun ini, lebuh raya panborneo pula di bina dan lebuh raya yg menghubungkan antara segamat dan Muar juga turut mula di bina

#PERSOALAN

Adakah wajar kerajaan membiayai kos kenaikkan tol baru2 ini kepada konsensi syarikat swasta dengan mengurangkan peruntukan awam semata-mata menjaga kebajikan rakyat di bandar dan mengabaikan pembinaan lebuh raya di kawasan yg luar bandar?

Fikir-fikirkan

(^_^)
/ ( (>

/ \ drcipon

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds