The Patriots Schedule

The Patriots Schedule

Tuesday 14 January 2014

MELAYU & PERNIAGAAN



Sesuatu yang penting untuk diperkatakan pada masa ini ialah tentang persoalan adakah budaya niaga pernah menjadi budaya masyarakat Melayu atau ia merupakan satu budaya baru yang hingga kini cuba ditanamkan dalam kehidupan masyarakat Melayu ??

Hingga kini masih ramai yang beranggapan seolah-olah orang Melayu tidak mempunyai kepintaran dan kebolehan berniaga kerana tidak memiliki satu budaya niaga yang kukuh.

Lantaran itu peniaga dan pedagang Melayu sering dimomok dengan kata-kata negatif yang membelakangkan kebolehan dan kepintaran mereka dalam bidang perniagaan apatah lagi perdagangan antarabangsa.

Tuduhan seperti ini memang begitu mudah untuk dilemparkan dan kemudiannya diterima pula hingga membina kepercayaan di kalangan masyarakat umum seolah-olah ia sesuatu yang benar.

Persoalannya adakah tanggapan-tanggapan ini benar atau ia dibuat secara membabi buta tanpa sebarang pembuktian dan penyelidikan?


** Petikan jurnal bertajuk 'Budaya Perniagaan dan Perdagangan Melayu Dalam Teks Melayu' oleh Mohd Koharudin Mohd Balwi.

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds