The Patriots Schedule

The Patriots Schedule

Tuesday 14 January 2014

KISAH ROCKY BALBOA

"Kejayaan bukanlah sekuat mana saudara menumbuk tetapi sekuat mana saudara ditumbuk dan terus maju kehadapan”

- Rocky Balboa dalam filem ‘Rocky Balboa’

1. Siapa yang tidak mengenali Sylverster Stallone, seorang pelakon yang
sangat hebat suatu ketika dulu. Kemuncak karier, beliau adalah seorang pelakon yang menerima bayaran tertinggi di Hollywood. Beliau menerima US 20 juta bagi sebuah filem. Adakah beliau pelakon yang hebat? Adakah beliau bernasib baik? Adakah keluarga beliau orang yang berada? TIDAK SAMA SEKALI !!! Jadi siapakah beliau?

2. Stallone berasal dari sebuah keluarga daif. Ibunya melahirkan beliau di tangga sekolah dan kelahiran beliau di bantu oleh para pelajar di situ. Ketika beliau di lahirkan, beliau mengalami kecacatan pada muka. Ada pendapat mengatakan saraf muka beliau cedera menyebabkan separuh muka beliau lumpuh. Oleh yang demikian, beliau tak boleh bertutur dgn jelas.

3. Ketika zaman kanak-kanak, beliau selalu di ejek oleh kawan-kawan beliau kerana kecacatan beliau. Tetapi beliau ada satu cita-cita ketika kecil iaitu ingin menjadi seorang pelakon.

4. Beliau bukan setakat berangan-angan sahaja utk menjadi pelakon, tetapi beliau telah mendaftar diri beliau di sebuah sekolah lakonan. Dengan pertuturan yang tidak jelas, lakonan yang kaku dan muka yang hodoh, tiada siapa yang sanggup mengambil beliau sebagai pelakon.

5. Beliau telah cuba menawarkan diri kepada ramai producer, namun setiap kali dia pergi, jawapan adalah negative. Beliau menhadapi banyak kegagalan. Tetapi beliau tak pernah berputus asa. Hingga pada suatu hari, di dalam satu uji bakat dia terus duduk dalam bilik pengurus dan enggan berganjak hingga tawaran dia di terima. Berjam-jam beliau menanti, akhirnya beliau di tawarkan dgn watak kecil, itu pun sebab belas kasihan. Tetapi bagi beliau itu sudah cukup bermakna.

6. Malangnya selepas itu, tiada lagi tawaran berlakon untuk beliau. Isteri beliau menyuruh beliau utk melupakan impian yg sia-sia dan pergi mencari pekerjaan baru. Stallone jatuh miskin sehingga beliau terpaksa menjual anjing kesayangan beliaudgn harga US 50. Beliau sedih, sebab anjing itulah adalah rakan karib beliau selama ini.

7. Suatu hari, beliau menonton perlawanan tinju di antara Muhammad Ali dan Chuck Wepner. Ramai yang kata Chuck akan kalah. Namun Chuck mampu bertahan hingga 15 pusingan dan memberi tentangan yang hebat oleh Muhammad Ali.

8. Dari perlawanan itu, beliau telah mendapat idea untuk membuat filem tinju. Beliau terus mengambil kertas dan pen dan mula mengarang skrip filem tanpa henti selama 84 jam. Filem itu beliau namakan “Rocky”.

9. Setelah siap skrip beliau, dia berusaha untuk menjualkan skrip beliau. Malangnya, tiada siapa yang ingin membeli skrip filem beliau. Bagi para penerbit filem ketika itu, filem tinju tidak akan sesiapa yang akan menonton.

10. Namun beliau tak pernah putus asa, beliau terus mencari hingga lah ada seorg penerbit filem ingin membeli skrip beliau dengan harga US 75 ribu. Pada pendapat kalian, adakah beliau setuju dgn jumlah bayaran yg besar itu. Jawapannya TIDAK. Kenapa?

11. Dia tak gembira. Dia memberi syarat kepada syarikat itu bahawa beliau setuju menjual sekiranya beliau di ambil sebagai pelakon utama. Syarikat berkenaan tak bersetuju, mereka menaikkan harga skrip itu ke US 255 ribu hingga US 1 juta. Stallone tetap dengan syarat beliau. Akhirnya syarikat filem itu mengalah, dan bersetuju mengambil beliau sebagai pelakon utama dgn bayaran skrip berharga UD 35 ribu.

12. Selepas filem itu ditayangkan, ia telah mencapai status box office dengan keuntungan melebihi US 170 juta. Bukan itu sahaja, beliau di calonkan dalam 10 kategori aneugerah akademi termasuk pelakon terbaik. Dan filem Rocky itu di anugerahkan antara 10 filem terbaik.

13. Kemudian, Stallone mengorak langkah seterusnya dengan filem-filem berikut iaitu First blood, Rambo dan Rocky II.

14. Setelah filem pertama meletup, perkara pertama yg beliau mencari anjing kesayangan beliau dan membeli dengan harga US 15 ribu.

KESIMPULAN

Benarlah kata-kata Rocky Balboa dalam filem ‘Rocky Balboa’ :-

“Kejayaan bukanlah sekuat mana saudara menumbuk tetapi sekuat mana saudara ditumbuk dan terus maju kehadapan”

Adakah kita mampu menjadi seperti beliau, menjadikan impian sebagai kenyataan dan tak pernah putus asa mencari jalan bagi mencapai matlamat?


-drCipon-

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds