The Patriots Schedule

The Patriots Schedule

Tuesday 14 January 2014

TANDA KEKUASAAN ALLAH PADA SEEKOR NYAMUK



“Auch! Bodoh punya nyamuk!” Itulah ucapan yang lahir daripada kita acap kali kita dihinggapi oleh sang nyamuk. Menghisap darah kita adalah kegemarannya. Namun, seperti biasa, ALLAH S.W.T meninggalkan kepada kita tanda kekuasaannya di mana sahaja.

Kepada mereka yang berfikir, maka tanda kekuasaannya dapat dihayati oleh kita. Bahkan pada seekor nyamuk yang lebih kecil dari jari kita itu pun sebenarnya terkandung hikmah yang cukup besar untuk mereka yang berfikir.

Seekor nyamuk untuk pengetahuan kalian mampu mengesan kehadiran mana-mana benda hidup dalam apa situasi, gelap ataupun cerah kerana nyamuk mempunyai reseptor uamh mampu mengesan kehadiran haba pada benda hidup.

Deria pengelihatan tidak langsung mempengaruhi reseptor haba seekor nyamuk. Nyamuk boleh mencari mana-mana salur darah walaupun dalam keadaan yang gelap kerana reseptor yang dimiliki oleh seekor nyamuk mampu mengesan perbezaan suhu sehingga ke 0.05 darjah celcius!

Bayangkan betapa hebatnya kekuasaan ALLAH apabila begitu hebat kelebihan mampu dimiliki oleh hambanya yang hanya sebesar 1cm ini? Masihkan kita terus sombong di alam ciptaannya sedangkan kita semua tahu bahawa ada satu kuasa di atas sana yang mampu mencipta sesuatu sehebat ini?

Pada seekor nyamuk pun, tanda kekuasaannya masih ada. Hanya mereka yang berfikir sahaja yang dapat menangkap lalu bersyukur.


-HE-

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds